Islamic Widget

Tuesday, April 1, 2014

BERITA GEMPAR

Aku masih menulis tentang perjalananku sebagai pendakwah tiba tiba aku terbaca sebuah berita yang menggemparkan seluruh negara tentang Bonda Ratu Penguasa Alam yang mahu dia dinobatkan sebagai PERMAISURI MELAKA ,jika pihak berkuasa tidak mengiktirafkannnya sebagai permaisuri Melaka maka Melaka akan disumpah olehnya yang boleh mengakibatkan Melaka boleh menerima mala petaka.
Aku tersenyum sendirian kerana aku telah pun memberi gelaran sebagai BONDA HANTU TANPA KUASA (BHTK),jadi tak semena mena blog aku dikunjungi beribu orang....
Zam dan ayahnya yang sudah mendapat gelaran Dato' dari BHTK mulai panas punggung.
Zam kembali kepada agenda baru dengan mendekati ayah D yang pernah dihinanya dahulu.

Ayah D bersikap cukup matang dan menerima Zam dengan baik tidak pula saperti aku yang masih berkeras dan mahu Zam tersedar dari khayalan BHTK.
Dalam perjumpaan aku dengan ayah D di Johor dengan sinis menyatakan
bahawa Zam akan diberi pangkat jika itulah kehendak Zam,manakala Zam menyatakan yang dia diminta menerima jawatan tersebut.
Apa pun perkiraan mereka aku amat bergembira dengan keputusan itu.

Ayah D : Kita menolak perpecaahan dan tidak boleh membuang jemaah tanpa sebab yang kukuh berpandukan firman dan hadis.
Aku : Saya amat setuju...
 Selagi Paduka Ayahanda berpegang kepada firman dan hadis selagi itulah saya mematuhi...
Ayah D : Sesiapa yang berkehendakkan jawatan saya akan tunaikan semampu saya.
Aku : Alhamdulillah saya setuju...tetapi saya kena jelaskan kenapa saya menolak Zam...?
Ayah D : Kenapa?
Aku : Saya tidak mahu membuat keputusan ini didepan Paduka Ayahanda tetapi saya dengan rendah hati memohon kemaafan zahir dan batin,dari hujung rambut kehujung kaki Paduka Ayahanda dan memohon pandangan yang ikhlas dari dalam hati Paduka Ayahanda sendiri tentang BHTK yang sesat dari aqidah Islam dan Zam pula tunduk patuh kepadanya.
Ayah D : Sesat
Aku : Ya sesat Paduka Ayahanda...saya tahu apa yang orang lain tidak tahu..
Ayah D : Apa yang kamu tahu...?
Aku : Didalam bilik beramal BHTK mempunyai gambar Nyi Roro Kidol yang besar terpampang didinding dengan hidangan susu dan teh saperti orang yang berugama Hindu...berserta colok....apakah pandangan Paduka Ayahanda tentang hal ini?
Ayah D : Kalau begitu benarlah dia sudah sesat....
Aku : Sebab itulah saya menentang dia habis habisan  bukan untuk perpecahan jemaah dan tidak menolak Zam tanpa sebab ...
Ayah D : Saya faham tetapi Zam saya akan uruskan.
Aku : Alhamdulillah...dan Zam saya serahkan kepada Paduka Ayahanda untuk dididik.
Ayah D : Saya terima...
Aku : Terima kasih Paduka Ayahanda.
Aku bersalaman dengan ayah D dan keluar untuk pulang dengan rasa yang amat bersyukur kerana dakwahku telah menampakkan hasilnya...
Alhamdulillah..

Cuba kita sama sama menghayati doa iftitah:
(maknanya)

Allah Yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi,
cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku dari  gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergulung dalam gulungan orang Islam.

Berkisar dengan hati nurani yang mempunyai iman cuba kita hayati firman ini:

SURAH AL FAJR
(ayat 27 hingga 30)

Wahai nafsu mutmainnah kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.
Maka masoklah engkau dalam kumpulan hamba hambaKu yang berbahagia dan masoklah kedalam syurgaKu.

BERSAMBUNG

SANTAI