Islamic Widget

Friday, November 29, 2013

BANGUN PAGI DIRUMAH BONDA RATU

Pagi yang suram kerana terbangun lewat lagi, pukul 9 pagi.
Bonda Ratu dan suami turun dari tingkat atas jam 11 pagi terus kedapur dan memasak.
Dapur yang direka berbentuk "L" diletak ditengah tengah medan ruang dapur,sinki disebelah kanan dan meja makan disebelah kiri yang membolehkan sambil berbual semasa memasak.
Aku dijemput sarapan dan tanpa membantah aku terus kemeja makan berdekatan dapur yang sedang digunakan bonda untuk memasak limping.
Bonda : Makanlah adinda tengah panas panas ni.
Aku : Terima kasih kekanda....sedap ni...tak sangka kekanda pandai memasak.
Aku memuji meyebabkan bonda terus berkata.
Bonda : Kekanda akan membuka restoran.
Aku : Kalau sebegini punya masakkan tentu laris nanti.
Suami Bonda Ratu beredar keluar entah apa tujuannya aku tak tahulah.
Aku : Berapa belanja membuka restoran tu kekanda?
Bonda : Tak mahal cuma RM 350,000 sahaja.
Aku : Alhamdulillah.
Bonda : Adinda nak berangkat pulang ke Kedah ka hari ni?
Aku : Ya.. kekanda.
Bonda : Nanti jika mahu datang lagi beritahu kekanda ya...bolehlah kekanda kirimkan belanjanya
Aku : Insyaallah.
Selesai sarapan pagi aku pun mengambil beg pakaian dan Bonda Ratu memberi aku 'ibu wang' yang kononnya boleh mendatangkan wang dengan banyak.RM 100.00 ringgit diberikan pada aku untuk belanja dan nyatalah bahawa 'ibu wang' buatatan Bonda Ratu menjadi,geli hati pun ada juga bila memikirkannya.
Bonda Ratu yang mempunyai kereta berjenama Mercedes mengarahkan suaminya yang berkerja sebagai jurutera IT menghantar aku kestesen bas di Jalan Duta.
Mereka membawa beg pakaian aku dan meletakkan didalam kereta lain.
Seorang pemuda yang aku tidak kenali memandu dan membawa aku bersama suami Bonda Ratu kedestinasi.
Semasa didalam kereta kami berbual bual.

Aku : Banyaknya duit ayahanda.
Suami Bonda : Ah....tak mahal pun cuma RM 70,000 saja.
Aku : Alhamdulillah...
Didalam hati aku rancak berfikir kerana Bonda Ratu memberi tahu aku yang belanjanya RM 350,000....
Kami sampai distesen bas Jalan Duta lalu suami Bonda Ratu yang nampak begitu jujur telah membeli tiket untuk aku ke Ipoh kerana aku ingin berjumpa jemaah dakwah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kedah.
Selepas bersalaman aku pun menaikki bas menuju Ipoh.

BERSAMBUNG

SANTAI

SYIRIK BESAR OLEH BONDA RATU

Berbicara tentang Bonda Ratu Penguasa Alam adalah amat sensitif.
Ramai sudah terpengaruh dengan dia.
Yang berzikir dan bercerita tentang syirik pun terikut ikut.Ayah Zam sanggup mencerca aku semasa ketiadaan aku hanya kerana aku membangkang kerja kerja syirik  Zam anaknya.
Aku rasa cukup bertanggung jawab untuk menyedarkan mereka.

"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa dosa syirik dan Allah akan mengampunkan dosa selain syirik jika Dia menghendakkinya"( Surah An nisa' ayat 48)

Banyak lagi ayat ayat Al Quran menerangkan tentang syirik.
Aku menyeru kepada diriku dan sahabat sahabat aku supaya tinggalkanlah kerja kerja syirik tersebut!!!
Mungkin aku akan dimarahi oleh Bonda Ratu dan kuncu kuncunya dan tidak mustahil mereka akan menyihirkan aku dengan menggunakan ILMU SYAITAN BONDA RATU.
Aku percaya kepada Allah walaupun dihina dan dicemuhkan, ini adalah suatu sifat keharusan yang aku harus pakai sebagai pendakwah.
Jika aku mati dengan sihir mereka aku akan beroleh mati syahid....lagi pun aku sudah tua.
Aku nekad mahu bekerja dengan ALLAH..
Amin....


BERSAMBUNG

SANTAI

BERJUMPA AYAH D DAN KEKANDA Y

Setelah lama berfikir fikir disejadah aku pun turun kebawah berjumpa ayah D dan kekanda Y yang datang dari Johor.
Semasa aku menuruni anak tangga
kelihatan Bonda Ratu sedang bercakap cakap dengan ayah D dan kekanda Y,entah apa yang diceritakan aku tidak tahu.
Tapi hatiku berbisik yang Bonda Ratu ibarat stesen TV berbayar ,maklumlah semua kena bayar tetapi kalau dengar dia bercerita semuanya tanpa bayaran.
Mandi kena bayar,baju kena bayar,makan kena bayar,ubat kena bayar,medal kena bayar. tentang bayaran memanglah patut dibayar tetapi janganlah tinggi sangat...biarlah berpadan.

Aku sampai dimeja bual dibawah lalu memberi salam dan meminta izin untuk duduk bersebelahan ayah D dan kekanda Y.
Wah....kelihatan busana Bonda Ratu yang diletakkan dibadannya;
Selabuh gaun putih mulus yang sendat menampakkan susuk pinggang yang kecil,berlengan panjang yang sendat juga dan kembang dibawah bagai seorang pengantin bertudung putih yang yang menonjol keatas memberi tafsiran ringkas tentang rambutnya disanggul dan diikat bagai tocang ekor kuda,walaupun bertutup litup tetapi masih kelihatan susuk tubuh dan payu dara yang sebesar buah manggis kampungan itu masih terserlah,buntutnya yang sedikit menjungkit kebelakang.
Bonda Ratu memulakan peranannya sebagai pendakyah...

Bonda : Bolehkah Pak D melantik saya menjadi PENASIHAT  Persatuan Dakwah Pak D?
Ayah D : Berdiam.
Kekanda Y : Nanti saya siasat dengan pejabat pertubuhan pendaftaran dahulu ya bonda.
Aku : Boleh...boleh ...insyaallah boleh.
Semasa aku menjawab kelihatan kekanda Y tidak keruan.
Ayah D : PTH lebih maklum kerana dia bekas jurutera.
Dalam hati aku tugas aku semasa menjadi jurutera tidak kena mengena dengan pendaftar pertubuhan,bagi aku kekanda Y lagi perpengalaman.Perlahan lahan aku keluar dan berihat dikerusi luar rumah,kekanda Y ikut keluar dan kami berborak borak,kelihatan kekanda Y tidak bersetuju.
Aku berjalan masok keruang bual semula diikiuti kekanda Y.
Bonda Ratu masih berdakyah kepada ayah D.
Bonda : Dato' Seri S tu selalu buat kerja tidak ikhlas termasok tanah yang bonda buat perkiraan diberikannya pada orang lain sedangkan bonda hanya mendapat dua lot sahaja.
Kami semua terdiam...
Ayah D berjalan keluar,aku ikut keluar....ayah D duduk dikerusi dan berbual dengan aku:
Ayah D : Ayah PTH patut mengetahui tentang semua tindak tanduk Zam ni.
Aku : Kenapa ayah?
Ayah D : Zam dengan Dato' Seri S telah memungut wang dari anak anak saya dan menjanjikan sebidang tanah milik kerajaan untuk ditukar hakmilik kepada pembayar tersebut.
Aku : Saya tidak tahu menahu ayah.
Ayah D : Mana boleh tidak tahu sedangkan Zam anak ayah PTH,Ayah PTH misti bertanggung jawab.tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
Aku jadi bingong dan terkedu kerana aku berfikir Zam telah aku serahkan kepada ayah D.
Bingong sungguh aku dibuatnya.Aku amat bersedih kerana ditambah oleh kekanda Y sebagai penyokong kuat ayah D.
Tentang pungutan wang itu aku memang tidak tahu cerita permulaannya,kini dipertengahan perjalanan ini aku dipertanggung jawabkan.
Aku dengan sugul melangkah masok keruang bual semula.
Bonda Ratu masih lantang bersuara.
Bonda : Telefon Dr Syed suruh datang sekarang.
Suami Bonda Ratu pun menalifon Dr Syed dan keputusannya Dr Syed tidak dapat datang kerana sakit kaki.
Bonda : Pergi jemput dia dan bawa kesini sekarang.
Suami Bonda Ratu yang bebadan tegap dan segak itu bergegas mencapai kunci kereta dan terus pergi untuk mendapatkan Dr Syed.
 Lebih kurang satu jam kemudian Dr Syed pun sampai dengan bertongkat.Kelihatan Dr Syed terbongkok bongkok mecam nenek kebayan didalam filem filem melayu lama.
Berkerut kerut muka Dr Syed menahan kesakitan.
Bonda : Mari bonda jampi Syed.
Bonda Ratu mengambil segelas air dan menyembur kekaki Dr Syed yang sakit tetapi tiada kesan apa apa.Penguasa Alam pun ubat tak sembuh .......aku tersenyum tetapi Dr Syed mengeluh kesakitan.
Bonda Ratu mengambil sebatang tongkat hikmat dan diberikan kepada Dr Syed sebagai pendinding kononnya.Dr Syed mengambil tongkat tersebut dan meminta izin untuk pulang kerana tidak dapat menahan dengan kesakitan tersebut.Ayah D dan kekanda Y memerhatikan sahaja dan masing masing meminta diri untuk pulang.
 Jam sudah 5 pagi, aku terasa amat mengantuk,selepas mereka bersurai aku terus berbaring disitu juga dan terlelap sampai terlepas solat Subuh.Dua malam aku bermalam disitu tanpa solat Subuh.


BERSAMBUNG


SANTAI

LAGI LAMA LAGI MACAM MACAM BERSAMA BONDA RATU

Selepas solat aku teringat  Bonda Ratu pernah bercerita kononnya dia pernah berjumpa Nabi Allah Isa dan Saidina Ali di Kuala Lumpur ketika kami beramai ramai mendengar dakyahnya :

Bonda : Tahukah kalian yang bonda pernah berjumpa Nabi Allah Isa dan Saidina Ali
Aku : Dimana kekanda?
Bonda : Kuala Lumpur.
Aku : Mimpikah kekanda?
Bonda : Mana pulak mimpi,ini terang terang berjumpa kat masjid India,hensem betul dia,terpaku kekanda melihat wajahnya.
Suami bonda : Yang hensem sangat tu Saidina Ali ka?
Bonda : Yalah.
 Dalam hati aku lagi lama bersama dia lagi macam macam cerita karut marut dan fatwa yang dikeluarkan.
Aku masih disejadah dibilik tingkat atas rumah teres dua tingkat itu bersebelahan dengan bilik pemujaan Bonda Ratu yang dikatakan bilik sembahyang dia.Eh..baru aku terperasan yang gambar Nyi Roro Kidul bukan mengadap kiblat dan Bonda Ratu pula berzikir mengadap gambar Nyi Roro Kidul.Hairan sungguh aku ,tetapi kenapa masih ada orang yang mahu menjadi pengikutnya.....?
Mungkin mereka tidak tahu...inilah tugas aku selanjutnya untuk memberitu kepada yang tidak tahu...

BERSAMBUNG


SANTAI

Thursday, November 28, 2013

MENERUSKAN CITA


Mana pejuang yang lain?
Dia orang sebok cari pingat dan kekayaan....

SANTAI

TENTERA ALLAH



PANJI PANJI HITAM

Inilah bakal pejuang Islam yang dilatih sejak kecil lagi.
Belum lagi tentera tentera Allah  yang tidak dapat dilihat.
Penguasa Alam sebenarnya adalah ALLAH STW.

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

Rugilah orang orang yang beriman selain ALLAH

SANTAI

Tuesday, November 26, 2013

PAGI YANG TIDAK SOLAT SUBUH

Pada pagi itu aku tidak solat Subuh kerana tidak tersedar dari tidor saperti selalu.Matahari  telah tinggi.Suasana didalam rumah masih gelap ditutupi dengan langsir tebal.Hawa dingin yang tidak dingin itu menyebabkan aku tidor tanpa selimut walaupun Bonda Ratu telah menyediakannya untuk tetamu yang bertaraf adindanya.
Aku membersihkan diri dan mengambil wuzuk,setelah menyalin pakaian aku berihat sambil membaca buku,puas membaca buku aku berjalan jalan diluar rumah.Keluar dan masok lagi tetapi Bonda Ratu belum juga bangun bangun.Hairan jugalah aku kerana katanya dia tidak makan dan minum serta tidak tidor,bukan sekali dua memberitahu tentang hal  itu ,berkali kali mengulangi bahawa dia bukannya dari spesis manusia,tidak ada darah haid malah berdarah puteh.
Dua orang anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah menjadi teruna dan dara masih tinggal bersama samanya,mereka ini anak orang atau anak siluman?
Lebih kurang jam dua belas tengahari aku terdengar derap tapak kaki menuruni tangga dari tingkat atas kemudian Bonda Ratu bersama suami turun sambil memberi salam kepadaku dan terus kedapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
Itulah juga makanan untuk sarapan pagi dan tengahari yang disediakan iaitu masakkan daging dan ayam yang dipanaskan semula.Alhamdulillah...
Selepas makan kami berborak borak ringan tentang hal hal keluarga aku dan bila isteriku akan dibawa berjumpa dengannya untuk mandian adat...
Aku terpandang disebelah tangan kananku berdekatan sendi siku ada sedikit gigitan sebesar mata jarum dan kesan lebamnya sebesar wang siling lima sen tetapi tidak merasai sebarang kesakitan.Aku berdiam diri sambil mendengar celoteh Penguasa Alam yang tidak berkuasa apa apa.
Lama berbual dengan Bonda Ratu dan suami aku menunjukkan kesan lebam itu kepada Bonda Ratu.Dia tersenyum saja lalu aku berseluruh:
Aku : Kenapa dia gigit adinda sedangkan adinda datang bukan sebagai musuh?
Bonda Ratu dan suami membisu dengan wajah sedikit berkerut.

Hari sudah menjelang petang seorang lagi anak angkat aku bernama MP dari Johor datang,aku berborak borak dengan dia selepas itu kami keluar minum bersama sama.Dadaku berasa lapang dengan MP kerana MP memberitahu yang ayah D dan kekanda Y akan datang menemui Bonda Ratu.
Hari menginjak kewaktu Maghrib dan kelihatan ayah D dan kekanda Y menghampiri kami didalam hujan lebat.
Kami membawa mereka kerumah Bonda Ratu.

(tunggu yer apa pula agenda Bonda Ratu terhadap ayah D)


BERSAMBUNG

SANTAI



Monday, November 25, 2013

SASARAN FITNAH KEDUA BONDA RATU

Kami masih berborak borak dan mendengar ceramah Bonda Ratu Penguasa Alam:

Sesiapa sahaja yang tidak mematuhi arahan Bonda Ratu akan dihukum secara batin atau dengan cara menjatuhkan maruah orang tersebut.
Sasaran selanjutnya adalah Dato' Seri S.Walaupun Bonda Ratu kelihatan cukup rapat dengan Dato' Seri S sehingga dianggap sebagai ayahanda kepada Bonda Ratu tetapi perangainya yang bercampur campur  itu menyebabkan Dato'Seri S tidak terkecuali daripada dihukum atau pun mungkin ada pakatan sulit antara kedunya.
Zam memang rapat dengan Dato' Seri S sehingga sampai kepada perkongsian keewangan.
Mereka berdualah yang menjadi sumber keewangan bagi Bonda Ratu termasoklah majlis hari raya,majlis sambutan kerabat dari Indonesia,majlis mandi purnama dan sebagainya.
Zam jugalah yang memperkenalkan aku kepada Persatuan Dakwah di Pasir Gudang,Persatuan Bonda Ratu di Kajang tetapi kemudiannya Persatuan Dakwah Pasir Gudang pula yang dikatakan tidak berguna termasok presedinnya sekali.
Aku jadi bengong dan serba salah,lalu aku mengambil keputusan keluar daripada Persatuan Bonda Ratu yang tidak berdaftar malah tidah boleh didaftarkan kerana bukan warga Malaysia.
Zam tidak pernah berfikir tentang hal ini hanya seronok dengan anugerah Dato' Mangku Setia
sedangkan dirumahnya penuh dengan ular ular siluman Bonda Ratu.
Bagi aku Zam sudah terkeluar dari jemaah dakwah kami kerana bersekongkol dengan Bonda Ratu.
Zam sanggup berkata:
 "Saya lebih tinggi darjatnya daripada mereka dan saya tidak boleh mencium lagi tangan tangan mereka ini sebagai tanda hormat walaupun mereka lebih tua dari saya"
.
Zam telah terlupa dimana bumi yang dipijak dan siapakah yang membantunya selama ini.
Rasa tersepit dan tertekan diatas kata katanya,Zam mengmbil keputusan untuk menyangkal semua yang terkeluar dari mulutnya dan mempersalahkan orang lain konon memfitnahkan dia.
Ilmu Bonda Ratu telah digunapakai dengan melempar perbuatan itu kepada orang lain.
Jadilah seorang pengikut setia Sang Bonda Ratu yang bersatu dengan Nyi Roro Kidul sebelum memelok Islam.
Kedengaran suara Bonda Ratu terus menghentam Dato' Seri S.
Bonda : Dato' Seri S itu bukannya orang baik kerana menipu bonda tentang kutipan dana dan tanah di Johor yang bonda usahakan itu diletak atas nama keluarganya belaka sedangkan bonda hanya mendapat dua lot sahaja.
Semua kami yang hadir menjadi kebengongan....
Malam sudah berubah kepagi dan Dr Syed bersama isteri mengundur diri,jam sudah menunjukkan empat pagi.
Setelah semua bersurai  aku pun berbaring diatas bangku panjang dirumah tersebut sambil berfikir fikir sebelum terlelap.Ketika aku hampir terlelap kelihatan bayang bayang hitam diluar rumah. Aku tidak memperdulikannya lalu terlelap.


BERSAMBUNG

SANTAI

TAMBAHAN SAMBUNGAN

Setelah mencerca Dato' J dengan pelbagai cerita dan tohmahan,dia beraleh cerita kepada kehebatan dirinya dan  menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan JURUKUNCI pantai laut selatan yang dikatakan berumur 200 tahun.....
Katanya "bonda diarak menaikki tandu menaikki bukit disitu.Lihatlah bagaimana hebatnya bonda ketika itu hanya kerana mahu memilikki ILMU SAKTI MANTERA"
Selepas itu Bonda Ratu terus mencerita kehebatannya berjumpa Dewa Matahari yang turun di Gunung Salak,Padang.
Bonda Ratu terus bercerita yang dia menuntut ILMU KEBATINAN sehingga bersatu dengan Nyi Roro Kidul.
Bonda Ratu Penguasa Alam terus mendabik dada dan menceritakan lagi yang Bonda Ratu Penguasa Alam  adalah Penguaa Laut Selatan dan dialah Nyi Roro Kidul...
MANAKALA
Sabdo Palon bersatu dengan syaitan(Azazil Laknatullah).
Nyi Roro Kidul bersatu dengan Sabdo Palon(bergelar manusia syaitan).
Bonda Ratu Penguasa Alam bersatu dengan Nyi Roro Kidul.
Nyi Roro Kidul pula telah memelok Islam yang bernama Hajjah Sharifah.
Lalu bagaimanakah Bonda Ratu Penguasa Alam menjalankan ILMU BATIN beliau?
(sila rojok sejarah Majapahit 1479M).
Ada sebuah artikal dari sebuah blog juga menyatakan bahawa Sabdo Palon dan kuncu kuncunya adalah ADDAJJAL TIMUR sebelum turunnya ADDAJJAL sebenar,maka tiga puluh dajjal dajjal kecil akan memainkan peranan mereka.
Oleh sebab itu "SIAPAKAH SEBENARNYA BONDA RATU PENGUASA ALAM" yang wujud sekarang?
Fikir fikirkan ya!!!

BERSAMBUNG

SANTAI

SAMBUNGAN

Bonda Ratu yang terkenal dengan sifat yang suka memburuk burukkan orang lain mula membuka cerita yang pertama:

Bonda : Dato' J adalah seorang yang cukup jahat dan suka mengadu domba,jangan rapat dengan dia kalau mahu selamat.Kenalkah dengan dia?
Aku : Tidak berapa kenal kekanda.
Bonda : Kalau Dato' J ni kenal adinda dan tahu yang adinda rapat dengan kekanda pasti dia tidak suka dan akan bermain dengan permainan kotornya .
Lain lain yang hadir : Eee...jahatnya Dato' J.
Aku : Kabarnya ilmunya cukup ampuh kekanda,betul ka?
Bonda : Ya... ampuh.... tetapi kekanda lagi bagus,kekanda ni bergelar Bonda Ratu Penguasa Alam setakad Dato' J tu perkara kecik saja bagi kekanda.
Aku : Kabarnya Dato' J boleh pancung maya(bunuh manusia secara batin hanya menggunakan tangan dari jauh yang boleh menyebabkan jantung orang yang kena serang putus dan mangsa boleh mati serta merta).
Bonda : Ya
Lain lain yang hadir : Hebat....hebat...
Bonda : Sebab itulah bonda(membahasa dirinya kepada orang lain,selain aku) supaya kalian jangan dekati Dato' J.
Lain lain yang hadir : Baik bonda.

Kembang kempis hidung Bonda Ratu yang bulat dihujung sambil ketawa kecil yang menampakkan giginya yang rongak bagaikan orang tua yang sudah berumur dan dipadankan dengan muka bujur pedek bermata kecil yang boleh mecacatkan kecantikkannya.
Busana Bonda Ratu pada malam itu berjubah gelap dan berapun, dipadankan kebadannya yang kecil dan rendah. Dikiri lengannya bergelang emas yang berbentuk kepala ular.
Manakala suaminya yang bergelar ayahanda Dato' Pengeran Temenggong pula sentiasa menyokong apa sahaja yang dikatakan oleh Bonda Ratu macam cerita animasi Upin dan Ipin ....betul betul....betul betul ...

BERSAMBUNG


SANTAI 

Sunday, November 24, 2013

MENJAMAH MAKANAN DIRUMAH BONDA RATU

Aku cukup berhati hati semasa ingin menjamah makanan ringan yang dihidangkan.Perlahan lahan aku membaca doa dan menjamu selera.Alhamdulillah tidak ada apa apa yang berlaku.
  Semasa menjamah hidangan itu aku teringat peristiwa didalam beberapa bulan yang lalu.
 Aku dan anak lelaki aku pernah menziarahi rumah Bonda Ratu.Hidangan disediakan oleh Bonda Ratu saperti biasa tetapi malangnya cawan yang hendak dihidangkan itu dengan tiba tiba terbelah dua didalam dulang yang sedang ditatang,air dari cawan itu melimpah kedalam dulang dan terus tumpah kelantai.
 Aku pura pura bertanya Bonda Ratu:

Aku : Kenapa kekanda?
Bonda : Cawan pecah!
Dengan wajah yang tersipu sipu dia terus membawa dulang tersebut kedapur dan datang kembali dengan membawa dulang dan minuman baru lebih kurang lima minit kemudiannya,dengan wajah yang masih kelihatan malu malu dan mempelawa aku minum.
Bonda : Silakan minum adinda!
Aku dengan bismilahirahmanirrahim meneguk air teh yang didatangkan khas dari Indonesia,aku minum penuh hati hati dan kelihatan mata Bonda Ratu mengerling pada aku.Aku pura pura tidak nampak kerlingannya supaya dia lebih selesa berbual dengan aku.
Lama juga aku mengelamun mengingatkan kejadian  tersebut lalu tersedar dengan teguran Bonda Ratu.
Bonda : Makanlah lagi adinda.
Aku : ya..ya.. kekanda.Mana ahli mesyuarat kita kekanda?
Bonda : Dato' Seri S tak dan Zam tak dapat datang adinda..yang datang nanti hanya Dato' Setia Dr Syed.
Aku : Tidak mengapalah kekanda mungkin malam besok dia orang datang.
Sedang kami berbual bual diruang tamu dibawah dua buah lampu hiasan siling yang berapun rapun saperti kebanyakkan rumah rumah Pegawai Rendah Kerajaan Malaysia dan berhawa dingin yang kurang dinginnya terdengar orang memberi salam dari luar rumah.

Orang dari luar rumah : Assalamualaikom!
Kami menjawab serentak : Waalaikumussalam....
Bonda Ratu dengan senyum simpul membuka pintu kayu yang berdaun dua itu dan menjemput tetamu tersebut masok kedalam rumah.
Sepasang suami isteri tersembul dihadpan kami.
Aku : Oh Dato'Dr Syed dan isteri....silakan duduk Dr Syed.
Setelah bersalaman Dr Syed mengambil tempat duduk manakala isterinya mengambil tempat duduk bersebelahan Bonda Ratu.Suami Bonda Ratu yang nampak gagah tetapi mengikut semua arahan Bonda Ratu pun ada bersama ketika itu.
Malam itu yang ada hanya aku,Bonda Ratu suami isteri,Dato' Dr Syed suami isteri dan N(anak angkat aku).
Aku, Dr Syed dn N dibenar masok kedalam bilik rahsia Bonda Ratu ditingkat atas.


Gambaran bilik lebih kurang begini

Didalamnya terdapat anak patung dan gambar besar Nyi Roro Kidul didinding,colok,lilin,cepu yng berisi duit kertas,ketul emas yang sudah bertukar menjadi tembaga,hidangan susu dan teh dari Indonesia tiga gelas kecil setiap minuman tersebut saperti kebanykkan orng orang berugama Hindu menjamu tok kong mereka,sebuah katil bujang yang dihis dengan rapi tetapi tidak dibenarkan sesiapa pun tidor disitu.
Lebih kurang setengah jam kami dibilik rahsia itu N keluar dan turun kebawah kemudian aku sedangkn Dr Syed membaca surah Al Quran sebelum turun kebawah.

Kami menyambung perbualan.
.


BERSAMBUNG

SANTAI

Thursday, November 21, 2013

SAMPAI DIRUMAH BONDA RATU

Sampai dihadapan rumah Bonda Ratu dengan lori satu tan yang dipandu N,Bonda Ratu keluar menyambut kami,kami bersalaman dan dia memelok aku.Mata aku memandang kekanan kawasan halaman rumah tersebut.Aku terpandang patung patung manusia setinggi kurang lebih dua kaki yang berdiri tengak diantara pokok pokok bunga hiasan.Aku pedulikan sahaja.

Tiba tiba Bonda Ratu bersuara :  Kenapa naik lori adinda
Aku(dengan nada gurauan) : Adinda membawa ramai pengiring terdiri dari orang orang ghaib...takkan kekanda tidak dapat melihat(aku tersenyum).
Berubah wajahnya yang tadi kelihatan comel dan menawan lalu dia menjwab
Bonda : Tak nampak apa apa pun( kembali menunjukkan wajah yang manis)
Adinda tak teringatkan kekanda ni...lama sangat menghilang...
Aku : Kenapa kekanda bercakap macam tu,adinda ni siang malam teringatkan kekanda ,sebab tu adinda berusaha untuk datang walaupun dengan belanja yang sedikit.
Bonda : Kenapa tak bagi tahu kekanda jika diberitahu kekanda akan kirimkan belanjanya.
Aku : Adinda tidak mahu menyusahkan kekanda.
Bonda : Saudara apalah adinda ni bercakap  macam tu.Pergilah mandi dulu nanti kita borak borak panjang.
Aku : Ok
Aku pun menyalin pakaian dan terus kebilik mandi.
Lepas mandi aku menunaikan solat jamak Maghrib dan Isya ditingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut,Alhamdulillah selesailah tugas aku dengan Allah untuk hari itu.
Aku turun ketingkat bawah kelihatan minuman dan kuih muih telah tersedia.

BERSAMBUNG

SANTAI

SAAT SAAT KEWAFATAN RASULULLAH SAW


untuk renungan bersama

SANTAI

Wednesday, November 20, 2013

DIJEMPUT KERUMAH BONDA RATU DI KAJANG

Sedang aku berfikir tentang jin dan manusia sekali lagi telefon aku berdering,aku menjawab telefon terebut.
Aku : Ya ...siapa tu...?
Bonda : Kekanda la...Bonda Ratu
Aku : Ada apa kekanda?
Bonda : Kekanda nak menjemput adinda datang kemesyurat dirumah kekanda.
Aku : Bila tu?
Bonda : Ikut kelapangan adinda la...
Aku : Nanti adinda beritahu ya...
Bonda : Ok ok
Aku meletak telefon selepas memberi salam.
Aku berfikir dua tiga kali untuk datang kesana.Akhirnya aku membuat keputusan pergi kesana kerana boleh berjumpa dengan Dato' Seri S sekali.Aku membeli tiket bas warga emas selepas itu aku termenung panjang memikir dan menduga apkh pula akan terjadi nanti.Smpai hari aku nak bertolak
aku menalipon Dr Syed agar dia dapat menunggu aku di stesen bas Pudu Raya.Kuala Lumpur.

Aku menaikki bas kesana dan turun di Pudu Raya.Dr Syed menunggu disitu hanya dengan motor kapcai.Aku terkejut jugak maklumlah dengan beg lagi.
Kami bersalaman dan berhenti minum dikedai mamak disitu.Sambil berborak aku menalifon seorang anak angkat aku bernama N.
Aku : Assalamualaikom N.
N : Waalaikumussalam...abah kat mana ni?
Aku : Kat Pudu Raya dengan Dr Syed ni,kami tengah minum kat kedai mamak kat sini.
N : Saya datang jemput abah kat sana.
Aku : ok ok...
Dalam hati aku rasa seronoklah kerana tak payah naik motor kapcai....aku memberitahu Dr Syed yang N akan menjemput aku dari situ.
Aku : Sekejap lagi N datanglah.
Dr Syed : Alhamdulillah.
Dalam kami asyik berborak borak N pun sampai.Aku dan Dr Syed terlopong mulut,rupa rupanya N membawa lori satu tan untuk menjemput aku kerumah Bonda Ratu.Kami semua tersenyum sinis.Harapan aku untuk melaram berkecai tetapi tetap bersyukur kepada Allah.
Selepas bersalaman dengan Dr Syed kami pun bergerak kerumah Bonda Ratu.

BERSAMBUNG

SANTAI

PERMAINAN JIN

Apabila kita berfikir dengan tenang kita akan dapat melihat permainan jin yang bertepatan dengan apa yang almarhum ayahku bercerita ketika beliau mengajar pengajian ugama Islam.

Jin mempunyai pentadbiran sendiri yang mempunyai maharaja,raja raja mengikut negeri dan daerah kemudian bergabung menjadi sebuah negara yang terus ditadbir dibawah satu MAHARAJA JIN. 

Jin mempunyai pelbagai bangsa.Salah satu bangsa yang terkenal ialah bangsa afrit.

Sifat sifat afrit ini adalah saperti berikut:

Jin yang jahat dan amat suka menipu manusia.
Mempunyai kerajaan yang luas dan ditadbir oleh anak anak raja jin yang jahat.
Mempunyai bala tentera daripada kerabat jin yang ramai.
Suka menjadikan manusia sebagai sahabat dan sanggup menjadi kadam kepada manusia supaya memudahkan mereka menipu manusia yang jahil.
Terlampau licik dan cekap bagi menipu manusia terhadap AKIDAH supaya sesat dan menyesatkan.

Aku menyeru kepada diriku dan sesiapa sahaja yang membaca catatanku ini supaya lebih berhti hati...

BERSAMBUNG

SANTAI 

Saturday, November 16, 2013

SAMBUNGAN

Bukan pangkat dan darjat yang dicari tetapi kerana pangkat dan darjat jugalah manusia hilang pertimbangan,lainlah kalau kita bukan manusia yang boleh berubah cakap mengikut kesedapan telinga.
Sehingga ada manusia yng sanggup memijak kepala kawan lalu menjadi lawan tanpa rasa bersalah apa apa.
 Sebab itulah juga Allah memberitahu kita "demi masa ...seungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian".
Masa berlalu dan beredar tetapi kita masih tidak berubah juga.
Dalam pada aku berfikir fikir tiba tiba Bonda Ratu menalipon meminta aku hadir  kemesyuarat Persatuan Bonda Ratu yang belum berdaftar itu di Johor.Aku tidak ingat tarikhnya.Aku tidak hadir  kemesyuarat tersebut.
Hingar bingarlah jadinya kerana sekali lagi aku tidak menghadiri majlis Bonda Ratu.Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada aku.
Bonda Ratu menalipon aku lagi.Kali ini nadanya berbeza dari biasa.
Bonda :  Dato' Seri S menyuruh kekanda melihat samada adinda ini orang jahat atau baik?
Aku : Tidak mengapalah kekanda semua itu urusan Allah.Nanti adinda datang kesana dan jelaskan kepada kekanda.
Bonda : Baiklah kalau begitu adinda.
Aku : Dia orang yang membawa adinda berjumpa dengan kekanda,kalau sudah tahu yang adinda ini jahat kenapa pula diajak berjumpa dengan kekanda?
Bonda : Itulah yang kekanda cakapkan kepada mereka...
Aku terfikir takkanlah orang macam Dato' Seri S bercakap macam tu...?Gundah gulana jadinya,tetapi satu sahaja pegangan aku bahawa ini semua ujian Allah sebagai pendakwah.
Beberapa hari kemudian terdengarlah berita bahawa mesyuarat tersebut menjadi kecoh manakala Bonda Ratu tetap mempertahankan team B.Keputusan mesyuarat diberitahu kepada aku yang
aku telah dilantik memegang jawatan ketua seluruh Negeri Kedah manakala membantu aku dari team B  di Langkawi.Hairan jugalah aku kerana orang yang tidak hadir mesyuarat saperti aku dilantik menjawat jawatan tersebut.
Aku terasa bahawa Bonda Ratu sedang memainkan peranan mencari pengaruh untuk mencari kekayaaan di Malaysia. Ramai yang tidak menyedari hal ini dan dengan menggunakan Persatuan Bonda Ratu yang berteraskan kesultanan nusantara kononnya untuk mengembangkan adat istiadat Raja Raja Melayu,pendidikan ugama Islam,kesihatan dan ekonomi.
Yang jelas sekarang ini kelihatan Bonda Ratu bertambah senang didalam waktu yang singkat.Aku tidak cemburu dengan kekayaan dia tetapi aku kesal dengan mudahnya warga asing boleh mengaut keuntungan dengan hanya menggunakan persatuan yang tidak berdaftar kemudian mengenakan bayaran keahlian sebanyak RM 200 seorang.
Pengikut pengikut yang taksub sanggup mengeluarkan wang ribuan ringgit semata mata untuk mengambil hati Bonda Ratu.
Sudah terang lagi bersuluh semasa sambutan Sultan Indrapura Zam dan Dato' Seri S yang mengeluarkan dana tetapi kemudiannya dengan sombong dan megah  Bonda Ratu menyatakan bahawa Dato' Ser S menipu beliau.Aku menjadi sedih  dengan berita itu kerana Zam dan Dato' Seri S adalah sahabatku yang cukup baik.Manakala ayah Zam juga tidak ketinggalan menyokong penuh semua tindakkan itu.
Ya! bak kata pepatah Melayu "dah terantok baru tengadah".Sekarang belum terantok lagi hanya sedang bersentuhan tentulah terasa kesedapannya.

BERSAMBUNG

SANTAI

SAMPAI DIRUMAH

Sampai dirumahku badan terasa amat letih tetapi kembali ceria apabila dua orang cucuku bertaraf anak yatim menyambutku.
Aku membeli sedikit buah tangan untuk mereka.Keletah cucuku dua beradik yang sekejap ketawa dan menangis membuat aku letih kembali.
Aku pun berehat sampai terlelap.
Seminggu selepas aku balik ada pula panggilan telefon dari Bonda Ratu memberitahu yang dia telah menerima pingat bagi pihak aku dari Sultan Indrapura bergelar Dato' Pangeran Alam Guru Syah Di Raja (DK Indrapura).Zam pula mendapat gelaran yang diterima sendiri bergelar Dato' Mangku Amanah Setia tanpa (DK).Ayah Zam
belum menerima apa apa gelaran. 
Kononnya gelaran itu pula bersamaan dengan gelaran dari alam ghaib setelah memohon kepada Allah. Aku termenung seketika memikirkan tentang gelaran itu walaupun sebelum ini aku telah pun mendapat pengikhtirafan negara dengan pingat Pahlawan Seri Setia Negara(PSSN) dari kerajaan Malaysia.

BERSAMBUNG

SANTAI

Friday, November 15, 2013

AKU DAN ROMBONGAN BERGERAK PULANG KE UTARA

Selepas solat Subuh rombongan kami bertolak balik keutara dan ada yang pulang ke Langkawi.
Kami berasa sangat sedih dengan perkara yang berlaku,kami berhabisan duit untuk kemajlis tersebut.Apatah lagi keloh kesah mereka yang datang dari Langkwi yang terpaksa meredah laut semata mata untuk majlis tersebut.
Aku terasa bagaikan dihina,siapalah yang tahu akan perasaan hati aku ketika itu.
Bonda Ratu yang kononnya tahu membaca hati manusia seolah olah memihak kepada pihak lain yang pada pandangannya banyak membantu beliau.
Aku berasa cukup cemas ketika itu kerana undangan tersebut menggunakan persatuan kami yang berdaftar,sedangkan persatuan team B pun belum berdaftar. Apatah lagi persatuan Bonda Ratu yang bukan warga negara Malaysia.
Terasa benar aku bagaikan dipermainkan oleh Bonda Ratu.
Manakala Zam(anak angkat aku) nampaknya telah termakan dengan segala tindakkan Bonda Ratu.
Zam dan Dato'Seri S banyak menghabiskan wang dan waktu semata mata mahu membantu Bonda Ratu atas dasar mencari keluarga yang hilang. 
Berlainan benar dari slogan Dato' Seri S yang berbunyi;

"KITA BUKAN MENCARI KEKAYAAN TETAPI MENCARI KELUARGA KITA YANG TELAH LAMA HILANG UNTUK MENYAMBUNG KASIH DAN SILATURRAHIM"

Nampaknya Bonda Ratu sedang mempermainkan semua orang.Dihadapan aku berkata lain dan dihadapan orang lain bercakap lain pula.Mana satu yang boleh dipakai?

Persegketaan antara jemaah mula terasa tetapi Bonda Ratu pula menyalahkan Dato' J  atas semua kejadian itu.
Aku pula dilagakan dengan team B,Zam,ayah Zam,Dato' Seri S,bertambah kusut jadinya apabila mereka ini memandang serong kepadaku sedangkan aku tidak mengetahui apa apa pun.
Bonda Ratu selalu menyalahkan pihak lain dan bercakap takbur yang dia tidak hairan dengan serangan yang bakal dihadapi kelak apabila ada orang mensihati diatas tindak tanduknya supaya lebih berhati hati.

Bonda Ratu : Empat penjuru ka ? berapa penjuru ka bonda tak gentar sedikit pun.
Aduh hebatnya.....

Dimanakah Rukun Iman dan Rukun Islam yang diceramahkannya selalu?Rahmat!Barakah!Nikmatkah begini?
Yang mengetahui hanya Allah.

Aku sampai dirumahku dengan perasaan duka lara,niat untuk bersama sama kerabat tidak kesampaian.

Aku redzo dengan ketentuan Allah yang mungkin ada hikmah disebaliknya.
ALHAMDULILLAH.

BERSAMBUNG

SANTAI

Thursday, November 14, 2013

KEJADIAN SEBELUM KEDATANGAN SULTAN INDRAPURA


Dalam perancangan menyambut kedatangan
Sultan Indrapura ke Melaka banyaklah aturcara majlis yang diatur oleh Bonda Ratu.

Surat jemputan dibuat dan sekaligus memasukkan nama aku dan presiden Persatuan Dakwah kami didalam senarai pengundang bersama
kerana persatuan dakwah
 kami berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Kesan daripada nama aku dan Presiden disenaraikan aku dimarahi oleh Presiden Persatuan kerana menyenaraikannya tanpa kebenaran beliau.
Presiden : kenapa kamu masukkan nama saya dan nama kamu didalam senarai pengundang?
Aku : Tergamam seketika...sa..sa...saya minta maaf tuan,tujuan saya adalah untuk berdakwah tetapi bukan saya yang masukkan tuan....maaf lagi sekali...saya akan tetap bersama tuan dalam apa sahaja keadaan.
Presiden : Tahukah kamu apa kesan dari perbuatan kamu itu..?(walaupun aku tidak mengaku   memasukkan nama nama tersebut).
Aku : Tidak tahu tuan...
Presiden : Kita boleh disaman jika mereka ada agenda menentang kerajaan.
Aku : Maaf sekali lagi tuan dan saya berdoa semoga tidak terjadi begitu tuan.
Presiden : Lain kali hati hati ye...
Aku : Ya ..ya..ya...tuan ...terima kasih atas nasihat tuan.
aku menjadi pening memikirkan hal tersebut dan disatu pihak lagi pula memarahi aku juga kerana kami orang baru telah disenaraikan nama sebagai pengundang sedangkan orang lama tidak dipedulikan...
Kemudian Zam menalipon aku.
Zam : Tahukah abah(panggilan Zam pada aku) yang persatuan abah tu nak duduk diatas saja dan tidak mahu mengikut cara orang lain.
Aku : Ya Zam kerana persatuan kami berdaftar dan selalu dipantau oleh pihak berwajib.
Zam : Dato' Seri S tidak bersetuju dan ada satu lagi persatuan tanpa berdaftar pun Dato' Seri S
 tidak setuju jugak....katanya berkonsepkan kongsi gelap.
Aku : Bonda pula bagaimana?
Zam : Bonda setuju semua...
Aku : Tak apalah Zam kalau macam tu...abah menarik diri sebelum perkara yang lebih buruk terjadi.
 Semasa percakapan telefon itu aku dalam perjalanan ke Melaka dari utara. 
Aku meneruskan perjalanan pada 14hb Sept.2013 ke Melaka.Niat dan hajat ke Melaka misti diteruskan walau hati aku sudah tidak berselera lagi untuk menghadiri majlis tersebut.
Aku sampai di Melaka dan menyewa sebuah "home stay" untuk berehat.
Tiba tiba bonda menalipon:
Bonda : Assalamualaikom adinda...jemput datang sekarang kerumah kanda.
Aku :Waalaikumussalam... baik kekanda.

Aku pun bergerak kedistinasi tersebut dan sebaik sampai bonda menyambut aku dengan adat raja raja.
Setelah bersalaman,kami berborak borak.
Bonda : Esok pagi dinda datang awal ya..nanti kanda pakaikan pakaian dan dan mengajar dinda bagaimna caranya mengadap sultan dan menerima pingat.
Aku : Adinda terpaksa berangkat pulang sekarang kerana bapa mertua adinda sedang sakit...baru sekejap tadi dinda menerima panggilan(aku menipu untuk mengelak diri dari hadir kemajlis tersebut keesokkannya).Waktu ketika itu lebih kurang jam 2pagi.
Setelah bersalaman aku pun pulang penginap di "home stay".




BERSAMBUNG


SANTAI


CATATAN ILMU SABDO PALON YANG DITURUNKAN KEPADA NYI RORO KIDUL

Apabila Bonda Ratu Penguasa Alam mengaku dirinya sudah bersatu dengan Nyi Roro Kidul teringatlah aku tentang gurunya Nyi Roro Kidul bernama SABDO PALON yang menjadi  MANUSIA IBLIS dan berperang dengan Walisongo di Jawa sekitar 1478 selepas diarah oleh Raja Majapahit ketika itu untuk memelok Islam.
Pada tahun 1479 Kerajaan Islam Demak yang dipimpin oleh Radin Patah @ Syeh Maulana Al Fatah yang berketurunan Majapahit juga.
Beliau adalah anak angkat Sonan Ampel.
Sabdo Palon lari dipuncak Gunung Himalaya apabila kalah perang dengan Walisongo manakala Pantai Selatan ditinggalkan pada Nyi Roro Kidul yang berjaya menyesatkan ramai orang.
Alhamdulillah kabarnya Nyi  Roro Kidul telah memelok Islam.
Berita dari Raja Temate  bahawa beliau telah berjumpa Nyi Roro Kidul sedang mengerjakan haji di Mekah dan bergelar Hajah Syarifah disampaikan kepada Habib Chirzin(ketua pemuda Mohammadiyah)
Walaupun sudah menjadi MUSLIMAH pengikut pengikut tegar masih membuat pemujaan terhadap gambar Nyi Roro Kidul seolah olah masih berugama HINDU.

Aku menyeru diriku dan kalian tinggalkanlah kebatinan yang boleh menyekutukan Allah.
Sesat dihujung jalan kembalilah kepangkal jalan.


BERSAMBUNG


SANTAI

Wednesday, November 13, 2013

SAMBUNGAN BERMALAM DI KUALA LUMPUR

Setelah bersalaman kami pun beredar tiba tiba bonda berkata 
Bonda ; Sebelum pulang keutara besok datang sini ya.
Aku : Insyaallah bonda.
Kami berlalu pulang kerumah anak aku.Sampai dirumah sudah hampir subuh.Selepas solat aku pun berbaring dan terus tertidor maklumlah badan terasa letih sangat.
Pada malam tersebut ayah Zam datang dan aku mengajak dia kerumh Bonda Ratu kerana dia berhajat sangat kesana maklumlah nama Bonda Ratu tengah gah.
Sampai dirumah Bonda Ratu dan memperkenalkan ayah Zam kepadanya dengan penuh sopan dan kelihatan ayah Zam amat terpesona dan seronok sekali.
Bonda : Mari dekat dengan bonda pak cik.
Ayah Zam menghampiri bonda.
Bonda : Mari bonda lihat garisan ditapak tangan pak cik
ayah Zam menadah tapak tangannya untuk ditilik.
Bonda : Sebelah kanan ada bulan dan kiri pula ada bintang.Hebat ni...sahlah kamu keturunan Saidina Ali.
Ayah Zamri : Alhamdulillah....
Suasana pada malam itu amat tenang sekali,kelihatan baju baju adat penuh diruang tamu tersebut.
Bonda : Untuk keturunan kita semuanya misti berbaju adat ketika menyambut kedatangan Sultan Indraputra.Dua pasang untuk suami isteri berharga tiga ribu ringgit sahaja.
Baju sungkit pelbagai warna itu dijual tetapi warnanya mistilah dipilih oleh bonda kerana pemakainya misti sepadan  dengan pangkat yang disandang.
Rancangn untuk menyambut kedatangan Sultan Indraputra sedang dirancang pada 15.9.2013 ,bertempat di Melaka.

BERSAMBUNG

SANTAI

SAMBUNGAN CERITA NYI RORO KIDUL

Pelbagai cerita tentang Nyi Roro Kidul
atau
Kanjeng Ratu Kidul
sebagai Ratu Laut Selatan,Jawa.
(mempunyai banyak nama)

Bermula penceritaan berasal dari seorang raja di Panjajaran pada abad ke 19 bernama Mundhingsari yang mempunyi seorang puteri bernama Ratna Suwinda yang sangat suka mengasingkan diri untuk melakukan pertapaan dan menolak semua pinangan yng menyebabkan Raja Mundhinsari menjadi marah dan menghalau puterinya dari istana.

Puteri Ratna Suwinda lari ke  puncak Gunung Kumbang dan melakukan ritual disitu sehingga sebatang pohon cemara bertukar menjadi seorang lelaki tampan dan bernama Hajar Cemoro Tunggal.

Kisah tersebut sampai kepada Joko Suruh dari Panjajaran dan terus jatuh cinta kepada Puteri Ratna Suwinda tetapi beliau menolak kerana pertalian persaudaraan.

Sekali lagi Puteri Ratna Suwinda melarikan diri dan akhirnya sampai di Pantai Selatan Jawa lalu menjadi pengusa ritual disitu.

Puteri Ratna Suwinda berkata
"jika Joko Suruh boleh menguasai kerajaan dekat Gunung dia sanggup berkahwin dengan keturunan itu secara bergilir gilir....
Kini Puteri Ratna Suwinda bergelar Nyi Roro Kidul.

Wallahuaklam

BERSAMBUNG


SANTAI

KETURUNAN NYI RORO KIDUL


Prabu Mundhingsari
berkahwin
Dewi Sarwidi

mempunyai anak yang menjadi Nyi Roro Kidul
yang menghuni Wilayah Panti Selatan.

Yang boleh menjelma seoorang perempuan cantik yang berselindang hijau serta bermahkota dikepala.Sedangkan susuk aslinya adalah seekor ular besar yang berwarna hijau...
dan boleh juga menjelma sebagai makhluk yang berkepala manuia tetapi berbadan ular.
Sesiapa wanita yang berhajat mendapat aura Nyi Roro Kidul boleh datang kepantai Selatan dan mandi kembang 7 rupa dipantai  itu (mengikut kepercayaan mereka)
Di Indonesia ada wanita mendambakan aura tersebut dan sanggup melakukn ritual di Pantai Selatan.
Jika anda seorang wanita yang berani bolehlah anda lakukan saperti artis Indonesia....


BERSAMBUNG


SANTAI 

GAMBAR GAMBAR KANJENG NYI RORO KIDUL

Banyak lagi gambar gmbar Kanjeng yang belum aku paparkan disini.
Tunggu yer

BERSAMBUNG


SANTAI





GAMBAR GAMBAR KANJENG NYI RORO KIDUL




WAJAH NYI RORO KIDUL

KANJENG NYI RORO KIDUL



KANJENG NYI RORO KIDUL

Tuesday, November 12, 2013

BERMALAM DI KUALA LUMPUR

Sampai di Kuala Lumpur kami singgah dirumah Bonda Ratu sambil bercerita dan beramah mesra. Macam macam cerita yang baik baik saja.
Lama berbual bual dan Bonda mulalah berceramah saperti seorang pemidato terkemuka.

Bonda : Tahukah kalian bahawa bonda adalah Nyi Roro Kidol iaitu penjaga laut selatan.
Aku dan jemaah : Mengangguk angguk tanda setuju 
Bonda :( Sambil tersenyum) bondalah yang telah melahirkan Imam Mahadi didalam air.
Aku dan jemaah  : terus mengangguk
Bonda makin bersemangat bercerita dan dengan kedua  tangannya diangkat keatas dan kebawah sambil menyuruh suaminya menyediakan minuman untuk kami.
Suaminya yang nampak gagah itu menuruti perintah Bonda Ratu.
Bonda : Saya dah berkahwin seramai 99 orang. Semua suami bonda misti mengikut perintah bonda tetapi jika tidak mahu mengikut perintah bonda suami tersebut akan bonda tinggalkan(dengan muka yang sombong).
Kami berbual sehingga jam empat pagi.Kami meminta diri untuk pulang...

BERSAMBUNG


SANTAI

HARI RAYA PUASA DI MELAKA 2013

Kami bertolak dari rumah Zam  beramai ramai  ke Melaka  dan singgah disebuah taman rehat sebelum berangkat kemajlis bonda untuk menukar pakaian kepersalinan adat,maklumlah anak anak raja yang terbuang ,ditepian jalan itulah juga kami beramai ramai menunggu arahan Bonda Ratu untuk datang kemajlis  Hari Raya Puasa.
Paluan kompang  yang  gamat seolah olah mengarak pengantin pengantin  tua dipalu sebaik saja kami tiba diperkarangan rumah tersebut.
Zam bersama ayah dan ibunya berserta adik beradiknya disatu sudut rumah itu dan aku pula duduk disatu sudut lain.
Aku dan Zam berpakaian sungkit bagaikan raja raja dulu kala,,rasa malu dan segan menusuk jiwaku.Aku bersungkit hitam dan memakai tengkolok manakala Zam pula hijau.
Ayah Zam pula memakai suit melayu hitam sahaja dan yang lain lain memakai pakaian warna warni yang menawan.
Dimajlis tersebut kelihatan meja dan kerusi yang dihias rapi,tersusun dan menarik.Hidangan tersedia diatas meja yang disediakan dan kami dijemput makan.
Selepas makan kami berborak borak antara tetamu.
Ada tetamu yang hadir memakai sungkit kuning,merah dan hijau tetapi hitam tidak ada kecuali aku seorang. Aku disapa tetamu bersungkit kuning : Kenapa  tuan memakai sungkit hitam?
Aku : Entahlah..... saya disuruh pakai pakaian ini.
Sungkit kuning(dengan bersahaja menyakiti hati aku); Ah....hitam melawat orang mati boleh la....ha..ha...ada lagi majlis serupa ini nanti tuan hadir ye...tuan dah jadi sebahagian dari kami.
Aku : Insyaallah.
Tiba tiba kedengaran Dato' Seri S memanggil namaku : PT H datang cepat kesini dengan nada yang tinggi.
Aku : Ya Dato' Seri
Dato' Seri S : Kenapa dibiarkan orang ini mencabut keris kebesaran dengan cara begini(mata keris dijunamkan kebawah)
Aku : Bukan saya yang benarkan Dato' Seri
Dato' Seri S : Habis siapa yang benarkan orang ini?
Aku : Ini ayah Zam Dato' Seri....maafkan saya,nanti saya bertanya pada Zam.
Aku memberitahu Zam tentang hal tersebut dan Zam memberitahu ayahnya
Zam : Saya mendapat kebenaaran dari bonda .
Dato' Seri S ;Terdiam
Aku :Diam
Mulai hari itulah ayah Zam tidak menyukai aku dan macam macam fitnah dilemparkan pada ku sedangkan aku adalah guru yang pernah mengajar beliau.
Aku langsung tidak tahu dan tidak menduga sama sekali yang ayah Zam tergamak berbuat demikian.
Inilah bayaran dakwah yang aku kena terima..Alhamdulillah.
Selesai majlis tersebut aku pergi ke Kuala Lumpur dan bermalam dirumah anakku.

BERSAMBUNG


SANTAI

BERMALAM DI MELAKA

Pada tengah malam tersebut kami berlima terpaksa mendengar ceramah tambahan oleh Bonda Ratu.
Bonda Ratu mencabut gelang dari pergelangan tanganya yang berbentuk ular yang melingkar.
Bonda : Lihat sini semua....
Kami berlima pun memandang kearah gelang berbentuk ular tersebut.
Bonda : Inilah bentuk dunia kita (tanpa rasa janggal)...ular inilah yang meluahkan nama Allah dengan huruf Alif Lam Lam Ha(ALLAH).
Aku amat tergamam kerana aku tahu firman Allah didalam surah Al Ikhlas yang bermaksud Allah itu Esa dan tidak beranak dan diperanakkan.Auzubillah...tetapi  bonda masih meneruskan ceramah yang bertentangan sekali dengan ugama yang aku anuti.Islam adalah agamaku. Aku jadi terkedu kerana kami baru sahaja menunaikan solat Isya bersama sama...
Bonda(memandang kepadaku dan berkata) : Kamu akan bonda berikan tunggangan harimau bintang dengan syarat kmu melakukan patigeni dan puasa tanpa memakan benda berdarah selama sebulan.
Aku : Baik bonda...
Didalam hati aku tentulah dia akan memberi aku seekor jin untuk aku tunggangi tetapi aku berikap mendiamkan diri sahaja walaupun hati aku menolaknya...
Bonda : Apabila harimau itu datang dihadapan kamu teruslah kamu naik dibelakangnya dan kamu akan dibawa naik kelangit yang ketujuh.Disitu kamu bolehlah berjumpa dengan Nabi Isa.Peganglah lehir harimau itu kuat kuat supaya kamu tidak terjatuh.
Didalam hati aku bertambah kusut dan menentang kerana berlawanan dengan agama aku.
Al Quran peganganku,Muhammad Rasulullah ikutan ku.Rukun Islam dan Rukun Iman peganganku.Aku beristighfar didalam hati....Bonda terus memberi ceramah.
Bonda : Setiap yang ujud mistilah ada ibunya.Ular inilah ibunya saperti mana bonda menjadi ibu kepada kalian.Bondalah yang digelar Bonda Ratu Penguasa Alam yang mempunyai dayang dayang dari tujuh ekor ular yang cantik paras rupanya,yang tidak cantik pula tidaklah boleh menjadi dayang dayang bonda.
Setelah waktu Subuh menjelang kami ramai ramai menunaikan solat Subuh.Selepas Subuh
Aku langsung berdiam diri kerana didalam kepalaku tidak habis habis berfikir tentang Bonda Ratu Penguasa Alam itu bagaimana dan apa yang aku harus buat sebagai pendakwah.
Setelah bersalaman kami pun berangkat pulang.


BERSAMBUNG
(Cerita selanjutnya menyambut HARI RAYA PUASA di Melaka)


 SANTAI

Saturday, November 9, 2013

MANDIAN ISTIMEWA

Aku dipanggil mengadap Bonda Ratu.Aku pun berdatang sembah .Dihadapan Bonda Ratu kelihatan bunga bungaan dan sebesen air,disisinya terdapat dua jenis limau purut dan limau nipis.Aku memerhatikan sahaja gelagat Bonda Ratu.Dipotongnya kedua dua jenis limau tersebut dan dijunjung diatas kepala dia satu demi satu,aku kira tujuh biji semuanya,setelah siap dipotong dua jenis limau  tersebut lalu dimasokkan kedalam besen yang berisi bunga dan air.
Bonda Ratu menjampi serapah air,bunga dan limau tersebut,tiba tiba air didalam besen itu berpusing ligat.Matanya memerhati aku.Banyak mata memandang aku.Aku menadah tangan dan memohon kepada Allah menunjukkan sesuatu yang benar.Tiba tiba air yang berpusing kuat itu berhenti.Alhamdulillah...aku bersyukur.Orang orang yang memandang aku terdiam dan tersenyum.
Aku : Kalau air itu tidak berhenti bagaimana  ya dan apa akan terjadi?
Ramai jemaah menjawab serentak : Anda dipersilakan keluar dari majlis ini.
Aku(terpinga pinga) : Sekarang saya kena keluarkah dari majlis ini?
Seorang jemaah menjawab : Tak payahlah sebab tuan dah lulus ujian tersebut dan sahlah bahawa tuan adalah dari keturunan kami.
Aku : Ooo...macam tu...
Selepas itu aku pun mandi dan berlangirlah dengan kain basahan berwarna kuning untuk menutup aurat.Aku mandi ditempat khas.Setelah selesai mandi dan menyarung pakaian solat,tiba tiba terdengar suara seorang jemaah berkata:
 Sekarang tuan diminta untuk mencabut keris pusaka keturunan yang panjang melebihi ketinggian tuan,semuanya mempunyai sembilan bilah keris panjang tersebut.
Aku : Setuju...setuju...

Keris panjang yang kelihatan tiga bilah sahaja itu dibawa kehadapan aku
Bonda : Cabut keris itu!!!
Aku : Baiklah bonda
Aku bersalawat dan terus mencabut keris panjang tersebut,maka berpisahlah sarung dan matanya ketiga tiganya satu demi satu, jemaah bersorak sorak kerana aku telah diikhtiraf sebagai ahli keluarga mereka.Aku tersenyum puas.Aku terfikir "dimana lagi keris yang enam lagi?tidak sabar rasanya untuk mencabut"
Malam itu kami yang tinggal empat lima orang bermalam disitu manakala jemaah yang lain sudah pulang kerumah masing masing .

BERSAMBUNG
(apa terjadi sebelum tidur....?tunggu yer...)


SANTAI



KEJADIAN DIRUMAH BONDA RATU DI MELAKA

Aku dan Zam bergerak ke Melaka dan saperti biasa Zam membawa makanan untuk makanan malam.
Kami sampai disitu dengan pacuan empat roda Zam,kelihatan ramai yang sudah berkumpul,masing masing membawa bunga bungaan dan pastinya untuk mandian.
Bunga bungaan tersebut disatukan didalam beberapa dulang,aroma bunga menjadi ruang tamu itu bertambah segar,ruang yang agak luas itu boleh duduk bersila lebih kurang 50 orang itu menjadi tenang seketika.
Bonda menyapa kami dengan senyuman yang cukup manis dan lemah lembut.
Bonda : Baru sampai ka...sila ambil tempat ya..
Aku : Terima kasih
Aku dan Zam mengambil tempat disatu sudut yang agak selesa.Sambil makan dan minum sambil menyusun bunga didalam bekas.
Bunga untuk aku pula diletakkan didalam satu bekas beserta sebesen air kononnya untuk mandian yang istimewa.

BERSAMBUNG


SANTAI 

Friday, November 8, 2013

SAMBUNGAN CERAMAH


Ceramah diteruskan lagi dan lagi, bonda semakin lantang suaranya.
Bonda : Kalau kamu mahu  menjadi guru hendaklah menjadi guru saperti bonda,lihat sahaja ular besar mahu menyerang kita lantas bonda menyuruh kalian segera beredar.....

Aku mula terasa muak dengan ceramah yang langsung tak masok akal tersebut lalu pura pura baring di barisan belakang sekali tetapi masih kedengaran ceramah yang meleret leret.

Bonda :Bonda tidak pernah tidor dan makan sebab bonda bukan manusia saperti kalian.

Masa dah berlalu begitu panjang dengan ceramah ceramah yang mengangkat diri sendiri sebagai Bonda Ratu Penguasa Alam.Aku terlalu jemu dan akhirnya banyak yang tertidor dan bonda yang tadinya menyatakan bukan manusia juga tidor sampai terpaksa dikejutkan orang,dalam hati aku mula memikirkan penipuan Bonda Ratu Penguasa Alam ini.
Geli hati aku memikirkan hal ini.

Selepas solat subuh kami semua berangkat pulang dari Gunung Ledang ,aku membawa kenangan yang aku catatkan disini.

BERSAMBUNG
(cerita kunjungan kerumah Bonda Ratu di Melaka....tunggu yer.....)

SANTAI

Thursday, November 7, 2013

KETEPI KALI DAN DUDUK ATAS BATU SAMBIL BERZIKIR DIDALAM GELAP


Selepas solat 'Isya ceramah diteruskan lagi oleh Bonda Ratu Penguasa Alam.
Bonda : Semua beredar keatas gunung ditepian air terjun tadi..
Jemaah : Mematuhi arahannya,semua bergerak perlahan lahan kedestinasi...

Semua mengambil tempat diatas batu untuk berzikir tarikat,aku sendiri tidak memahami apa tarikat yang dibawa,lelaki perempuan semuanya berzikir didalam malam yang gelap gelita itu tanpa sebarang lampu,walaupun lampu dari telefon tangan dilarang sama sekali.
Perempuan disatu pihak dan lelaki pula dipihak yang sebelah lagi...
Aku memasang lampu telefon bimbit aku,kedengaran suara melarang aku berbuat demikian..

Suara ; Padam lampu tu...nanti ular menyerang kita...
Aku ; memadam lampu tersebut
Bonda : Semua beredar dari sini....cepat..cepat...cepat...
Jemaah : Perlahan lahan beredar ketempat ceramah tadi....
Apabila semua jemaah sudah berkumpul dan mengadap Bonda Ratu Penguasa Alam umpama  mengadap seorang ratu yang telah ditabalkan.

Sekali lagi meneruskan ceramah:

Bonda : Segala gerak hati kalian bonda boleh dapat tahu termasok asal usul keturunan anda sekalian.
Jemaah :angguk angguk tanda faham
Diwajah para jemaah kelihatan terlalu taksub dengan Bonda Ratu Penguasa Alam tersebut.
Aku bersila dibahagian belakang sekali maklumlah aku ini orang baru,bimbang pula tersalah adat dan istiadat....
Aku tersenyum sendirian Penguasa Alam telah mengajak muridnya lari beramai ramai kerana takut dikejar ular,hanya dengan ular ajaib itu pun sudah tidak mampu bertahan bagaimana boleh menggelar diri sebagai Bonda Ratu Penguasa Alam.
Aku terus melayan fikiran bagaimana jika semua jemaah disini tersedar tentang kemampuan Bonda Ratu tentulah Penguasa yang mengangkat diri tersebut tidak mempunyai pengikut lagi...
Aku terus mengelamun ketika ceramah masih berjalan.

BERSAMBUNG


SANTAI

Wednesday, November 6, 2013

CERAMAH DITERUSKAN

Bonda : Saya adalah Bonda Ratu Penguasa Alam yang boleh terbang diudara,persilatan yang cukup ampuh,sesiapa yang memegang kaki atau tangan saya ketika saya terbang maka sipulan itu juga akan turut terbang..
Jemaah : Terlopong mulut....mendengar ceramah tersebut,,,,masing masing mengangguk angguk
Bonda : Tahukah kamu semua siapakah sebenarnya Puteri Gunung Ledang itu?
Jemaah : Tak tahu...
Bonda : Dia sebenarnya bernama Puteri Nengsi Mardiah Denok
Jemaah : Mengangguk angguk lagi....
Bonda : Sayalah yang paling berkuasa dan umur saaya kini 504 tahun yang mampu dan tahu bercerita tentang puteri ini sebab saya bukannya manusia saperti kalian,saya berdarah putih...
Jemaah : Kehairanan ...

Dibawah bangsal tempat kami mendengar ceramah tersebut kelihatan bayang bayang harimau dan orang tua berpakian jubah dan bertongkat.
Jemaah yang yang dapat melihat menjadi senyap sepi....
Teringat aku didalam sejarah Majapahit yang terjadi pada tahun 1479 iaitu peperangn antara Sabdo Palon dan kaumnya dengan walisongo dengan kekalahan dipihak Sabdo Palon(penasihat Budha untuk Raja Majapahit ) dan sebelum dia lari meninggalkan Majapahit dia telah mengajar Nyi Roro Kidul segala ilmunya.
Mulai tarikh itu hingga sekarang lebih kurang 534 tahun tetapi Bonda Ratu menyatakan umurnya 504 tahun.Tiga puluh tahun jaraknya dari tarikh sebenar!!! Jadi siapakah Bonda Ratu ini sebenarnya yang mengaku dirinya yang bersatu dengan Nyi Roro Kidul tersebut?
Fikir.Fikir.Fikir.


BERSAMBUNG


SANTAI

Sunday, November 3, 2013

BERJEMAAH BERSAMA BONDA RATU


Selepas solat Maghrib dan berzikir kami pun makan beramai ramai,makan selerak(tanpa hidangan) dan selepas makan perempuan yang mengaku dirinya Puteri Gunung Ledang tadi menjadi Bonda Ratu dengan menggelar dirinya sebagai Bonda Ratu Penguasa Alam...

Walaupun diatas gunung Bonda Ratu Penguasa Alam disediakan dengan tilam kuning berlapik lantai dengan kain kuning dan berlatar belakangkan kain kuning.Aku hanya memerhati gelagat Bonda Ratu Penguasa Alam itu.Matanya tidak lepas memandang aku sehingga aku berasa hairan kenapa dia asyik memandang aku.

Bonda Ratu Penguasa Alam memberi ceramah tentang 'Ilmu Pertahanan Diri'
Bonda:Sesiapa yang berada disini sahaja yang boleh menerima ilmu ini.
(sambil menunjukkan atucara persilatan batin tersebut)
Jemaah yang ada semua mengikut dan berbaiah dengan dia.Aku masih buntu.Akhirnya dia bersuara dan menuding jari kepada aku dan berkkata:
Bonda;Sesiapa yang berguru dengan kamu tidak payah lagi berguru dengan bonda kerana perjalanan kamu sama dengan bonda.
Aku:Diam
Apa yang bermain didalam hati aku tidaklah sama dengan apa yang dia beritahu.Aku sama sekali tidak bersejutu dengan kaedah pembakaran kemenyan dan melupakan diri dengan sengaja kerana  perbuatan tersebut boleh menjadikan syirik.

Ceramah diteruskan.
(tunggu episod selanjutnya yer yang lebih mendebarkan.Sipa pula Puteri Nengsi Marsiah Denok....tunggu yer...)


BERSAMBUNG


SANTAI

SAMPAI DIPUNCAK GUNUNG LEDANG

Aroma wangian semakin menusuk kehidungku,aku memerhati  disekeling ada beberapa orang sedang bertukar persalinan untuk mandian,semua memakai sarung kuning dan perlahan lahan menuju kekawasan air terjun.
Aku dan Zam pun mengikut apa yang mereka lakukan,maklumlah kami orang baru.Selepas menukar kepada kain sarung kuning aku dan Zam menyusur keair terjun tersebut.
Apa yang aku dapat melihat disitu jelas kelihatan seorang perempuan muda sedang duduk  diatas batu  sambil membakar kemenyan,rupa rupanya inilah aroma wangian yang yang menusuk hidung aku sejak tadi...
Semasa didalam air terjun yang bercampur lelaki dan perempuan,tua dan muda itu seorang demi seorang pergi mengadap perempuan itu saperti mengadap raja raja.
Air terus menghempas kebatu bagai irama yang mengasyikkan.Batu batu besar dan kecil didalam air ibarat penunggu setia yng membiarkan air tersebut terus membadai mereka.
Akhirnya sampailah giliran aku mengadap perempuan muda diatas batu tersebut.
 Rupa rupanya perempuan itu adalah Bonda Ratu yang pernah aku temui dan berbual.Tersentak aku seketika.

Aku:Assalamualaikom Bonda Ratu
Perempuan atas batu:Beta bukan Bonda Ratu,beta adalah Puteri Gunung Ledang.
Aku(dengan nada serba salah):Mohon maaf tuan puteri,cucu belum mengenali tuan puteri.
Puteri(perempuan atas batu):Tidak mengapa,pateh mahu apa dari beta?
Aku(bertambah kusut):Tidak mahu apa apa tuan puteri hanya mahu berkenalan...,itu sahaja tuan puteri.
Puteri:Baiklah sekarang beta berikan kamu kuasa air(sambil mengambil air yang sedia ada serta memupuk diubun ubun aku)
Aku(was was):Terima kasih tuan puteri.
Selesai semua berjumpa Puteri Gunung Ledang(Mengaku Puteri Gunung Ledang),Sang Puteri pun melepaskan bunga bungaan dan limau kedalam air,berlimau dan berlangirlah srmua yang ada disitu.Hari dah beransur gelap kedengaran azan Maghrib berkumandang sayup sayup .Aku bergegas ketebing dan terus kebangsal yang mempunnyai anak tangga.Aku menukar pakaian solat dan kelihatan semua jemaah berjubah putih dan yang  perempuan pula bertelekong putih.
Kami solat berjemaah beramai ramai dan aku ditugaskan sebagai imam solat Maghrib.
Didalam suasana sejuk dan nyaman selesailah solat Maghrib tersebut.


(apa akan terjadi selepas solat tersebut ...ikutilah episod selanjutnya)

BERSAMBUNG

SANTAI

Friday, November 1, 2013

KE GUNUNG LEDANG

Pada tanggal 15 purnama aku dan zam bersiap sedia untuk ke Gunung Ledang,dengan pacuan empat roda kepunyaan Zam, kami pun berangkat dari Kluang ke Gunung Ledang.
Persiapan telah kami sediakan saperti diarah Bonda Ratu.
Antara persiapan untuk bersiram itu kami diarah siapkan kain basahan yang berwarna kuning yang dijahit rapi menjadi sarung,limau purut,limau nipis sebanyak tujuh biji dan bunga bunga bungaan sebanyak tujuh jenis setiap seorang yang berwarna putih mulus.
Bersama sama semua itu kami juga membawa makanan untuk makan malam yang ditempah oleh Zam.
Sampai dipinggiran Gunung Ledang aku ternampak seorang lelaki yang memakai jubah putih,berjanggut dan bertongkat bersama beberapa wanita yang memakai pakaian ala puteri puteri raja...aku tergamam...mereka mengarahkan kami kearah kanan gununug tersebut.

Aku:Zam kamu belok kekanan Zam
Zam:Kenapa?
Aku:Mereka mengarahkan kita kekanan.
Zam:Ok..ok...saya tahu tempat itu...
Aku:Bagus...bagus...

kami meletakkan pacuan empat roda diparkir yang disediakan,,beberapa anak anak remaja membantu menurunkan barang barang dari dalam kenderaan kami...
Semua barang barang yang kami bawa diangkut kepuncak Gunung Ledang.
Aku dan Zam berjalan menuju anak anak tangga untuk menaikki gunung.Dikanan trnampak deretan yang difahamkan sebagai rumah rihat.Dikiri terdpat sebuah gerai makanan.Kami teris menikki anak tangga yang tersedia disitu.Kicauan burung burung mula kedengaran,angin bertiup nyaman,suasana pergunungan terasa,pokok pokok besar dan kecil kelihatan melambai lambai ditiup angin petang,nyaman sekali.Beg sandang yang aku bawa terasa beratnya,aku berhenti dianak tangga sekejap untuk membetulkannya,penat mula terasa,lutut terasa longlai,anak anak tangga belum pun habis didaki.
Tiba tiba didalam kepenatan mendaki hidungku terbau satu aroma wangian


BERSAMBUNG


SANTAI...