Islamic Widget

Sunday, December 1, 2013

SAMPAI DI IPOH DAH PETANG

Jemaah Ipoh sudah menunggu,kami makan dan minum petang beramai ramai selepas itu kami bergerak kerumah HN.
Kami solat dan makan malam disitu kemudian bergerak kerumah ayahanda OM.
Lama juga berbual dan merancang untuk dakwah.
Lewat malam aku dijemput oleh jemaah Grik ke Nenering,tidak banyak dapat berbual kerana badan terasa sangat letih.
Malam itu aku bermalam disitu.
Keesokkan harinya aku dihantar pulang ke Sg Petani.
Sampai dirumah lebih kurang pukul tiga petang.
Badan terasa amat letih.
Aku berihat dan terlelap.
Aku terbangun setelah terdengar azan Asar,selepas mandi dan solat aku terfikir fikir tentang Nyi Roro Kidul dan Sonan Kalijaga yang pernah bercinta.


GAMBAR HIASAN SONAN KALIJAGA DAN NYI RORO KIrDaUL

Pada sekitar tahun 1400 M ketika Galuh Panjajaran yang diketuai oleh Raja Sakti Mandraguna iaitu Prabu Siliwangi tidak mahu memelok Islam apabila diarahkan oleh Sonan Gunung Jati(Syeh Sharif Hidayatullah) lalu berlakulah peperangan saudara.
Tiga orang jaguhan dihantar untuk bertarung iaitu
Pangeran Arya Kemuning
Dewi Nyimas Gandasari
Nyimas Roro Kencono Wungu
tetapi tetap gagal untuk menjatuhkan Prabu Siliwangi.
Selepas itu Kanjeng Sonan Kalijaga ditugaskan pula oleh Sonan Gunung Jati tetapi dengan syarat meminjam PUSAKA dari Ratu Kidul Dewi Nawang Wulan yang bernama TOMBAK KARERA REKSA tetapi ditolak oleh Ibu Ratu Kidul dengan alasan tidak membawa bukti dari Kanjeng Sonan Gunung Jati dan meminta supaya dibawa berjumpa dengan Kanjeng Sonan Gunung Jati.
Permintaan ditunaikan.
Sampai di Kapuntren Sonan Gunung Jati kelihatan Ibu Ratu Kidul malu malu kucing untuk mengadap Sonan Gunung Jati kerana memikirkan helahnya boleh diteka oleh Sonan Gunung Jati.

Sonan Gunung Jati : Pinjamkankanlah TOMBAK KARERA REKSA dari keturunan ayahmu Prabu Siliwangi kepada Sonan Kalijaga kerana senjata itu sahajalah yang dapat mengalahkan ayahmu.
Ibu Ratu Kidul : Aku hanya akan menyerahkan TOMBAK KARERA REKSA kepada suamiku sahaja.
Kabarnya Ibu Ratu Kidul memang menaruh hati kepada Sonan Kalijaga lalu dia memberi syarat yang sedemikian.
Lalu Sonan Gunung Jati mengarahkan mereka berkahwin bukan atas dasar nafsu tetpi kerana Allah jua.
Ibu Ratu Kidul : Saya mahu mas kahwinnya tasbih batu kecubung dari laut merah.
Untuk merialisasikan tujuan itu Sonan Gunung Jati pun mengarahkan muridnya mencari apa yang dihajati oleh Ibu Ratu Kidul.
Sonan Kalijaga bermunajat kemudian Allah mengirimkan kepada beliau tiga orang berilmu hebat yang boleh membantunya.
Mereka adalah Sangyang sotong
Ratu Sanggah Wisesa
dan
Sih Walikat.

Sampailah mereka ketempat yang dituju lalu disambut oleh Nabi Allah Sulaiman(kononnya) dan diajak masok kedasar laut di utara Iraq.
Sampai disitu Ratu Balkis menghadiahkan sebuah kotak berukir dan didalamnya berisi tasbih yang diperbuat dari  batu kecubung giok.
Setelah mendapatkan apa yang dihajati lalu Sonan Kalijaga pun pulang menemui gurunya dan sekali lagi Sonan Gunung Jati mengarahkan supaya beliau pergi berjumpa dengan Ibu Ratu Kidul.
40 orang pengiring Sonan Kalijaga menuju Laut Selatan.
Sambutan Ibu Ratu Kidul amat meriah sekali.
Mereka menjadi suami isteri kerana Allah atas tujuan untuk mengalahkan Raja Munding Wangi yang bergelar PRABU SILIWANGI GALUH itu.
Selama tujuh malam berperang akhirnya pihak Sonan Gunung Jati pun beroleh kemenangan dan Prabu pun memeluk Islam.
Kepala perang yang kalah lari ke Gunung Himalaya dan bersumpah akan kembali ke Jawa selepas 500 tahun.Itulah SABDO PALON yang kalah perang.
Pemerintahan Islam bermula pada tahun 1479M.


BERSAMBUNG


SANTAI

No comments: