Islamic Widget

Wednesday, December 25, 2013

BERTEMU RAMAI KAWAN

Lama kelamaan aku bertemu dengan ramai rakan dan taulan dipulau itu,aku bersahabat dengan mereka.Dalam ramai ramai kenalan itu aku berjumpa dengan guru guru dari sebuah organisasi persilatan.
Aku mulai dengan ASMA UL HUSNA,mereka membaca dan mengatakan yang mereka belum pernah dengar versi ini. 
Guru A : Dari mana dapat ni tuan?
Aku jadi bingong macam mana hendak menjawabnya,jika diceritakan yang betul mungkin mereka mengatakan aku berbohong,lalu aku berdiam sahaja.
Dia mengulangi lagi soalan yang sama,lalu aku menjawab tanpa dirancang.
Aku : Dari pondok ayah,datok dan moyang saya,pondok yang sama.
Guru A : 000....begitu...boleh saya amalkan?
Aku : Boleh tuan.
Guru A : Bolehkah tuan ajarkan saya bagaimana untuk mengalunkannya?
Aku : Saya tak pandai tuan...tapi kita bolehlah kita beramal bersama sama tuan...insyallah...
Beberapa hari kemudian Guru A datang lagi bersama beberapa orang kawan
dia selepas solat Isya.
Kami berborak dan makan minum sebelum memulakan majlis.
ASMA UL HUSNA telah dicatatkan diatas kertas...lalu aku berikan sehelai seorang...mereka mengamat amati kertas bertulis ASMA UL HUSNA  dan perlahan lahan mengalunknnya.
Malam itu aku berlagak sebagai seorang ustaz, maklumlah bak kata orang "DIMANA TIADA HELANG,BELALANG PUN JADI HELANG".
Malam itu kami belajar hanya sekadar permulaan.
Hikmah pembelajaran jelas kelihatan apabila semua sudah boleh menghafal walaupun beberapa baris sahaj ASMA UL HUSNA yang dipelajari pada malam  itu.Kegembiraan jelas terbayang diwajah mereka dan berjanji untuk bersama sama belajar lagi pada keesokkan malam.
Kami bersurai hampir 3 pagi.
Aku pun berihat dan terus terlelap.





BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: