Islamic Widget

Friday, December 27, 2013

WAKTU REHAT


cuba ikuti bacaan ayat ayat ini

Wednesday, December 25, 2013

BERTEMU RAMAI KAWAN

Lama kelamaan aku bertemu dengan ramai rakan dan taulan dipulau itu,aku bersahabat dengan mereka.Dalam ramai ramai kenalan itu aku berjumpa dengan guru guru dari sebuah organisasi persilatan.
Aku mulai dengan ASMA UL HUSNA,mereka membaca dan mengatakan yang mereka belum pernah dengar versi ini. 
Guru A : Dari mana dapat ni tuan?
Aku jadi bingong macam mana hendak menjawabnya,jika diceritakan yang betul mungkin mereka mengatakan aku berbohong,lalu aku berdiam sahaja.
Dia mengulangi lagi soalan yang sama,lalu aku menjawab tanpa dirancang.
Aku : Dari pondok ayah,datok dan moyang saya,pondok yang sama.
Guru A : 000....begitu...boleh saya amalkan?
Aku : Boleh tuan.
Guru A : Bolehkah tuan ajarkan saya bagaimana untuk mengalunkannya?
Aku : Saya tak pandai tuan...tapi kita bolehlah kita beramal bersama sama tuan...insyallah...
Beberapa hari kemudian Guru A datang lagi bersama beberapa orang kawan
dia selepas solat Isya.
Kami berborak dan makan minum sebelum memulakan majlis.
ASMA UL HUSNA telah dicatatkan diatas kertas...lalu aku berikan sehelai seorang...mereka mengamat amati kertas bertulis ASMA UL HUSNA  dan perlahan lahan mengalunknnya.
Malam itu aku berlagak sebagai seorang ustaz, maklumlah bak kata orang "DIMANA TIADA HELANG,BELALANG PUN JADI HELANG".
Malam itu kami belajar hanya sekadar permulaan.
Hikmah pembelajaran jelas kelihatan apabila semua sudah boleh menghafal walaupun beberapa baris sahaj ASMA UL HUSNA yang dipelajari pada malam  itu.Kegembiraan jelas terbayang diwajah mereka dan berjanji untuk bersama sama belajar lagi pada keesokkan malam.
Kami bersurai hampir 3 pagi.
Aku pun berihat dan terus terlelap.





BERSAMBUNG

SANTAI

Tuesday, December 24, 2013

SAMBUNGAN

BHTK tersembam didalam gua tersebut tanpa mendatangkan apa apa hasil dan akhirnya dia keluar terhoyong hayang dari gua ketiga itu.
Dia berangan angan untuk mencari guru yang lebih ampuh.
Aku berdoa dan berharap agar dia bertemu seorang kiyai yang boleh mengajar dia tentang Islam sebenar.....amin...amin..
Aku tidak sannggup lagi melihat ugama Islam dipermainkan dengan cogan kata

"ADAT BERSENDIKAN KITABULLAH"

Aku meneruskan perjalanan dakwahku dari satu tempat kesatu tempat dan aku terkenang kenang semasa aku berdakwah disebuah pulau diakhir tahun 1987 sehingga tahun 2000.

Ikutilah perjalanan cerita dakwah yang penuh onak dan duri,tapi aku tidak pernah serik untuk bekerja dengan Allah.
Disebuah pulau dipantai barat Tanah Melayu,Malaysia.
Aku kesana setelah meletakkan jawatan sebagai jururutera dari sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Kuala Lumpur.    
Sebelum kesana aku telah membayar wang sebanyak RM6000.00 sebagai persiapan penyediaan tempat tinggal kepada seorang kenalan yang mengaku saudara seketurunan dari Batu Bara.
Kebetulan ayahku adalah keturunan Batu Bara.
Didalam perjanjian mulut tersebut aku amat berkeyakinan untuk kesana.
Aku menjual sebuah kereta Toyota dan sebuah van Nissan kerana dipulau itu tidak memerlukan banyak kereta,tinggallah sebuah kereta Mazda 323 untuk aku gunakan disana nanti,malangnya kereta belum boleh dibawa kerana tidak ada kapal kargo untuk dimuat kesana pada ketika itu.
Sampai disana pada hari yang dijajjikan bersama tiga orang orang anak anakku yang masih kecil.
Aku,isteri dan anak anak ditempatkan disebuah tempat letak kereta yang kononnya bernilai enam ribu ringgit seluas10 x 10 keluasannya.
Aku terkedu seketika tapi aku menerimanya dengan ikhlas.
Tinggallah kami sekeluarga disitu tanpa bekalan air...
Dengan izin Yang Mahakuasa aku dibantu oleh orang lain dengan memberi tempat tinggal yang sempurna.Alhamdulillah!!!
Sekali lagi aku dianugerahkan Allah sebuah rumah kedai yang lebih luas kemudiannya.
Aku bersujud kepada Allah Yang Maha Memberi.
Sebuah kedai yang berdekatan dengan sebuah masjid dan berniaga disitu.
Pada sebelah malamnya pula aku sering berjaga malam.
Pada suatu tengah malam aku terdengar suara ramai orang sedang mengalunkan ASMA UL HUSNA dengan sangat merdu dan mendayu dayu,aku mengamatinya berbunyi:

Ya Al Awwalu.....Ya Al Akhiru....
ILAHI ANTARABBI....LA AKBUDUGHOIROKAILLA ANTA
ALLAH YA ALLAH.

Berulang ulang kali lalu aku mengikutinya perlahan lahan.Ya, suatu rasa yang menyelinap ketubuhku,airmataku mengalir tanpa dapat ditahan tahan lagi.
Mulai hari itu setiap malam aku mendengarnya dan aku pula tidak jemu jemu mengikutinya dari jauh,kini aku dah boleh menghafalnya.
Dimalam yang lain aku bercita cita mengikuti jemaah tersebut kerana aku pun dah boleh menghafalnya.
Keesokkan malamnya aku bersiap siap kemasjid untuk sama sama menglunkan ASMA UL HUSNA,malam yang gelap gelita itu aku susuri perlahan lahan dengan berjalan kaki,dijalanan sunyi sepi tanpa berjumpa seorang manusia pun,aku sampai dikawasan masjid tapi tiada basikal atau motor jemaah yang aku dapat lihat,aku terus kekolah masjid untuk beruzuk kerana aku ingin solat sunat sebelum sama sama mengalunkan ASMA ALLAH bersama mereka.Suara mereka masih kedengaran medayu dayu dan sesiapa yang mendengarnya boleh mengalirkan airmata.Suasana begitu sepi melainkan alunan suara memuji Allah.Perlahan lahan aku menolak daun pintu masjid sambil memberi salam.
Aku : Assalamualaikum
Jawab : Waalaikumussalam
Bergema seluruh ruang masjid sayangnya tidak kelihatan seorang pun ahli jemaah.
Aku mula gementar....tetapi memberanikan diri kerana aku terfikir yang berzikir itu tentulah orang orang ghaib yang beriman kepada Allah.
Aku meneruskan solat tahiyatul masjid kemudian menyebut Asma Allah sekadar pengetahuan aku,setelah selesai aku pun pulang kerumah dan kedengaran jemaah masih mengalunkan ASMA UL HUSNA,aku mengikuti dari jauh sampai terlelap.
Aku berulang alik kemasjid itu ketika ketiadaan orang tapi tidk pernah bertemu dengan orang orang ghaib tersebut.

Tunggu sambungannya yer....apa terjadi selepas itu?

BERSAMBUNG


SANTAI

Saturday, December 21, 2013

BHTK DIBAWA LARI KETEMPAT PERTAPAAN

BHTK kabarnya telah dibawa berjumpa orang pertapaan didalam sebuah gua ditanah kelahirannya untuk menyusun serangan terhadap tentera fisbilillah sambil membetulkan keadaan badannya yang terketar ketar.
Pembantu pembantunya sentiasa bertemu untuk mengatur dan menyusun strategi mereka.Lebih lebih lagi orang kuat BHTK berpura pura berbuat baik dengan  semua orang....
Kata si A : Kita kena berbaik baik dengan semua orang jika tidak rancangan kita akan gagal.
B : Betul betul
A : Lepas ni elok kita pergi jumpa ketua mereka dengan cara baik lepas tu kita berikan racun,barulah menjadi.
B : Ya ..ya...bijak bijak tuan....
A : Aku sakit hati sangat kerana kebaikkan aku selama ini dipandang sepi saja.
B : Sampai begitu sekali mereka buat pada kamu?Tunggulah masa pembalasannya.
A : Baik tuan.
Mereka pun menjalankan tugas masing masing agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa pun.
BHTK dikampungnya menjalankan ritual pada malam bulan mengambang selepas berjumpa seorang ahli pertapaan disebuah gua untuk memantapkan kembali ILMU HITAM yang mulai pudar.Mandi bunga dan limau,mandi memijak telor ayam kampung dan mandian air tujuh kuala sungai dan bermacam macam lagi.
Kelihatan guru atau ahli pertapaan itu menyambut baik kedatangan BHTK.Senyum simpul antara keduanya walaupun badan BHTK terketar ketar,digagahinya juga menyembah dan bersalaman.
Sebaik BHTK duduk berhadapan ahli pertapaan yang sedang bersila saperti pahlawan zaman dulu kala itu tiba tiba cahaya lampu yang dipasang terpadam.
Terdengar suara ahli pertapaan itu mendengus dengus dan suara BHTK sedang merengek rengek meminta pertolongan.Lama juga keadaan bergelap itu terjadi.
Didalam kegelapan gua pertapaan itu lalu cahaya mulai bersinar perlahan lahan dan berkatalah ahli pertapaan itu.
Ahli pertapaan : Syarat pertama telah pun diselesaikan didalam kegelapan tadi sehingga gua ini menjadi terang semula.
BHTK : Terima kasih pendita.
Selepas itu angin tiba tiba memenuhi gua tersebut dengan perlahan lahan dan nyaman sekali.
Ahli pertapaan : Ritual kedua akan dilakukan sekejap lagi.
BHTK : Baik pendita.
Kelihatan beberapa biji limau purut,limau nipis,telor ayam kampong dua biji,sehelai batik lepas dan bunga bungaan.
Selepas dibaca mentera oleh ahli pertapaan itu atau digelar pendita oleh BHTK
ritual mandian dilakukan tanpa seurat benang pun untuk memulihkan badan dan mengembalikan pendamping pendamping ghaibnya.
Semasa mandian tersebut telor ayam kampong diletakkan dibawah tapak kaki kiri dan kanan lalu dipijak oleh BHTK,telor itu pecah berderai...selepas itu
BHTK dibaringkan diatas kain batik lepas sekujur tubuhnya,tanda hitam pada tempat sulitnya jelas kelihatan.
Selesailah ritual kedua dan seterusnya yang dipatuhi oleh BHTK apa yang diarah oleh penditanya.
BHTK berangkat keluar dari gua setelah menyalin pakaian serba hitam apabila menjelang pagi dan diiringi oleh penditanya sampai kepintu gua tersebut tiba tiba kedua dua jatuh didalam keadaan berpelokkan dan pengsan disitu.
Malangnya gagal lagi upacara itu,setelah kedua duanya terjatuh dan tidak sedarkan diri pada pagi itu.
Manakala diatas puncak bukit tersebut kelihatan seekor ular yang amat besar menghuhulurkan muncungnya dari sebuah lubang besar sambil mengangakan mulut,lidahnya bercabang tetapi tiba tiba terpaksa mengundur masok dan hilang dari pandangan.
Suasana menjadi sunyi sepi,burung burung berkicauan,daun daun dari pohon pohon bergoyang goyang lembut ditiup bayu petang.
Rupa rupanya seharian mereka berdua tidak sedarkan diri disitu.
Petang menginjak malam,matahari mula terbenam,kicauan burung burung mulai sepi digantikan dengan suara cengkerik bersahut sahutan,embun mula menitis dan kelihatan BHTK bersama penditanya mulai bergerak gerak,seekor ular berbadan manusia menghampiri BHTK dan membawanya pergi dari situ.Pendita gelaran BHTK ditinggalkan disitu dalam keadaan gelap gelita dan menderita.
   BHTK dibawa keperguruan lain pula dalam keadaan yang amat lemah.
Sampai diperguruan kedua penunggu disitu menolak untuk membuat sebarang ritual atau perubatan.
Lalu ular berbadan manusia itu menggendong BHTK yang didalam keadaan sangat lemah kegua pertapaan lain.
Disitu BHTK disuruh berpatigeni dan bertapa dengan pakaian hitam yang dipakainya,BHTK duduk bersila dan mengangkat kedua dua tangan yang dirapatkan kedua tapak tangannya saperti sembahan pengikut Budha.Lama dia membuat ritual tersebut sehingga mukanya hampir tersembam kelantai.Setelah pulih dia akan kembali ke Malaysia.
Tentera fisabilillah menunggu nunggu kepulangannya.
Jika baik yang datang baiklah disambut dan jika kejahatan yang ditempah,tentera fisabilillah berserah kepada Allah.
Kata tentera fisabilillh:
" Kami sedang menunggu kepulangannya sama ada berperang atau bertaubat".

Termenung juga bila memikirkan tentang BHTK kerana kadang kadang mengaku Islam dan kadang kadang mengaku Hindu. 
Dua wilayah ugama dan dua wilayah kehidupan dialam ghaib dan dialam nyata.
Rugilah sesiapa yang mengikutinya..

SURAH AL BAIYYINAH
ayat 5 - 6

Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah,dengan ikhlas mentaatiNya semata mata kerana (menjalankan) agama,dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; yang demikian itulah agama yang lurus (benar).

Sesungguhnya orang orang yang kafir dari gulungan ahli kitab dan orang orang musyrik (akan masok) keneraka Jahannam;mereka kekal didalamya.Mereka itu adalah sejahat jahat makhlok.

WAALLAHUAKLAM


BERSAMBUNG


SANTAI

Friday, December 20, 2013

PEPERANGAN HARI KETUJUH


Benarlah kata BHTK peperangan hari ketujuh pun bermula dengan amanat dari karma Sabdo Palon yang meramalkan kejadian akan berlaku 500 tahun kemudian kerana mengingkari Prabu Wijaya mengajaknya memelok Islam.

lebih kurang bermaksud begini:

"Kelak 500 tahun akan datang saya akan gantikan tanah ini dengan ugama Budha kembali,yang tidak mahu ikut saya akan hancurkan supaya menjadi makanan jin dan syaitan.
Tanda tanda saya kembali kesini bila kelihatan "Gunung Merapi" meletuskan laharnya yang akan mengalir ke barat daya dengan bau yang busuk."

Ramalan itu dikatakan Sabdo Palon pada tahun 1479M.Sekarang 2013M bererti sudah melebihi 500 tahun iaitu 534 tahun sampai tahun 2013M ,Sudah lebih tiga dari dekad tetapi belum berhasil menguasainya.
Mungkin BHTK memikirkan baru masok 500 tahun kerana BHTK mengakui karmanya berusia 503 tahun...betul betul terpedaya sesiapa yang mempercayainya kerana tidak tahu mengira atau buta sejarah.

Sesiapa yang tidak mahu mengikut BHTK dikatakan busuk hati dan terus diajak berperang dengan mengatur strategi dari tertera tanah,air,api dan angin dan terus tidak mahu bersyukur dengan anugerah Yang Maha Berkuasa.
Kebanyakkan tenteranya terdiri dari jin jin kafir dan manusia yang kurang imannya.
Bersekutu dan berpakat sesama mereka didalam pakatan "AMAT SULIT" tetapi dapat dihidu dengan bantuan Allah Yang Maha Berkuasa.
Dihari ketujuh ini mereka meminta bantuan daripada karma mereka untuk beroleh kemenangan besar....
Penyusunan tertera kufar dari tanah,air,api dan angin maka berkumpullah mereka ditepi laut dengan satu azam dan satu tekad iaitu KEMENANGAN!!!
Berduyun duyun dan berasak asak ketepi laut tetapi tanpa bersuara kuat dan riuh rendah saperti peperangan lalu.
BHTK mengarahkan tentera tentera darat mencari kayu api dan didalam waktu yang singkat bersusun susun kayu api dikumpulkan ditepi laut bagaikan sebuah bukit lalu BHTK membakar kayu kayu tersebut.
Api menjulang naik,asap hitam berkepul kepul keudara kelihatan BHTK dan pengikutnya mengelilingi api itu dan bersuara saperti orang menyanyi koir tetapi aku tidak memahami septah jua pun.
Tiba tiba unggun api yang besar itu meletup dengan kuat macam bom....bum....bum...bum...bertempiaran tertetera tentera itu menyelamatkan diri masing masing,yang dilaut pula membantu dengan mencurah air laut untuk memadamkan api dan letupan yang menggila ibrat letusan gunung berapi,dari udara tidak dapat membantu kerana sedang diburu oleh tentera fisabilillah,serangn udara itu menyebabkan tentera udara puak kufar menjadi sangat lemah.Ada yang jatuh kelaut dan ada yang jatuh kedalam api buatan sendiri...."senjata makan tuan"... manakala tentera laut tentera fisabillillah yang membawa bendera hitam bertulis kalimah syahadah berkuda terbang yang siap bersenjata menyerang tentera laut kufar....
Banyak yang mati dikedua dua belah pihak tetapi tentera kufar bertambah derita kerana diasak teruk oleh tentera fisabilillah.
Tentera kufar tidak ada jalan lain melainkan berundur dan berlindung,laut terus begelora dan muncul lima ekor naga dari pusaran air laut lalu peperangan bemula lagi,lima ekor naga yang amat besar itu menyerang tanpa belas kasihan lalu berapa panglima tertera fisabilillah gugur syahid dimedan perang.
Bantuan pun datang dari langit dengan halalintar membelah lautan,kelihatan empat ekor naga naga besar itu tidak bergerak gerak lagi kemudian tenggelam kedasar laut.Tinggallah seekor lagi naga besar yang bertukar wajah saperti manusia tetapi tersangat huduh wajahnya dan terus menyambar BHTK dan menghilang entah kemana!!!?
Kemenangan dipihak tentera fisbilillah dengan laungan Allahuakbar..!Allahuakbar....!Allahuakbar..!

SURAH AL IMRAN
ayat 118

Wahai orang orang yang beriman ! Janganlah kamu menjadikan teman orang orang yang diluar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu,(kerana) mereka tidak henti hentinya menyusahkan kamu.Mereka mengharapkan kehancuranmu.Sungguh, telah nyata kebencian dari mulut mereka,dan apa yang disembunyi dihati mereka lebih jahat.Sungguh, telah kami terangkan kepadamu ayat ayat (kami) jika kamu mengerti.








Tunggu yer apa terjadi selepas itu....

BERSAMBUNG


SANTAI
Surah Al Jin dan terjemahan

سورة الجن – سورة ٧٢ – عدد آياتها ٢٨

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (١)يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (٢)وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلا وَلَدًا (٣)وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا (٤)وَأَنَّا ظَنَنَّا أَنْ لَنْ تَقُولَ الإنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا (٥)وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا (٦)وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا (٧)وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (٨)وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا (٩)وَأَنَّا لا نَدْرِي أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَنْ فِي الأرْضِ أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا (١٠)وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا (١١)وَأَنَّا ظَنَنَّا أَنْ لَنْ نُعجِزَ اللَّهَ فِي الأرْضِ وَلَنْ نُعْجِزَهُ هَرَبًا (١٢)وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَى آمَنَّا بِهِ فَمَنْ يُؤْمِنْ بِرَبِّهِ فَلا يَخَافُ بَخْسًا وَلا رَهَقًا (١٣)وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا (١٤)وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا (١٥)وَأَلَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لأسْقَيْنَاهُمْ مَاءً غَدَقًا (١٦)لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَمَنْ يُعْرِضْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا (١٧)وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا (١٨)وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا (١٩)قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا (٢٠)قُلْ إِنِّي لا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلا رَشَدًا (٢١)قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (٢٢)إِلا بَلاغًا مِنَ اللَّهِ وَرِسَالاتِهِ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا (٢٣)حَتَّى إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا وَأَقَلُّ عَدَدًا (٢٤)قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَا تُوعَدُونَ أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا (٢٥)عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (٢٦)إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (٢٧)لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا (٢٨)

1. Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya: sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur’an), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur’an yang menakjubkan, (QS. 72:1)
2. (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Rabb kami, (QS. 72:2)
3. dan bahwasanya Maha Tinggi kebesaran Rabb kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak. (QS. 72:3)
4. Dan bahwasanya, orang yang kurang akal daripada kami dahulu selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah 1523, (QS. 72:4)
5. dan sesungguhnya kami mengira, bahwa manusia dan jin sekali-kali tidak akan mengatakan perkataan yang dusta terhadap Allah. (QS. 72:5)
6. Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan 1524 kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (QS. 72:6)
7. Dan sesungguhnya mereka (jin) menyangka sebagaimana persangkaan kamu (orang-orang kafir Mekah), bahwa Allah sekali-kali tidak akan membangkitkan seorang (rasul) pun, (QS. 72:7)
8. dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, (QS. 72:8)
9. dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang 1525 barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). (QS. 72:9)
10. Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Rabb mereka menghendaki kebaikan bagi mereka. (QS. 72:10)
11. Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda-beda. (QS. 72:11)
12. Dan sesungguhnya kami mengetahui, bahwa kami sekali-kali tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan) Allah di muka bumi dan sekali-kali tidak (pula) dapat melepaskan diri (daripada)Nya dengan lari. (QS. 72:12)
13. Dan sesungguhnya kami tatkala mendengarkan petunjuk (Al-Qur’an), kami beriman kepadanya. Barangsiapa beriman kepada Rabbnya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan. (QS. 72:13)
14. Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. (QS. 72:14)
15. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam. (QS. 72:15)
16. Dan bahwasanya: jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak). (QS. 72:16)
17. Untuk Kami beri cobaan kepada mereka padanya. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Rabbnya, niscaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat. (QS. 72:17)
18. Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (QS. 72:18)
19. Dan bahwasanya tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembah-Nya (mengerjakan ibadat), hampir saja jin-jin itu desak-mendesak mengerumuninya. (QS. 72:19)
20. Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menyembah Rabbmu dan aku tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya”. (QS. 72:20)
21. Katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan sesuatu kemudharatanpun kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfa’atan”. (QS. 72:21)
22. Katakanlah: “Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun yang dapat melindungiku dari (azab) Allah dan sekali-kali tiada akan memperoleh tempat berlindung selain dari-Nya”. (QS. 72:22)
23. Akan tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasulnya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. (QS. 72:23)
24. Sehingga apabila mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka, maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolongnya dan lebih sedikit bilangannya. (QS. 72:24)
25. Katakanlah: “Aku tidak mengetahui, apakah azab yang diancamkan kepadamu itu dekat ataukah Rabbku menjadikan bagi (kedatangan) azab itu, masa yang panjang?” (QS. 72:25)
26. (Dia adalah Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun ayang ghaib itu. (QS. 72:26)
27. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. (QS. 72:27)
28. Supaya Dia mengetahui, bahwa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Rabbnya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu-persatu. (QS. 72:28)

Itulah firman Allah...jika sesiapa yang menyangkalnya maka dia bukanlah Islam lagi.

Dari situ jugalah aku berfantasi melawan syaitan laknatuallah dan jin jin kufar itu dan aku berikan nama "Bonda Hantu Tanpa Kuasa (BHTK)".
Sekarang masoklah hari ketujuh peperangan tersebut.



BERSAMBUNG



SANTAI

Wednesday, December 18, 2013

SAMBUNGAN HARI KEENAM

BHTK walaupun bergigi rongak dia tidak berhenti henti membaca serapah.

Disatu pihak lain kelihatan tentera fisabilillah sedang berkumpul,sembilan orang kelihatan sedang bermuzakarah disatu sudut,yang lain lain sedang berzikir.
Salah seorang daripada sembilan orang itu tadi bergerak kearah BHTK lalu berlaku pergaduhan.BHTK berlawan sekejap terbang kemudian berlari kepuncak bukit lalu dikejar lelaki tadi,sampai dibukit lelaki itu menepuk bumi,bumi pun terbelah dua dengan pantas lelaki itu menekan kepala BHTK tercungap cungap BHTK meminta ampun."ampun tuan....ampun " tetapi lelaki itu menekan lagi,lemah longlai .....lelaki itu pun beredar dan meninggalkan BHTK disitu tanpa membunuhnya.Bumi dibiarkan terbelah dua.
Wajah BHTK kembali menjadi tua bangka.
Tanpa mendung berarak tiba tiba hujan turun dengan lebatnya,hujan yang turun menimpa badan BHTK. Dia bergerak gerak dan bangun dengan wajah yang amat huduh sekali....lidahmya terjulur keluar bagai anjing yang kepenatan,lidahnya bertambah panjang bergerak kesana sini dan akhirnya lidah itu berhenti meliar apabila tersentuh suatu benda,diambilnya benda itu dengan lidahnya,digulung gulung benda itu sambil membawa kemulutnya.
Rupa rupanya benda itu adalah seruling syaitan.....dengan tangan yang terketar ketar dia meniup seruling itu tetapi tidak berdaya.Digagahinya berkali kali akhirnya berbunyi....mula mula perlahan kemudian menjadi semakin kuat preng.....preng.......preng...... Dengan baju yang koyak rabak,mata terjojol keluar siorang tua bangka berbongkok tiga itu masih meniup seruling syaitan tanpa mengmbil kira kepenatannya...lalu datanglah seekor demi seekor ular berkepala manusia datang menghampirinya,sayang semua yang datang jatuh kedalam bumi yang terbelah dua itu tanpa dapat naik lagi..
Keluar pula dari tanah beratus ratus ekor berwajah manusia yang sasa lalu menyembah BHTK,dia tersenyum tapi mengerikan.....lalu mengilai.....hi....hi....hi...hi....hi.....dengan suara didalam kerongkong yang amat menyeramkan.
Jin jin kafir yang keluar dari bumi berwajah manusia itu memukul gendang....riuh rendah didalam hutan itu,burung burung yang terbang mulai terbang ketempat lain tetapi ular, babi dan biawak semua mendekati dia.Beribu ribu tentera kufar telah hadir dan BHTK mengilai lagi tanda keseronokkan.Dia bergerak ketepi laut sambil mendongak keudara.Diudara beribu ribu wajah aneh berterbangan dan dilaut kelihatan beberapa ekor naga sedang memhempas badan dilautan,hempasannnya menyebabkan lautan bergelora.BHTK kelihatan gembira walaupun keletihan...
Dipihak tentera fisabilillah pula sedang mengatur srategi dengan kereta kuda,kuda perang siap bersenjata sambil berdoa kepada Allah supaya beroleh kemenangan.
Tentera kufar dari udara memulakan serangan dengan api dan angin dari udara.Serangan udara mencemaskan tentera fisabilillah dan ada yang gugur syahid...
Kelihatan tentera fisabilillah terus memohon kepada Allah dan bertakbir berulang ulang kali sehingga serangan menjadi reda lalu tentera fisabilillah dengan semangat baru menyerang diudara dengan kuda terbang bersama sama panahan maut,berguguran tentera kufar gugur seekor demi seekor,saki baki tentera kufar  menghilangkan diri entah kemana...
Tentera fisabilillah pun mengatur strategi untuk peperangan keesokkannya.
BHTK termenung disebalik sebatang pokok besar sambil menongkat dagu dengan wajah yang amat sugul serta berkuku panjang,berambut panjang yang tidak terurus,mata terjojol keluar,baju koyak rabak didalam keadaan kesejukkan terketar ketar lagi menyeramkan bagi sesiapa yang melihatnya.
Mulutnya terkumat kamit diselang seli dengan menyeringai dan menampakkan kesedihan yang amat sangat.
Perlahan lahan BHTK berkata dengan suara yang terketar ketar "besok aku akan kumpulkan tentera tentera yang paling ampuh untuk menyerang kalian semula,tunggulah pembalasan karma dari pihak kami"

SURAH AL BAQORAH
ayat 20

Hampir saja kilat itu menyambar mereka pengelihatan mereka.
Setiap kali (kilat itu ) menyinari,mereka berjalan dibawah (sinar ) itu,
dan apabila gelap menerpa mereka,mereka berhenti, nescaya DIA hilangkan pendengaran dan pengelihatan mereka. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.

TIADA SESUATU MELAINKAN ALLAH YANG BERKUASA



Tunggu yer....

BERSAMBUNG

SANTAI

Tuesday, December 17, 2013

PEPERANGAN HARI KEENAM


Peperangan hari keenam kelihatan kedua dua pihak mengumpul bala tentera masing masing kerana banyak yang mati syahid dan terbunuh dipihak lawan. 
BHTK kelihatan begitu letih  berpakaian compang camping dengan rambut yang kusut masai dan tidak terurus.Giginya kelihatan bertambah kurang menampakkan separuh gusi bila membuka mulut yang amat menjelikkan saperti nenek tua yang berumur melebihi 80an tahun.
BHTK membawa sebatang tongkat kayu yang bengkang bengkok dan memegang kemas tongkat yang mempunyai ketinggian separas pinggangnya sendiri sambil terbongkok bongkok saperti nenek kebayan,matanya mula terjojol keluar dan mulutnya sentiasa kumat kamit entah apa pula serapah yang dibacanya.
  Selepas BHTK membaca serapah ditanah lapang kaki bukit yang dikelilingi bukit bukau dan pokok pokok besar dikawasan lebih kurang 10 meter persegi itu turunlah tujuh puteri ular berkepala manusia berbadan ular mengelilingi BHTK,perlahan lahan dia jatuh terbaring ketanah,tujuh ekor ular berkepala manusia itu berdiri tetapi ekornya tidak mencecah bumi menari nari dengan lemah gemalai masih mengelilingi BHTK itu.
Beberapa lama kemudian kelihatan badan BHTK terapung apung kemudian berdiri bersama sama tujuh ekor ular berkepala manusia itu,wajah ketujuh tuajuh ekor itu cukup cantik dan rupawan sayangnya berbadan ular yang bersisik.
BHTK mengangkat sembah saperti pengikut berugama Hindu lalu perlahan lahan duduk bersila sambil mengangkat sembah lagi dan lagi....wajah BHTK perlahan lahan bertukar menjadi muda dan cantik kembali tetapi giginya tetap rongak.

BERSAMBUNG


SANTAI

Monday, December 16, 2013

TANDA KIAMAT


PEPERANGAN HARI KELIMA

Peperangan hari kelima dipermukaan laut yang terbentang luas kedengaran jin jin kafir dan pasukkan tentera kufar sedang memukul gendang peperangan yang hingar bingar dengan senjata senjata perang mereka tersandang dibahu masing masing.
Manakala tentera tentera fisabillah pula kelihtan berjubah bersama peralatan perang dan berserban labuh hingga kepunggung masing masing berwarna warni putih,hijau,kuning ,hitam dan merah.percampuran  pelbagai warna serban itu membuatkan pemandangan bertambah cantik .
 Bersama peralatan perang dengan menunggangi kuda terbang sambil berzikir dengan asmaulhuna berselang seli dengan takbir serta zikir nafi dan isbat.  
Pancaran cahaya dari langit seolah olah ikut berzikir,kilat memancar bagaikan warna warna pelangi.Burung burung turut berzikir mengikut rentak para tentera fisabilillah.
Tentera kufar ketawa berdekah dekah dengan lagak sombong menepuk nepuk dada yang diirinngi bunyian gendang yang memualkan  seolah olah mereka sudah pun memenangi peperangan itu.
BHTK yang masih kelihatn lemah dan longlai terpaksa membaca jampi serapah sambil meniup seruling bercabang lima manakala tentera fisabilillah terus berzikir tanpa henti.
Ombak bergulung gulung,kelihatan tentera kufar berdiri disetiap puncak ombak yang tinggi sambil menepuk nepuk dada tanda bermegah.
Tiba tiba
angin kencang datang bersama sama kuda terbang dipermukaan laut dan jadilah peperangan yang cukup dahsyat.
Banyak tentera kufar yang mati bergelimpangan dan banyak juga tentera fisabillah yang gugur syahid...Al fatihah untuk yang syahid.
 Saki baki tentera kedua belah pihak nampaknya berjuang tanpa henti yang kelihatan lebih memihak kepada tentera fisabilillah yang menguasai peperangan itu.
Lima ekor tentera jin kafir kelihatan bermati matian mempertahankan diri yang diserang balas oleh tentera fisabilillah sehingga tenggelam kedalam dasar laut dan terus berperang disana kemudian kelima lima ekor jin kafir itu timbul semula dipermukaan laut dan mengadu tenaga serta kesaktian,tentera fisabilillah terus bergema dengan
 takbir "Allahuakbar....Allhuakbar....Allahuakbar...." dengan serta merta datanglah cahaya dari langit menyambar kelima lima jin kafir lalu menjadi debu yang berterbangan kemudian perlahan lahan jatuh dipermukaan laut dan ditelan ombak yang sedang mengganas.
Tentera fisabilillah beroleh kemenangan total pada hari kelima itu dan bersiap siap sedia untuk berjihad pada hari keenam dengan penuh kesabaran. ....Alhamdulillah.

SURAH AL IMRAN
ayat 200

Wahai orang orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( diperbatasan negerimu ) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.


BERSAMBUNG



SANTAI

Saturday, December 14, 2013

PEPERANGAN HARI KEEMPAT

Hari keempat ini nampaknya BHTK mulai lemah tetapi tetap meniup seruling syaitan untuk menyerang tentera tentera kami,kali ini bunyinya amat berbeza daripada bunyian tiga hari yang lalu.Setelah seruling yang ditiup berbunyi "booooh....boooooooh.......booooooooooh" kelihatan sedereretan lembu keluar dari bumi kemudian bertukar menjadi panglima panglima perang.Tindak tanduk panglima panglima jin ini membuatkan tentera tentera fisabilillah tersenyum lebar dan langsung tidak menunjukkan rasa kegentaran diwajah mereka.Jin jin itu semuanya dibunuh oleh mereka,
Laungan takbir "Allahuakbar...Allahuakbar " mengiringi peperangan itu.
BHTK menjadi bertambah gentar lalu ditiupnya lagi seruling syaitan sekuat kuatnya,maka turunlah hujan batu yang amat lebat,halalintar membelah bumi,hujan dan ribut tidak berhenti henti.
Disatu sudut padang peperangan yang lapang dan luas terdapat beberapa pokok pokok besar yang berlatarkan bukit bukau kelihatan BHTK tersenyum senyum sambil berkata:
BHTK : Aku tidak gentar walau diserang lapan penjuru sekali pun.Aku adalah Bonda Ratu Penguasa Alam...aku mempunyai Nyi Roro Kidul.....ha ..ha..ha..ha...hi...hi..hi hi......ketika itu juga datanglah seorang puteri yang cantik rupawan membawa sebatang tongkat.
Puteri : Akulah Nyi Roro Kidul dan ditangan aku ini ialah sebatang tongkat dari keturunanku bernama Karera Sakti.Aku sudah lama Islam dan namaku ialah Hajjah Syarifah.
Sangkaan aku tentulah mahu menyerang tentera tentera fisabilillah dengan tongkat Karera Sakti tersebut tapi sebaliknya tanpa diduga terus memukul BHTK  dengan satu pukulan yang kuat menyebabkan BHTK pengsan disitu juga.
Kami tentera tentera fisabilillah ramai ramai pergi melihat dari dekat keadaan BHTK ketika hujan,petir dan ribut mulai reda manakala Nyi Roro Kidul yang dipuja puja oleh BHTK  telah pun memukul dia dan selepas memukul syaitan tua itu, Kanjeng Ratu Nyi Roro Kidul menghilang entah kemana ? Kanjeng Nyi Roro Kidul meninggalkan pesalahnya untuk tuntunan kami.
Itulah balasan awal untuk orang orang yang zalim.
Walaupun pengsan kelihatan badan dan kaki BHTK terketar ketar dengan mulut yang sedikit terbuka menampakkan gigi gigi rongak tanpa taring.
BHTK sudah hilang taringnya!!!

SURAH AL BAQORAH
ayat 86

Mereka itulah orang orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat.Maka tidak akan diringankan azabnya dan mereka tidak akan ditolong.

Apa terjadi...selepas itu.....?

BERSAMBUNG

SANTAI

Friday, December 13, 2013

PEPERANGAN HARI KETIGA


Kelihatan kelibat BHTK menyarung pakaian perang serba hitam,ditangannya kelihatan seruling yang lebih besar dari hari kedua.
Aku berfikir yang BHTK bergigi rongak ini sudah pulih dari kesakitannya dan mungkin akan menyeru jin jin kafir yang lebih besar dan kuat.
Telahan aku memang benar,kelihatan BHTK bergigi rongak sedang meniup seruling syaitan untuk memanggil jin jin besar tersebut.
Seruling berbunyi seolah olah berkata "dekat.....dekuuuuu.....dekat.....dekuuuuu....dekat.....dekuuuuuu........"
Membingitkan gegendang telingaku,berulang ulang kali BHTK dan bergigi rongak itu meniup seruling syaitan.
Tiba tiba muncul seorang perempuan yang sangat cantik bergaun hijau paras dada,antara bahu dan sikunya bergelang kayu,rambut yang cukup indah berselipangkan selindang berwarna hijau berkain nipis,anggun dan menawan ibarat seorang ratu dari kayangan dengan senyuman menampakkan gigi bagai delima merekah.
Dia berdiri dihadapan BHTK bergigi rongak dan muka yang tadinya manis bertukar menjadi masam.
Dia berkata: "akulah Nyi Roro Kidul dan kamu bukan hambaku lagi kerana kamu telah bermuafkat dengan syaitan"
Satu tamparan sampai kepipi BHTK lalu jatuh terduduk.
Nyi Roro Kidul pun berangkat pergi sambil menoleh kepadaku dengan seyuman yang amat manis,aku membalas senyuman dan menghadiahkan Al Fatihah.....
BHTK masih terduduk disitu tetapi aku tidak menyerangnya kerana berasa pukulan Nyi Roro Kidul sudah cukup untuk mengajarnya.
BHTK bergigi rongak menoleh kepadaku dan memaki hamun aku lagi dan lagi.
Aku pun membuka langkah untuk jurus sakti,tiba tiba BHTK bergigi rongak itu terbang dan berlindung disebatang pohon besar dan menyeringai menampakkan giginya yang rongak,hairan juga aku kerana selalunya hantu giginya bersiong tetapi kali ini lain pula jadinya,mungkin menandakan kuasa syaitan yang ada pada BHTK bergigi rongak itu sudah hilang taringnya.Alhamdulillah.
Tiba tiba BHTK hilang dari pandangan,lari lagi dan lagi....
Mayat bergelimpangan ada yang putus kepala,badan terbelah dua dan macam macam lagi yang mengerikan.... 
Tentera tentera berkuda nampaknya berperang bersungguh sungguh tanpa takut mati,jihad fisabilillah....ada yang mati syahid.
BHTK entah hilang kemana?Panglima panglima BHTK banyak yang gugur..
berperang dan terus berperang sehingga cukup tiga hari tiga malam.
Kemenagan belum berpihak kepada sesiap pun.
Peperangan masok hari keempat.

SURAH AL IMRAN
ayat 52

Maka ketika 'Isa merasakan keingkarannya mereka (Bani Israil),dia berkata,
"siapakah yang akan menolongku untuk (menegakkan agama ) Allah?Para Hawariyun (sahabat setia) menjawab,"kamilah penolong (agama) Allah.Kami beriman kepada Allah,dan saksikanlah,bahawa kami adalah orang orang muslim.

BERSAMBUNG


SANTAI 

HARI KEDUA PEPERANGAN


Pada hari kedua peperangan BHTK telah meniup seruling yang lebih besar untuk memanggil dan menambah tentera tenteranya,dipanggilnya seluruh tentera jin kafir dinusantara supaya mengangkat senjata dan menggunakan kesaktian,lalu datanglah mereka itu berduyun duyun menyambut seruan BHTK.
Yang dibumi gemerincing terdengar suara riuh rendah dengan senjata bagi menujukkan kehebatan mereka,diudara menjadi gelap gelita hanya terdengar riuh rendah tiba tiba kilat datang lalu sekilas pandang kelihatan tentera tentera tersebut bersayap dan berterbangan mencari mangsa mangsa mereka.
Tidak ketinggalan yang dilaut pun naik kedarat.
Kilat sabung menyabung menandakan mereka sudah siap sedia dengan bala tentera udara,laut dan darat.
Seruling peperangan pun ditiupkan lagi oleh BHTK.
Seruling syaitan yang membingitkan telinga itu ditiupkan berkali kali oleh BHTK.
Mereka terus menyerang dan menyerang,bermati matian menyerang sambil mempertahankan diri bila diserang balas.
Kelihatan sudah ada yang mati bergelimpangan,ada yang disambar petir,ada yang putus kaki dan tangan.
BHTK bertemu aku dan berdialog:
BHTK : Aku tidakkan mengaku kalah dengan kalian.
Aku : Aku bukan yang memulakan peperangan ini.Kamulah anak anak didik Addajjal timur yang memulakannya.
BHTK menjadi amat marah lalu menghunuskan keris yang tinggi melebihi ketinggian aku yang ditempah dengan harga RM 1200 itu kemuka aku,keris itu jatuh kebawah,BHTK sudah tidak berdaya lagi mengangkat keris yang lebih tinggi dari dirinya sendiri yang kononnya keris pusaka keturunannya.Aku hanya memerhtikan gelagatnya.Dia meraung raung sambil mulutnya yang celupar itu memaki hamun.Kesempatan ini aku ambil lalu aku pun membuka langkah jurus sakti.
Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...bum.. bum,,bum...aku lepaskan jurus sakti aku lalu terkena pada badan BHTK...dan dia tidak mampu menepis lagi hanya menerima pukulan jurus sakti aku...
Aku terus jurus dan jurus.BHTK terbeliak matanya,mulutnya pula menyeringai lalu menampakkan giginya yang rongak.Hantu bergigi rongak,yang ada hanya gigi hadapannya sahaja.
Peperangan berlarutan sehari semalam tetapi tidak menunjukkan tanda tanda kemenangan dan kekalahan dikedua belah pihak.
Peperangan hari ketiga terpaksa diteruskan.

SURAH AL BAQORAH
ayat 194

Bulan haram dengan bulan haram,dan (terhadap) sesuatu yang dihormati berlaku (hukum) qisas.
Oleh sebab itu barang siapa menyerang kamu,maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu.
Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang orang yang bertaqwa.

BERSAMBUNG


SANTAI

Wednesday, December 11, 2013

BERPERANG DENGAN BHTK


Selama seminggu aku berfantasi berperang dengan BHTK ibarat sebuah mimpi ngeri:
Bermulalah peperangan antara aku dan BHTK.
Kononnya\aku pun mengumpulah segala bala tentera Allah untuk berjihad fisbilillah melawan syaitan laknatullah tersebut.
Tentera berkuda yang bersiap dengan berpakaian perang seolah olah didalam filem filem  perang berkuda.Mereka pun menyeranglah puak puak syaitan yang terdiri dari jin jin kafir dan BHTK itu.
Didalam peperangan itu aku dapat berdialog dengan BHTK yang berupa seorang perempuan tua dengan rambut panjang yang kusut masai serta bertongkat terketar ketar suaranya yang keluar dari kerongkong:

Aku : Kenapa kamu menghantar santau angin,suara tanpa wajah kepada aku?
BHTK : Hi...hi....hiiii....(sedikit mengilai)...kamu misti ikut perintah aku....hi...hi...hi....kerana akulah penguasa tujuh langit dan tujuh bumi....hi...hi...hi...aku berbuat demikian kerana kamu tidak mahu mengikut perintah aku....hi..hi...hi...
Aku : Tidak ada Penguasa Selain Allah.
BHTK menjadi amat marah lalu mengangkat tongkatnya untuk memukul aku,aku berlawan terus terusan,tiba tiba dia hilang dari pandangan (mungkin melarikan diri).
Peperangan pada hari pertama itu tidak banyak meunjukkan kekalahan atau kemenangan dikedua belah pihak.
Peperangan sudah masok hari kedua...

SURAH AL IMRAN

ayat 124-125

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka):

" tidakkah cukup bagi kamu bahawa Allah membantu kamu dengan 3000  tentera dari malaikat yang diturunkan?

Bahkan (mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta,nescaya Allah membantu kamu dengan 5000 malaikat yang bertanda masing masing.

WALLAHUAKLAM.

BERSAMBUNG


SANTAI


PERTUKARAN NAMA BONDA RATU PEGUASA ALAM (BRPA) KEPADA BONDA HANTU TANPA KUASA (BHTK)


Dengan rasa rendah diri kepada Allah dan RasulNya aku mengistiharkan bahawa sesiapa pun tidak layak menguasai alam ini kecuali Maha Penciptanya  sahajalah yang menjadi PENGUASANYA.

Jadi amatlah layak bagi Bonda Ratu Penguasa Alam ( BRPA) yang mengangkat diri sendiri itu kepada Bonda Hantu Tanpa Kuasa (BHTK) kerana didalam

SURAH AT TALAQ
ayat 12

Allah yang menciptakan tujuh langit dan dari (penciptaan) bumi juga serupa.
Perintah Allah berlaku padanya,agar kamu mengetahui bahawa Allah Mahakuasa 
atas segala sesuatu,dan ilmu Allah benar benar meliputi segala sesuatu.


BERSAMBUNG

SANTAI

Sunday, December 8, 2013

PERNYATAAN FIRMAN ALLAH

SURAH AL BAQORAH
ayat 128

Hai orang orang yang beriman,masoklah Islam keseluruhan,dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan.
Sesungguhnya syitan itu musuh yang nyata bagimu.

SURAH AN NAS
ayat 1-6

Katakanlah:
Aku berlindung kepada Tuhan
(yang memelihara dan menguasai) manusia.
Raja manusia.Sembahan manusia.
Dari kejahatan (bisikkan) syaitan yang biasa bersembunyi
yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia,
dari (gulungan) jin dan manusia.




BERSAMBUNG


SANTAI

Thursday, December 5, 2013

PARA PEMBESAR ALAM JIN YANG TERKENAL DINUSANTARA

NAMA NAMA JIN
  1. Nyi Roro Kidul
  2. Nyi Blorong
  3. Mak Lampir
  4. Genderuwo
  5. Palasik
  6. Jenglot
  7. Santet Banaspati
  8. Parakang                                                                                                       Nanti aku catatkan sekadar pengetahuan aku untuk kita sama sama beringat ingat.


Nyi Roro Kidul


Nyi Blorong 


Genderuwo


Palasik


Jenglot

Kita sebagai orang Islam tidak boleh memilih jin jin ini untuk dibuat perlindungan!

SURAH  AN  NISA 
ayat 89
Mereka ingin agar kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjdi kafir,
sehingga kamu menjdi sama (dengan mereka).
Janganlah kamu jadikan dari antara mereka sebagai teman teman (mu),sebelum mereka berpindah pada jalan Allah.
Apabila mereka berpaling,maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana pun mereka kamu temukan,dan janganlah kamu jadikan seorang pun diantara mereka sebagai teman setia dan penolong.

Perkara ini boleh menyongsong kita kearah kesyirikan.
Sebab itu jugalah aku tidak mahu mengikuti Persatuan Bonda Ratu kerana aku rasa tersangat tidak betul mengikut pegangan ugama Islam yang aku anuti.
Bonda Ratu mengandaikan yang dia adalah Nyi Roro Kidul kerana kesatuan batin antara keduanya.
Dia juga menyediakan sebuah kamar pemujaan untuk Nyi Roro Kidul.
Aku tidak mahu bercerita panjang tentang Nyi Roro Kidul sebab sudah aku ceritakan tentang Kanjeng Roro Kidul yang sudah Islam.
Kemungkinan Kanjeng Roro Kidul pun tidak suka cara pemujaan tersebut dan penggantinya yang datang ketika pemujaan entah siapa? Jika benar Kanjeng  Roro Kidul yang datang sendiri tentulah kemewahan Bonda Ratu melimpah ruah tanpa susah payah untuk menipu orang yang mungkin akan dan telah disihirkan.
Malah Nyi Blorong adalah seangkatan Nyi Roro Kidul yang dipercayai boleh memberi kekayaan.
Naman sebenar Nyi Blorong ialah Nyimas Dewi Anggatari
anak kepada
Nyimas Dewi Rangkita
(Ratu Galuh)
anak kepada
Dewi Anggista.
Nyi Blorong adalah anak bongsu kepada Raja Caringin Kurung xi.

Untuk penyatuan dengan Nyi Blorong sama jugalah pemujaan yang perlu dibuat
untuk Nyi Roro Kidul.
Pertapaan selama 40 hari dan malam dikehendakki berpuasa dengan memakan sayur sayuran sahaja.
Setiap bulan purnama pula wajib diadakan mandian purnama supaya wajah kelihatan cantik dan menawan selalu.
Amalan inilah yang dibawa oleh Bonda Ratu yang mengangkat dirinya sendiri sebagai Bonda Ratu Penguasa Alam,entah alam mana yang dia berkuasa entahlah.
Jika sesiapa yang sanggup mensyirikkan Allah maka kekayaan akan diberi oleh Nyi Blorong yang berupa kepingan emas dari sisik badannya yang berwajah
sebenar berbadan ular besar dan berkepala manusia.
Menyediakan sajian dipantai dan didalam bilik pemujaan jin yang bergelar NYI BLORONG atau NYI RORO KIDUL.
Nyi Blorong adalah pembantu khas Nyi Roro Kidul.
Siapakah manusia Muslim yang yang sanggup menjadi hamba kepada jin jin ini?
Yang jelas sekarang adalah Bonda Ratu Penguasa Alam dan pengikut pengikutnya yang anggup menghabiskan wang dan waktu untuk mengejar duniawi.

SURAH AN NISA
ayat 82

Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al Quran?
Sekiranya (Al Quran) itu bukan dari Allah,pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan didalamnya.

Na'zubillah...semoga mereka semua kembali kejalan Allah...amin...

Berkisar tentang genderuwo atau hantu raya yang boleh tampil dengan wajah gagah dan berbulu saperti beruang bersifat gilakan sek daripada manusia perempuan yang kesunyian.
Wajahnya boleh bertukar kewajah manusia saperti suami dan sebagainya dan sedia menjalankan kerja kerja seksual dengan rakus.
Ada juga manusia yang sanggup memeliharanya untuk kepentingan diri.

SURAH AN NISA
ayat 116-119

Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan DIA mengampuni dosa selain itu bagi sesiapa yang DIA kehendaki.
Dan barang siapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah,maka sesungguhnya
dia telah tersesat jauh sekali.
Yang mereka sembah selain Allah itu tidak lain hanyalah inasan (berhala) dan mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka,yang dilaknati Allah,dan syaitan itu mengatakan,"aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba hamba Mu.Dan pasti akan ku sesatkan mereka dan akan ku bangkitkan dengan angan angan kosong pada mereka,dan akan ku suruh mereka memotong telinga telinga binatang ternak lalu mereka benar benar memotongnya,dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah.Lalu mereka benar benar mengubahnya.Barangsiapa menjadikan syaitn sebagai pelindung selain Allah,maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang amat nyata.


Palasik atau tengelong/polong adalah dari manusia yang menuntut ilmu hitam sehingga dapt bersatu dengan jin yang kepalanya boleh menanggalkan badannya sendiri dan berterbangan semasa merayau rayau mencari mangsa mangsanya.Dia lebih menggemari anak anak yang baru dilahirkan.
Ilmu hitam yang kurang menjadi tidaklah sehibat itu hanya gangguan yang kecil kecil sahaja.
Semoga kita semua tidak terjebak didalam kesesatan ini...amin..

Jenglot kononnya terjadi dari manusia sakti yang tidak diterima bumi lalu mengecut berukuran lebih kurang dua jengkal manusia normal.
Disajikan dengan darah manusia oleh sahabatnya untuk kehibatan duniawi.

Santet Banaspati yang jadi daripada api yang amat suka kepada manusia pemarah untuk dijadikan sahabat,selalu berjaya didalam urusannya.

HATI HATI.

Parakang pula jenis manusia syaitan yang suka kepada bayi yang baru lahir untuk santapan.
Semua ini jika dilakukan oleh orang orang Islam adalah syirik.

SURAH ALBAQORAH
 ayat 102:

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan syaitan pada masa kerajaan Sulaiman.Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan syaitan itulah yang kafir,mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di Negeri Babilon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan,
"sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu),sebab itu janganlah kafir".
Maka mereka mempelajari dari keduanya(malaikat itu) apa yang(dapat)memisahkan antara seorang(suami) dengan isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah.Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan,dan tidak memberi manafaat kepada mereka dan sesungguhnya mereka sudah tahu,barang siapa membeli(menggunakan sihir) itu,nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.Dan sesungguhnya,sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir,sekiranya mereka mengetahui.


WALLAHUAKLAM.

BERSAMBUNG

SANTAI

Wednesday, December 4, 2013

BONDA RATU TELEFON LAGI

Berselang dua hari kemudian Bonda Ratu menalifon aku :

Bonda : Kenapa adinda beritahu Zam apa yang kita bercakap semasa dirumah kekanda.
Aku : Takkan bercerita yang benar pun menjadi kesalahan kekanda?
Bonda : Biar kekanda
sahaja yang beritahu apa pun kepada Zam dan lagi satu jangan terus berhubung dengan Dato' Seri S.Aku terfikir kenapa pula begini jadinya?
Aku dengan nada merendah memohon maaf dan menarik diri dari Persatun Bonda Ratu yang tidak berdaftar itu.
Persatuan yang memutar belit kenyataan tidak ada gunanya,persatuan yang mencari kambing hitam untuk melepaskan segala keburukkan diri kepada orang lain.
Bonda Ratu atau Bonda Hantu.

SAMBUNGAN PERJALANAN DAKWAH MENEMUI PELBAGAI CABARAN DAN RINTAGAN.

SANTAI

Sunday, December 1, 2013

SAMPAI DI IPOH DAH PETANG

Jemaah Ipoh sudah menunggu,kami makan dan minum petang beramai ramai selepas itu kami bergerak kerumah HN.
Kami solat dan makan malam disitu kemudian bergerak kerumah ayahanda OM.
Lama juga berbual dan merancang untuk dakwah.
Lewat malam aku dijemput oleh jemaah Grik ke Nenering,tidak banyak dapat berbual kerana badan terasa sangat letih.
Malam itu aku bermalam disitu.
Keesokkan harinya aku dihantar pulang ke Sg Petani.
Sampai dirumah lebih kurang pukul tiga petang.
Badan terasa amat letih.
Aku berihat dan terlelap.
Aku terbangun setelah terdengar azan Asar,selepas mandi dan solat aku terfikir fikir tentang Nyi Roro Kidul dan Sonan Kalijaga yang pernah bercinta.


GAMBAR HIASAN SONAN KALIJAGA DAN NYI RORO KIrDaUL

Pada sekitar tahun 1400 M ketika Galuh Panjajaran yang diketuai oleh Raja Sakti Mandraguna iaitu Prabu Siliwangi tidak mahu memelok Islam apabila diarahkan oleh Sonan Gunung Jati(Syeh Sharif Hidayatullah) lalu berlakulah peperangan saudara.
Tiga orang jaguhan dihantar untuk bertarung iaitu
Pangeran Arya Kemuning
Dewi Nyimas Gandasari
Nyimas Roro Kencono Wungu
tetapi tetap gagal untuk menjatuhkan Prabu Siliwangi.
Selepas itu Kanjeng Sonan Kalijaga ditugaskan pula oleh Sonan Gunung Jati tetapi dengan syarat meminjam PUSAKA dari Ratu Kidul Dewi Nawang Wulan yang bernama TOMBAK KARERA REKSA tetapi ditolak oleh Ibu Ratu Kidul dengan alasan tidak membawa bukti dari Kanjeng Sonan Gunung Jati dan meminta supaya dibawa berjumpa dengan Kanjeng Sonan Gunung Jati.
Permintaan ditunaikan.
Sampai di Kapuntren Sonan Gunung Jati kelihatan Ibu Ratu Kidul malu malu kucing untuk mengadap Sonan Gunung Jati kerana memikirkan helahnya boleh diteka oleh Sonan Gunung Jati.

Sonan Gunung Jati : Pinjamkankanlah TOMBAK KARERA REKSA dari keturunan ayahmu Prabu Siliwangi kepada Sonan Kalijaga kerana senjata itu sahajalah yang dapat mengalahkan ayahmu.
Ibu Ratu Kidul : Aku hanya akan menyerahkan TOMBAK KARERA REKSA kepada suamiku sahaja.
Kabarnya Ibu Ratu Kidul memang menaruh hati kepada Sonan Kalijaga lalu dia memberi syarat yang sedemikian.
Lalu Sonan Gunung Jati mengarahkan mereka berkahwin bukan atas dasar nafsu tetpi kerana Allah jua.
Ibu Ratu Kidul : Saya mahu mas kahwinnya tasbih batu kecubung dari laut merah.
Untuk merialisasikan tujuan itu Sonan Gunung Jati pun mengarahkan muridnya mencari apa yang dihajati oleh Ibu Ratu Kidul.
Sonan Kalijaga bermunajat kemudian Allah mengirimkan kepada beliau tiga orang berilmu hebat yang boleh membantunya.
Mereka adalah Sangyang sotong
Ratu Sanggah Wisesa
dan
Sih Walikat.

Sampailah mereka ketempat yang dituju lalu disambut oleh Nabi Allah Sulaiman(kononnya) dan diajak masok kedasar laut di utara Iraq.
Sampai disitu Ratu Balkis menghadiahkan sebuah kotak berukir dan didalamnya berisi tasbih yang diperbuat dari  batu kecubung giok.
Setelah mendapatkan apa yang dihajati lalu Sonan Kalijaga pun pulang menemui gurunya dan sekali lagi Sonan Gunung Jati mengarahkan supaya beliau pergi berjumpa dengan Ibu Ratu Kidul.
40 orang pengiring Sonan Kalijaga menuju Laut Selatan.
Sambutan Ibu Ratu Kidul amat meriah sekali.
Mereka menjadi suami isteri kerana Allah atas tujuan untuk mengalahkan Raja Munding Wangi yang bergelar PRABU SILIWANGI GALUH itu.
Selama tujuh malam berperang akhirnya pihak Sonan Gunung Jati pun beroleh kemenangan dan Prabu pun memeluk Islam.
Kepala perang yang kalah lari ke Gunung Himalaya dan bersumpah akan kembali ke Jawa selepas 500 tahun.Itulah SABDO PALON yang kalah perang.
Pemerintahan Islam bermula pada tahun 1479M.


BERSAMBUNG


SANTAI

Friday, November 29, 2013

BANGUN PAGI DIRUMAH BONDA RATU

Pagi yang suram kerana terbangun lewat lagi, pukul 9 pagi.
Bonda Ratu dan suami turun dari tingkat atas jam 11 pagi terus kedapur dan memasak.
Dapur yang direka berbentuk "L" diletak ditengah tengah medan ruang dapur,sinki disebelah kanan dan meja makan disebelah kiri yang membolehkan sambil berbual semasa memasak.
Aku dijemput sarapan dan tanpa membantah aku terus kemeja makan berdekatan dapur yang sedang digunakan bonda untuk memasak limping.
Bonda : Makanlah adinda tengah panas panas ni.
Aku : Terima kasih kekanda....sedap ni...tak sangka kekanda pandai memasak.
Aku memuji meyebabkan bonda terus berkata.
Bonda : Kekanda akan membuka restoran.
Aku : Kalau sebegini punya masakkan tentu laris nanti.
Suami Bonda Ratu beredar keluar entah apa tujuannya aku tak tahulah.
Aku : Berapa belanja membuka restoran tu kekanda?
Bonda : Tak mahal cuma RM 350,000 sahaja.
Aku : Alhamdulillah.
Bonda : Adinda nak berangkat pulang ke Kedah ka hari ni?
Aku : Ya.. kekanda.
Bonda : Nanti jika mahu datang lagi beritahu kekanda ya...bolehlah kekanda kirimkan belanjanya
Aku : Insyaallah.
Selesai sarapan pagi aku pun mengambil beg pakaian dan Bonda Ratu memberi aku 'ibu wang' yang kononnya boleh mendatangkan wang dengan banyak.RM 100.00 ringgit diberikan pada aku untuk belanja dan nyatalah bahawa 'ibu wang' buatatan Bonda Ratu menjadi,geli hati pun ada juga bila memikirkannya.
Bonda Ratu yang mempunyai kereta berjenama Mercedes mengarahkan suaminya yang berkerja sebagai jurutera IT menghantar aku kestesen bas di Jalan Duta.
Mereka membawa beg pakaian aku dan meletakkan didalam kereta lain.
Seorang pemuda yang aku tidak kenali memandu dan membawa aku bersama suami Bonda Ratu kedestinasi.
Semasa didalam kereta kami berbual bual.

Aku : Banyaknya duit ayahanda.
Suami Bonda : Ah....tak mahal pun cuma RM 70,000 saja.
Aku : Alhamdulillah...
Didalam hati aku rancak berfikir kerana Bonda Ratu memberi tahu aku yang belanjanya RM 350,000....
Kami sampai distesen bas Jalan Duta lalu suami Bonda Ratu yang nampak begitu jujur telah membeli tiket untuk aku ke Ipoh kerana aku ingin berjumpa jemaah dakwah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kedah.
Selepas bersalaman aku pun menaikki bas menuju Ipoh.

BERSAMBUNG

SANTAI

SYIRIK BESAR OLEH BONDA RATU

Berbicara tentang Bonda Ratu Penguasa Alam adalah amat sensitif.
Ramai sudah terpengaruh dengan dia.
Yang berzikir dan bercerita tentang syirik pun terikut ikut.Ayah Zam sanggup mencerca aku semasa ketiadaan aku hanya kerana aku membangkang kerja kerja syirik  Zam anaknya.
Aku rasa cukup bertanggung jawab untuk menyedarkan mereka.

"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa dosa syirik dan Allah akan mengampunkan dosa selain syirik jika Dia menghendakkinya"( Surah An nisa' ayat 48)

Banyak lagi ayat ayat Al Quran menerangkan tentang syirik.
Aku menyeru kepada diriku dan sahabat sahabat aku supaya tinggalkanlah kerja kerja syirik tersebut!!!
Mungkin aku akan dimarahi oleh Bonda Ratu dan kuncu kuncunya dan tidak mustahil mereka akan menyihirkan aku dengan menggunakan ILMU SYAITAN BONDA RATU.
Aku percaya kepada Allah walaupun dihina dan dicemuhkan, ini adalah suatu sifat keharusan yang aku harus pakai sebagai pendakwah.
Jika aku mati dengan sihir mereka aku akan beroleh mati syahid....lagi pun aku sudah tua.
Aku nekad mahu bekerja dengan ALLAH..
Amin....


BERSAMBUNG

SANTAI

BERJUMPA AYAH D DAN KEKANDA Y

Setelah lama berfikir fikir disejadah aku pun turun kebawah berjumpa ayah D dan kekanda Y yang datang dari Johor.
Semasa aku menuruni anak tangga
kelihatan Bonda Ratu sedang bercakap cakap dengan ayah D dan kekanda Y,entah apa yang diceritakan aku tidak tahu.
Tapi hatiku berbisik yang Bonda Ratu ibarat stesen TV berbayar ,maklumlah semua kena bayar tetapi kalau dengar dia bercerita semuanya tanpa bayaran.
Mandi kena bayar,baju kena bayar,makan kena bayar,ubat kena bayar,medal kena bayar. tentang bayaran memanglah patut dibayar tetapi janganlah tinggi sangat...biarlah berpadan.

Aku sampai dimeja bual dibawah lalu memberi salam dan meminta izin untuk duduk bersebelahan ayah D dan kekanda Y.
Wah....kelihatan busana Bonda Ratu yang diletakkan dibadannya;
Selabuh gaun putih mulus yang sendat menampakkan susuk pinggang yang kecil,berlengan panjang yang sendat juga dan kembang dibawah bagai seorang pengantin bertudung putih yang yang menonjol keatas memberi tafsiran ringkas tentang rambutnya disanggul dan diikat bagai tocang ekor kuda,walaupun bertutup litup tetapi masih kelihatan susuk tubuh dan payu dara yang sebesar buah manggis kampungan itu masih terserlah,buntutnya yang sedikit menjungkit kebelakang.
Bonda Ratu memulakan peranannya sebagai pendakyah...

Bonda : Bolehkah Pak D melantik saya menjadi PENASIHAT  Persatuan Dakwah Pak D?
Ayah D : Berdiam.
Kekanda Y : Nanti saya siasat dengan pejabat pertubuhan pendaftaran dahulu ya bonda.
Aku : Boleh...boleh ...insyaallah boleh.
Semasa aku menjawab kelihatan kekanda Y tidak keruan.
Ayah D : PTH lebih maklum kerana dia bekas jurutera.
Dalam hati aku tugas aku semasa menjadi jurutera tidak kena mengena dengan pendaftar pertubuhan,bagi aku kekanda Y lagi perpengalaman.Perlahan lahan aku keluar dan berihat dikerusi luar rumah,kekanda Y ikut keluar dan kami berborak borak,kelihatan kekanda Y tidak bersetuju.
Aku berjalan masok keruang bual semula diikiuti kekanda Y.
Bonda Ratu masih berdakyah kepada ayah D.
Bonda : Dato' Seri S tu selalu buat kerja tidak ikhlas termasok tanah yang bonda buat perkiraan diberikannya pada orang lain sedangkan bonda hanya mendapat dua lot sahaja.
Kami semua terdiam...
Ayah D berjalan keluar,aku ikut keluar....ayah D duduk dikerusi dan berbual dengan aku:
Ayah D : Ayah PTH patut mengetahui tentang semua tindak tanduk Zam ni.
Aku : Kenapa ayah?
Ayah D : Zam dengan Dato' Seri S telah memungut wang dari anak anak saya dan menjanjikan sebidang tanah milik kerajaan untuk ditukar hakmilik kepada pembayar tersebut.
Aku : Saya tidak tahu menahu ayah.
Ayah D : Mana boleh tidak tahu sedangkan Zam anak ayah PTH,Ayah PTH misti bertanggung jawab.tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
Aku jadi bingong dan terkedu kerana aku berfikir Zam telah aku serahkan kepada ayah D.
Bingong sungguh aku dibuatnya.Aku amat bersedih kerana ditambah oleh kekanda Y sebagai penyokong kuat ayah D.
Tentang pungutan wang itu aku memang tidak tahu cerita permulaannya,kini dipertengahan perjalanan ini aku dipertanggung jawabkan.
Aku dengan sugul melangkah masok keruang bual semula.
Bonda Ratu masih lantang bersuara.
Bonda : Telefon Dr Syed suruh datang sekarang.
Suami Bonda Ratu pun menalifon Dr Syed dan keputusannya Dr Syed tidak dapat datang kerana sakit kaki.
Bonda : Pergi jemput dia dan bawa kesini sekarang.
Suami Bonda Ratu yang bebadan tegap dan segak itu bergegas mencapai kunci kereta dan terus pergi untuk mendapatkan Dr Syed.
 Lebih kurang satu jam kemudian Dr Syed pun sampai dengan bertongkat.Kelihatan Dr Syed terbongkok bongkok mecam nenek kebayan didalam filem filem melayu lama.
Berkerut kerut muka Dr Syed menahan kesakitan.
Bonda : Mari bonda jampi Syed.
Bonda Ratu mengambil segelas air dan menyembur kekaki Dr Syed yang sakit tetapi tiada kesan apa apa.Penguasa Alam pun ubat tak sembuh .......aku tersenyum tetapi Dr Syed mengeluh kesakitan.
Bonda Ratu mengambil sebatang tongkat hikmat dan diberikan kepada Dr Syed sebagai pendinding kononnya.Dr Syed mengambil tongkat tersebut dan meminta izin untuk pulang kerana tidak dapat menahan dengan kesakitan tersebut.Ayah D dan kekanda Y memerhatikan sahaja dan masing masing meminta diri untuk pulang.
 Jam sudah 5 pagi, aku terasa amat mengantuk,selepas mereka bersurai aku terus berbaring disitu juga dan terlelap sampai terlepas solat Subuh.Dua malam aku bermalam disitu tanpa solat Subuh.


BERSAMBUNG


SANTAI

LAGI LAMA LAGI MACAM MACAM BERSAMA BONDA RATU

Selepas solat aku teringat  Bonda Ratu pernah bercerita kononnya dia pernah berjumpa Nabi Allah Isa dan Saidina Ali di Kuala Lumpur ketika kami beramai ramai mendengar dakyahnya :

Bonda : Tahukah kalian yang bonda pernah berjumpa Nabi Allah Isa dan Saidina Ali
Aku : Dimana kekanda?
Bonda : Kuala Lumpur.
Aku : Mimpikah kekanda?
Bonda : Mana pulak mimpi,ini terang terang berjumpa kat masjid India,hensem betul dia,terpaku kekanda melihat wajahnya.
Suami bonda : Yang hensem sangat tu Saidina Ali ka?
Bonda : Yalah.
 Dalam hati aku lagi lama bersama dia lagi macam macam cerita karut marut dan fatwa yang dikeluarkan.
Aku masih disejadah dibilik tingkat atas rumah teres dua tingkat itu bersebelahan dengan bilik pemujaan Bonda Ratu yang dikatakan bilik sembahyang dia.Eh..baru aku terperasan yang gambar Nyi Roro Kidul bukan mengadap kiblat dan Bonda Ratu pula berzikir mengadap gambar Nyi Roro Kidul.Hairan sungguh aku ,tetapi kenapa masih ada orang yang mahu menjadi pengikutnya.....?
Mungkin mereka tidak tahu...inilah tugas aku selanjutnya untuk memberitu kepada yang tidak tahu...

BERSAMBUNG


SANTAI

Thursday, November 28, 2013

MENERUSKAN CITA


Mana pejuang yang lain?
Dia orang sebok cari pingat dan kekayaan....

SANTAI

TENTERA ALLAH



PANJI PANJI HITAM

Inilah bakal pejuang Islam yang dilatih sejak kecil lagi.
Belum lagi tentera tentera Allah  yang tidak dapat dilihat.
Penguasa Alam sebenarnya adalah ALLAH STW.

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

Rugilah orang orang yang beriman selain ALLAH

SANTAI

Tuesday, November 26, 2013

PAGI YANG TIDAK SOLAT SUBUH

Pada pagi itu aku tidak solat Subuh kerana tidak tersedar dari tidor saperti selalu.Matahari  telah tinggi.Suasana didalam rumah masih gelap ditutupi dengan langsir tebal.Hawa dingin yang tidak dingin itu menyebabkan aku tidor tanpa selimut walaupun Bonda Ratu telah menyediakannya untuk tetamu yang bertaraf adindanya.
Aku membersihkan diri dan mengambil wuzuk,setelah menyalin pakaian aku berihat sambil membaca buku,puas membaca buku aku berjalan jalan diluar rumah.Keluar dan masok lagi tetapi Bonda Ratu belum juga bangun bangun.Hairan jugalah aku kerana katanya dia tidak makan dan minum serta tidak tidor,bukan sekali dua memberitahu tentang hal  itu ,berkali kali mengulangi bahawa dia bukannya dari spesis manusia,tidak ada darah haid malah berdarah puteh.
Dua orang anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah menjadi teruna dan dara masih tinggal bersama samanya,mereka ini anak orang atau anak siluman?
Lebih kurang jam dua belas tengahari aku terdengar derap tapak kaki menuruni tangga dari tingkat atas kemudian Bonda Ratu bersama suami turun sambil memberi salam kepadaku dan terus kedapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
Itulah juga makanan untuk sarapan pagi dan tengahari yang disediakan iaitu masakkan daging dan ayam yang dipanaskan semula.Alhamdulillah...
Selepas makan kami berborak borak ringan tentang hal hal keluarga aku dan bila isteriku akan dibawa berjumpa dengannya untuk mandian adat...
Aku terpandang disebelah tangan kananku berdekatan sendi siku ada sedikit gigitan sebesar mata jarum dan kesan lebamnya sebesar wang siling lima sen tetapi tidak merasai sebarang kesakitan.Aku berdiam diri sambil mendengar celoteh Penguasa Alam yang tidak berkuasa apa apa.
Lama berbual dengan Bonda Ratu dan suami aku menunjukkan kesan lebam itu kepada Bonda Ratu.Dia tersenyum saja lalu aku berseluruh:
Aku : Kenapa dia gigit adinda sedangkan adinda datang bukan sebagai musuh?
Bonda Ratu dan suami membisu dengan wajah sedikit berkerut.

Hari sudah menjelang petang seorang lagi anak angkat aku bernama MP dari Johor datang,aku berborak borak dengan dia selepas itu kami keluar minum bersama sama.Dadaku berasa lapang dengan MP kerana MP memberitahu yang ayah D dan kekanda Y akan datang menemui Bonda Ratu.
Hari menginjak kewaktu Maghrib dan kelihatan ayah D dan kekanda Y menghampiri kami didalam hujan lebat.
Kami membawa mereka kerumah Bonda Ratu.

(tunggu yer apa pula agenda Bonda Ratu terhadap ayah D)


BERSAMBUNG

SANTAI



Monday, November 25, 2013

SASARAN FITNAH KEDUA BONDA RATU

Kami masih berborak borak dan mendengar ceramah Bonda Ratu Penguasa Alam:

Sesiapa sahaja yang tidak mematuhi arahan Bonda Ratu akan dihukum secara batin atau dengan cara menjatuhkan maruah orang tersebut.
Sasaran selanjutnya adalah Dato' Seri S.Walaupun Bonda Ratu kelihatan cukup rapat dengan Dato' Seri S sehingga dianggap sebagai ayahanda kepada Bonda Ratu tetapi perangainya yang bercampur campur  itu menyebabkan Dato'Seri S tidak terkecuali daripada dihukum atau pun mungkin ada pakatan sulit antara kedunya.
Zam memang rapat dengan Dato' Seri S sehingga sampai kepada perkongsian keewangan.
Mereka berdualah yang menjadi sumber keewangan bagi Bonda Ratu termasoklah majlis hari raya,majlis sambutan kerabat dari Indonesia,majlis mandi purnama dan sebagainya.
Zam jugalah yang memperkenalkan aku kepada Persatuan Dakwah di Pasir Gudang,Persatuan Bonda Ratu di Kajang tetapi kemudiannya Persatuan Dakwah Pasir Gudang pula yang dikatakan tidak berguna termasok presedinnya sekali.
Aku jadi bengong dan serba salah,lalu aku mengambil keputusan keluar daripada Persatuan Bonda Ratu yang tidak berdaftar malah tidah boleh didaftarkan kerana bukan warga Malaysia.
Zam tidak pernah berfikir tentang hal ini hanya seronok dengan anugerah Dato' Mangku Setia
sedangkan dirumahnya penuh dengan ular ular siluman Bonda Ratu.
Bagi aku Zam sudah terkeluar dari jemaah dakwah kami kerana bersekongkol dengan Bonda Ratu.
Zam sanggup berkata:
 "Saya lebih tinggi darjatnya daripada mereka dan saya tidak boleh mencium lagi tangan tangan mereka ini sebagai tanda hormat walaupun mereka lebih tua dari saya"
.
Zam telah terlupa dimana bumi yang dipijak dan siapakah yang membantunya selama ini.
Rasa tersepit dan tertekan diatas kata katanya,Zam mengmbil keputusan untuk menyangkal semua yang terkeluar dari mulutnya dan mempersalahkan orang lain konon memfitnahkan dia.
Ilmu Bonda Ratu telah digunapakai dengan melempar perbuatan itu kepada orang lain.
Jadilah seorang pengikut setia Sang Bonda Ratu yang bersatu dengan Nyi Roro Kidul sebelum memelok Islam.
Kedengaran suara Bonda Ratu terus menghentam Dato' Seri S.
Bonda : Dato' Seri S itu bukannya orang baik kerana menipu bonda tentang kutipan dana dan tanah di Johor yang bonda usahakan itu diletak atas nama keluarganya belaka sedangkan bonda hanya mendapat dua lot sahaja.
Semua kami yang hadir menjadi kebengongan....
Malam sudah berubah kepagi dan Dr Syed bersama isteri mengundur diri,jam sudah menunjukkan empat pagi.
Setelah semua bersurai  aku pun berbaring diatas bangku panjang dirumah tersebut sambil berfikir fikir sebelum terlelap.Ketika aku hampir terlelap kelihatan bayang bayang hitam diluar rumah. Aku tidak memperdulikannya lalu terlelap.


BERSAMBUNG

SANTAI

TAMBAHAN SAMBUNGAN

Setelah mencerca Dato' J dengan pelbagai cerita dan tohmahan,dia beraleh cerita kepada kehebatan dirinya dan  menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan JURUKUNCI pantai laut selatan yang dikatakan berumur 200 tahun.....
Katanya "bonda diarak menaikki tandu menaikki bukit disitu.Lihatlah bagaimana hebatnya bonda ketika itu hanya kerana mahu memilikki ILMU SAKTI MANTERA"
Selepas itu Bonda Ratu terus mencerita kehebatannya berjumpa Dewa Matahari yang turun di Gunung Salak,Padang.
Bonda Ratu terus bercerita yang dia menuntut ILMU KEBATINAN sehingga bersatu dengan Nyi Roro Kidul.
Bonda Ratu Penguasa Alam terus mendabik dada dan menceritakan lagi yang Bonda Ratu Penguasa Alam  adalah Penguaa Laut Selatan dan dialah Nyi Roro Kidul...
MANAKALA
Sabdo Palon bersatu dengan syaitan(Azazil Laknatullah).
Nyi Roro Kidul bersatu dengan Sabdo Palon(bergelar manusia syaitan).
Bonda Ratu Penguasa Alam bersatu dengan Nyi Roro Kidul.
Nyi Roro Kidul pula telah memelok Islam yang bernama Hajjah Sharifah.
Lalu bagaimanakah Bonda Ratu Penguasa Alam menjalankan ILMU BATIN beliau?
(sila rojok sejarah Majapahit 1479M).
Ada sebuah artikal dari sebuah blog juga menyatakan bahawa Sabdo Palon dan kuncu kuncunya adalah ADDAJJAL TIMUR sebelum turunnya ADDAJJAL sebenar,maka tiga puluh dajjal dajjal kecil akan memainkan peranan mereka.
Oleh sebab itu "SIAPAKAH SEBENARNYA BONDA RATU PENGUASA ALAM" yang wujud sekarang?
Fikir fikirkan ya!!!

BERSAMBUNG

SANTAI

SAMBUNGAN

Bonda Ratu yang terkenal dengan sifat yang suka memburuk burukkan orang lain mula membuka cerita yang pertama:

Bonda : Dato' J adalah seorang yang cukup jahat dan suka mengadu domba,jangan rapat dengan dia kalau mahu selamat.Kenalkah dengan dia?
Aku : Tidak berapa kenal kekanda.
Bonda : Kalau Dato' J ni kenal adinda dan tahu yang adinda rapat dengan kekanda pasti dia tidak suka dan akan bermain dengan permainan kotornya .
Lain lain yang hadir : Eee...jahatnya Dato' J.
Aku : Kabarnya ilmunya cukup ampuh kekanda,betul ka?
Bonda : Ya... ampuh.... tetapi kekanda lagi bagus,kekanda ni bergelar Bonda Ratu Penguasa Alam setakad Dato' J tu perkara kecik saja bagi kekanda.
Aku : Kabarnya Dato' J boleh pancung maya(bunuh manusia secara batin hanya menggunakan tangan dari jauh yang boleh menyebabkan jantung orang yang kena serang putus dan mangsa boleh mati serta merta).
Bonda : Ya
Lain lain yang hadir : Hebat....hebat...
Bonda : Sebab itulah bonda(membahasa dirinya kepada orang lain,selain aku) supaya kalian jangan dekati Dato' J.
Lain lain yang hadir : Baik bonda.

Kembang kempis hidung Bonda Ratu yang bulat dihujung sambil ketawa kecil yang menampakkan giginya yang rongak bagaikan orang tua yang sudah berumur dan dipadankan dengan muka bujur pedek bermata kecil yang boleh mecacatkan kecantikkannya.
Busana Bonda Ratu pada malam itu berjubah gelap dan berapun, dipadankan kebadannya yang kecil dan rendah. Dikiri lengannya bergelang emas yang berbentuk kepala ular.
Manakala suaminya yang bergelar ayahanda Dato' Pengeran Temenggong pula sentiasa menyokong apa sahaja yang dikatakan oleh Bonda Ratu macam cerita animasi Upin dan Ipin ....betul betul....betul betul ...

BERSAMBUNG


SANTAI 

Sunday, November 24, 2013

MENJAMAH MAKANAN DIRUMAH BONDA RATU

Aku cukup berhati hati semasa ingin menjamah makanan ringan yang dihidangkan.Perlahan lahan aku membaca doa dan menjamu selera.Alhamdulillah tidak ada apa apa yang berlaku.
  Semasa menjamah hidangan itu aku teringat peristiwa didalam beberapa bulan yang lalu.
 Aku dan anak lelaki aku pernah menziarahi rumah Bonda Ratu.Hidangan disediakan oleh Bonda Ratu saperti biasa tetapi malangnya cawan yang hendak dihidangkan itu dengan tiba tiba terbelah dua didalam dulang yang sedang ditatang,air dari cawan itu melimpah kedalam dulang dan terus tumpah kelantai.
 Aku pura pura bertanya Bonda Ratu:

Aku : Kenapa kekanda?
Bonda : Cawan pecah!
Dengan wajah yang tersipu sipu dia terus membawa dulang tersebut kedapur dan datang kembali dengan membawa dulang dan minuman baru lebih kurang lima minit kemudiannya,dengan wajah yang masih kelihatan malu malu dan mempelawa aku minum.
Bonda : Silakan minum adinda!
Aku dengan bismilahirahmanirrahim meneguk air teh yang didatangkan khas dari Indonesia,aku minum penuh hati hati dan kelihatan mata Bonda Ratu mengerling pada aku.Aku pura pura tidak nampak kerlingannya supaya dia lebih selesa berbual dengan aku.
Lama juga aku mengelamun mengingatkan kejadian  tersebut lalu tersedar dengan teguran Bonda Ratu.
Bonda : Makanlah lagi adinda.
Aku : ya..ya.. kekanda.Mana ahli mesyuarat kita kekanda?
Bonda : Dato' Seri S tak dan Zam tak dapat datang adinda..yang datang nanti hanya Dato' Setia Dr Syed.
Aku : Tidak mengapalah kekanda mungkin malam besok dia orang datang.
Sedang kami berbual bual diruang tamu dibawah dua buah lampu hiasan siling yang berapun rapun saperti kebanyakkan rumah rumah Pegawai Rendah Kerajaan Malaysia dan berhawa dingin yang kurang dinginnya terdengar orang memberi salam dari luar rumah.

Orang dari luar rumah : Assalamualaikom!
Kami menjawab serentak : Waalaikumussalam....
Bonda Ratu dengan senyum simpul membuka pintu kayu yang berdaun dua itu dan menjemput tetamu tersebut masok kedalam rumah.
Sepasang suami isteri tersembul dihadpan kami.
Aku : Oh Dato'Dr Syed dan isteri....silakan duduk Dr Syed.
Setelah bersalaman Dr Syed mengambil tempat duduk manakala isterinya mengambil tempat duduk bersebelahan Bonda Ratu.Suami Bonda Ratu yang nampak gagah tetapi mengikut semua arahan Bonda Ratu pun ada bersama ketika itu.
Malam itu yang ada hanya aku,Bonda Ratu suami isteri,Dato' Dr Syed suami isteri dan N(anak angkat aku).
Aku, Dr Syed dn N dibenar masok kedalam bilik rahsia Bonda Ratu ditingkat atas.


Gambaran bilik lebih kurang begini

Didalamnya terdapat anak patung dan gambar besar Nyi Roro Kidul didinding,colok,lilin,cepu yng berisi duit kertas,ketul emas yang sudah bertukar menjadi tembaga,hidangan susu dan teh dari Indonesia tiga gelas kecil setiap minuman tersebut saperti kebanykkan orng orang berugama Hindu menjamu tok kong mereka,sebuah katil bujang yang dihis dengan rapi tetapi tidak dibenarkan sesiapa pun tidor disitu.
Lebih kurang setengah jam kami dibilik rahsia itu N keluar dan turun kebawah kemudian aku sedangkn Dr Syed membaca surah Al Quran sebelum turun kebawah.

Kami menyambung perbualan.
.


BERSAMBUNG

SANTAI