Islamic Widget

Saturday, December 21, 2013

BHTK DIBAWA LARI KETEMPAT PERTAPAAN

BHTK kabarnya telah dibawa berjumpa orang pertapaan didalam sebuah gua ditanah kelahirannya untuk menyusun serangan terhadap tentera fisbilillah sambil membetulkan keadaan badannya yang terketar ketar.
Pembantu pembantunya sentiasa bertemu untuk mengatur dan menyusun strategi mereka.Lebih lebih lagi orang kuat BHTK berpura pura berbuat baik dengan  semua orang....
Kata si A : Kita kena berbaik baik dengan semua orang jika tidak rancangan kita akan gagal.
B : Betul betul
A : Lepas ni elok kita pergi jumpa ketua mereka dengan cara baik lepas tu kita berikan racun,barulah menjadi.
B : Ya ..ya...bijak bijak tuan....
A : Aku sakit hati sangat kerana kebaikkan aku selama ini dipandang sepi saja.
B : Sampai begitu sekali mereka buat pada kamu?Tunggulah masa pembalasannya.
A : Baik tuan.
Mereka pun menjalankan tugas masing masing agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa pun.
BHTK dikampungnya menjalankan ritual pada malam bulan mengambang selepas berjumpa seorang ahli pertapaan disebuah gua untuk memantapkan kembali ILMU HITAM yang mulai pudar.Mandi bunga dan limau,mandi memijak telor ayam kampung dan mandian air tujuh kuala sungai dan bermacam macam lagi.
Kelihatan guru atau ahli pertapaan itu menyambut baik kedatangan BHTK.Senyum simpul antara keduanya walaupun badan BHTK terketar ketar,digagahinya juga menyembah dan bersalaman.
Sebaik BHTK duduk berhadapan ahli pertapaan yang sedang bersila saperti pahlawan zaman dulu kala itu tiba tiba cahaya lampu yang dipasang terpadam.
Terdengar suara ahli pertapaan itu mendengus dengus dan suara BHTK sedang merengek rengek meminta pertolongan.Lama juga keadaan bergelap itu terjadi.
Didalam kegelapan gua pertapaan itu lalu cahaya mulai bersinar perlahan lahan dan berkatalah ahli pertapaan itu.
Ahli pertapaan : Syarat pertama telah pun diselesaikan didalam kegelapan tadi sehingga gua ini menjadi terang semula.
BHTK : Terima kasih pendita.
Selepas itu angin tiba tiba memenuhi gua tersebut dengan perlahan lahan dan nyaman sekali.
Ahli pertapaan : Ritual kedua akan dilakukan sekejap lagi.
BHTK : Baik pendita.
Kelihatan beberapa biji limau purut,limau nipis,telor ayam kampong dua biji,sehelai batik lepas dan bunga bungaan.
Selepas dibaca mentera oleh ahli pertapaan itu atau digelar pendita oleh BHTK
ritual mandian dilakukan tanpa seurat benang pun untuk memulihkan badan dan mengembalikan pendamping pendamping ghaibnya.
Semasa mandian tersebut telor ayam kampong diletakkan dibawah tapak kaki kiri dan kanan lalu dipijak oleh BHTK,telor itu pecah berderai...selepas itu
BHTK dibaringkan diatas kain batik lepas sekujur tubuhnya,tanda hitam pada tempat sulitnya jelas kelihatan.
Selesailah ritual kedua dan seterusnya yang dipatuhi oleh BHTK apa yang diarah oleh penditanya.
BHTK berangkat keluar dari gua setelah menyalin pakaian serba hitam apabila menjelang pagi dan diiringi oleh penditanya sampai kepintu gua tersebut tiba tiba kedua dua jatuh didalam keadaan berpelokkan dan pengsan disitu.
Malangnya gagal lagi upacara itu,setelah kedua duanya terjatuh dan tidak sedarkan diri pada pagi itu.
Manakala diatas puncak bukit tersebut kelihatan seekor ular yang amat besar menghuhulurkan muncungnya dari sebuah lubang besar sambil mengangakan mulut,lidahnya bercabang tetapi tiba tiba terpaksa mengundur masok dan hilang dari pandangan.
Suasana menjadi sunyi sepi,burung burung berkicauan,daun daun dari pohon pohon bergoyang goyang lembut ditiup bayu petang.
Rupa rupanya seharian mereka berdua tidak sedarkan diri disitu.
Petang menginjak malam,matahari mula terbenam,kicauan burung burung mulai sepi digantikan dengan suara cengkerik bersahut sahutan,embun mula menitis dan kelihatan BHTK bersama penditanya mulai bergerak gerak,seekor ular berbadan manusia menghampiri BHTK dan membawanya pergi dari situ.Pendita gelaran BHTK ditinggalkan disitu dalam keadaan gelap gelita dan menderita.
   BHTK dibawa keperguruan lain pula dalam keadaan yang amat lemah.
Sampai diperguruan kedua penunggu disitu menolak untuk membuat sebarang ritual atau perubatan.
Lalu ular berbadan manusia itu menggendong BHTK yang didalam keadaan sangat lemah kegua pertapaan lain.
Disitu BHTK disuruh berpatigeni dan bertapa dengan pakaian hitam yang dipakainya,BHTK duduk bersila dan mengangkat kedua dua tangan yang dirapatkan kedua tapak tangannya saperti sembahan pengikut Budha.Lama dia membuat ritual tersebut sehingga mukanya hampir tersembam kelantai.Setelah pulih dia akan kembali ke Malaysia.
Tentera fisabilillah menunggu nunggu kepulangannya.
Jika baik yang datang baiklah disambut dan jika kejahatan yang ditempah,tentera fisabilillah berserah kepada Allah.
Kata tentera fisabilillh:
" Kami sedang menunggu kepulangannya sama ada berperang atau bertaubat".

Termenung juga bila memikirkan tentang BHTK kerana kadang kadang mengaku Islam dan kadang kadang mengaku Hindu. 
Dua wilayah ugama dan dua wilayah kehidupan dialam ghaib dan dialam nyata.
Rugilah sesiapa yang mengikutinya..

SURAH AL BAIYYINAH
ayat 5 - 6

Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah,dengan ikhlas mentaatiNya semata mata kerana (menjalankan) agama,dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; yang demikian itulah agama yang lurus (benar).

Sesungguhnya orang orang yang kafir dari gulungan ahli kitab dan orang orang musyrik (akan masok) keneraka Jahannam;mereka kekal didalamya.Mereka itu adalah sejahat jahat makhlok.

WAALLAHUAKLAM


BERSAMBUNG


SANTAI

No comments: