Islamic Widget

Tuesday, December 24, 2013

SAMBUNGAN

BHTK tersembam didalam gua tersebut tanpa mendatangkan apa apa hasil dan akhirnya dia keluar terhoyong hayang dari gua ketiga itu.
Dia berangan angan untuk mencari guru yang lebih ampuh.
Aku berdoa dan berharap agar dia bertemu seorang kiyai yang boleh mengajar dia tentang Islam sebenar.....amin...amin..
Aku tidak sannggup lagi melihat ugama Islam dipermainkan dengan cogan kata

"ADAT BERSENDIKAN KITABULLAH"

Aku meneruskan perjalanan dakwahku dari satu tempat kesatu tempat dan aku terkenang kenang semasa aku berdakwah disebuah pulau diakhir tahun 1987 sehingga tahun 2000.

Ikutilah perjalanan cerita dakwah yang penuh onak dan duri,tapi aku tidak pernah serik untuk bekerja dengan Allah.
Disebuah pulau dipantai barat Tanah Melayu,Malaysia.
Aku kesana setelah meletakkan jawatan sebagai jururutera dari sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kuala Lumpur.    
Sebelum kesana aku telah membayar wang sebanyak RM6000.00 sebagai persiapan penyediaan tempat tinggal kepada seorang kenalan yang mengaku saudara seketurunan dari Batu Bara.
Kebetulan ayahku adalah keturunan Batu Bara.
Didalam perjanjian mulut tersebut aku amat berkeyakinan untuk kesana.
Aku menjual sebuah kereta Toyota dan sebuah van Nissan kerana dipulau itu tidak memerlukan banyak kereta,tinggallah sebuah kereta Mazda 323 untuk aku gunakan disana nanti,malangnya kereta belum boleh dibawa kerana tidak ada kapal kargo untuk dimuat kesana pada ketika itu.
Sampai disana pada hari yang dijajjikan bersama tiga orang orang anak anakku yang masih kecil.
Aku,isteri dan anak anak ditempatkan disebuah tempat letak kereta yang kononnya bernilai enam ribu ringgit seluas10 x 10 keluasannya.
Aku terkedu seketika tapi aku menerimanya dengan ikhlas.
Tinggallah kami sekeluarga disitu tanpa bekalan air...
Dengan izin Yang Mahakuasa aku dibantu oleh orang lain dengan memberi tempat tinggal yang sempurna.Alhamdulillah!!!
Sekali lagi aku dianugerahkan Allah sebuah rumah kedai yang lebih luas kemudiannya.
Aku bersujud kepada Allah Yang Maha Memberi.
Sebuah kedai yang berdekatan dengan sebuah masjid dan berniaga disitu.
Pada sebelah malamnya pula aku sering berjaga malam.
Pada suatu tengah malam aku terdengar suara ramai orang sedang mengalunkan ASMA UL HUSNA dengan sangat merdu dan mendayu dayu,aku mengamatinya berbunyi:

Ya Al Awwalu.....Ya Al Akhiru....
ILAHI ANTARABBI....LA AKBUDUGHOIROKAILLA ANTA
ALLAH YA ALLAH.

Berulang ulang kali lalu aku mengikutinya perlahan lahan.Ya, suatu rasa yang menyelinap ketubuhku,airmataku mengalir tanpa dapat ditahan tahan lagi.
Mulai hari itu setiap malam aku mendengarnya dan aku pula tidak jemu jemu mengikutinya dari jauh,kini aku dah boleh menghafalnya.
Dimalam yang lain aku bercita cita mengikuti jemaah tersebut kerana aku pun dah boleh menghafalnya.
Keesokkan malamnya aku bersiap siap kemasjid untuk sama sama menglunkan ASMA UL HUSNA,malam yang gelap gelita itu aku susuri perlahan lahan dengan berjalan kaki,dijalanan sunyi sepi tanpa berjumpa seorang manusia pun,aku sampai dikawasan masjid tapi tiada basikal atau motor jemaah yang aku dapat lihat,aku terus kekolah masjid untuk beruzuk kerana aku ingin solat sunat sebelum sama sama mengalunkan ASMA ALLAH bersama mereka.Suara mereka masih kedengaran medayu dayu dan sesiapa yang mendengarnya boleh mengalirkan airmata.Suasana begitu sepi melainkan alunan suara memuji Allah.Perlahan lahan aku menolak daun pintu masjid sambil memberi salam.
Aku : Assalamualaikum
Jawab : Waalaikumussalam
Bergema seluruh ruang masjid sayangnya tidak kelihatan seorang pun ahli jemaah.
Aku mula gementar....tetapi memberanikan diri kerana aku terfikir yang berzikir itu tentulah orang orang ghaib yang beriman kepada Allah.
Aku meneruskan solat tahiyatul masjid kemudian menyebut Asma Allah sekadar pengetahuan aku,setelah selesai aku pun pulang kerumah dan kedengaran jemaah masih mengalunkan ASMA UL HUSNA,aku mengikuti dari jauh sampai terlelap.
Aku berulang alik kemasjid itu ketika ketiadaan orang tapi tidk pernah bertemu dengan orang orang ghaib tersebut.

Tunggu sambungannya yer....apa terjadi selepas itu?

BERSAMBUNG


SANTAI

No comments: