Islamic Widget

Thursday, July 30, 2009

Sambungan bahagian tangan























Cuba lihat gambar2 tentang cara mengurut jari





Kegunaan tangan





Gambar2 Hiasan Penggunaan Tangan

reflexology tangan


Perhatikan tapak tangan depan dan belakang...amat amati dan pastikan kedudukan titik2 yang perlu untuk tujuan reflexology tangan.
Penerangan tentang tangan akan dibetahu kemudian.Insyaallah!

Wednesday, July 29, 2009

sekolah umum jitra

Tahun 1957
aku dalam darjah satu
kak Teh aku dalam darjah 5.
Aku sekolah sesi petang dan kak Teh aku sesi pagi.
Nak tau cerita tak?Cerita penderaan sebelum merdeka.He he.
Aku yang mendera kak Teh aku supaya jangan balik lepas sekolah kerana aku mahu dia ada disamping aku sepanjang waktu persekolahan aku.
Aku bagi upah sebiji onde2 yang telah aku gigit...
Kesian kak aku.Dia tunggu aku sampai petang sehingga tak makan tengahari.
Itulah penderaan sebelum merdeka...masa tu semua kanak2 nak kesekolah kena paksa,tunggu.....
Jika tidak semua lari balik ikut mak ayah atau sesipa juga pengantar.Kami belajar dalam kelas,penunggu kena tunggu diluar kelas...hebat kan?
Tapi murid2 itulah apabila dewasa menjadi pegawai2 besar.....Alhamdulillah.
Yang tak tahan tu cerita penderaan tu la...
Terima kasih kak Teh.
Kak Teh ni adalah kakak aku yang ketiga..Sampai hari ni aku tetap sayang pada dia.....oooi tapi garang......masa tu......
Sekarang bila terkenang kisah lama rasa sedih kerana penderaan yang tak disengajakan itu...
Sayang kak Teh sampai bila2.....

Tuesday, July 28, 2009

latihan reflexology selanjutnya












Tandakan pula diibu jari kaki.Tempat apa tu?Ada pen dan kertas yer!!!
OK dulu yer...sampai jumpa lagi.......

latihan reflexology

Ah....dah dapat pun,lihatlah cara memegang dan mengurut tu.

REflexology lagi...lagi


Dapat tak?Cuba buat lagi ye...sampai faham kedudukannya.

reflexology lagi...


Lihat rajah tapak kaki dan tandakan semula tempat2 urutan tersebut supaya mudah difahami

Monday, July 27, 2009

cerita jenaka 2

Aku pergi kesekolah naik basikal kecik yang ayahku belikan,kadang2 jalan kaki je,sebab sekolah dekat dengan rumah kami,kejadian berlaku sekitar tahun 1959.
Tiada masalah apa2,hari2 berlalu macam tu tapi yang aku nak cerita ni tentang pakaian seragam sekolah.
Baju putih tangan pendek dan seluar pendek.
Ayah aku selalu bawa kami 3 beradik lelaki menempah seluar dikedai cina ,seronok la dapat baju dan seluar pendek baru untuk kesekolah.
Apabila siap seluar tu,kami pun pakailah kesekolah, seluar baru la katakan.
Sampai kesekolah kawan2 bertanya "kamu pakai gaun ke?".Apa lagi tersipu2 lah aku dibuatnya kerana seluar pendek yang aku pakai tu melepasi paras lutut,masa dulu seluar pendek kaki kembang macam gambar seluar polis dalam cerita P.Ramli.Aaaa...macam tu la tapi seluar yang aku pakai ni labuh lagi,cuba bayangkan!Seluar pendek ke macam tu?Tak pula sampai kebuku lali labuhnya,macam seluar silat je labuhnya.Kebawah tak sampai ,keatas lutut pun tak sampai,macam mana kekawan aku tak ketawakan aku......OOOO rasa malu la dipermainkan oleh kekawan sebaya...Halim pakai gaun mai sekolah!!!Malu ...malu......malu.....
Dengan satu nekad aku akan potong kaki seluar yang aku pakai ni betul2 nampak macam seluar pendek.
Hari tu aku pulang kerumah dengan muka masam....maklum la orang lelaki pakai gaun,kan tak machoo!
Aku minta kakak aku tolong potongkan kaki seluar tu supaya betul2 nampak macam seluar pendek.
kak cik aku yang buat.
Esoknya aku melaram la kesekolah,baru la macho sikit.....
Kekawan bertanya jugak ...mana gaun...mana gaun...aku mendongak megah,seluar aku ni baru tau.......
Selang beberapa bulan aku nak kesekolah....alamak !terserempak dengan ayah aku yang tak pergi mengajar quran kerana tak sihat.
Harini nahas la aku .....sebab tak tutup aurat........
Betul jangkaan aku....ayah aku cakap "hai cepatnya besar anak ayah ni!!jom kita pi buat seluar baru...."
Petang tu kami pun pergi la tempah seluar gaun aku.......dalam hati Allah saja yang tahu....macam mana bila siap seluar tu nanti...?
Seluar pendek mana boleh tutup AURAT.......?
Akhirnya aku pakai senjata ampuh aku.....apa dia nak tau tak ?Wuuuu........aaah!Wuuuaaah.....!
Menangis macam mana pun ayahku tak kisah,yang penting TUTUP AURAT>>>
"

Sunday, July 26, 2009

Susur galur ayahandaku

HAJI AHMAD BIN HAJI MOHAMMAD SAMAN
BIN
YUSUF
BIN
SYED SYEH SYAHEED HIDAYATULLAH
dari tanah Ceribon,Jawa ke Batu Bara,Batu Bara ke Tanah Melayu dan mengembangkan ajaran Islam sampai ke Satun,Thailand.
Serba rengkas yang aku tahu tentang ayahku.
Wallahuaklam!!!
AL FATIHAH

kenangan untuk almarhum ibuku tersayang

Al fatihah......untuk hajah Siti Junah binti Haji Ashari.
Ibuku adalah anak kepada Tuan Guru Haji Ashari yang mengajar dipondok Tasak,Langgar,Alor Star Kedah.
Kabarnya berkahwin dengan ayahku setelah ayahku kembali dari menuntut diluar negeri bahagian ugama Islam.
Adik beradik aku semua enam orang.
Azizah,Zawiyah,Fatimah,Abdul Hadi,Abdul Halim(AKU),Fakhrurrazi.
Ibuku mengajar kanak2 mengaji quran.
Asuhannya menyebabkan aku dapat sohatam al quran ketika berumur 8 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir sebaik saja aku habis membaca surah Yasin dihadapan berpuluh2 ank cucu cicit beliau berkumpul kerana sakit tua.
Aku mengiringi jenazah sampai kekubur.
Makam ibuku adalah ditapak wakaf tanah kubur yang diwakafkan oleh ayah dan beliau.Semoga Allah mecucuri rahmat keatas ruh ibuku.AMIN!!!
AL FATIHAH

wilayah didalam diri

Didalam diri kita mempunyai 2 willayah!!
Satu wilayah Allah manakala satu lagi wilayah syaitan.
Wilayah Allah dikawal oleh malaikaikat yang bernama MULHIM
wilayah syaitan dikawal oleh QORIN!!!
Mana pula pilihan KITA?
FIKIR FIKIRLAH....
Jika kita memilih wilayah yang salah!
Apa akan terjadi kepada diri kita?
Wilayah syaitan boleh terbang diudara,berjalan diatas air malah seribu satu kebolehan yang ditonjolkan,nampak begitu hebat!!!
Jangan terpedaya dengan itu semua!!!
Wilayah Allah jarang terdapat yang sebegitu hebat kecuali para nabi dan rasul dan wali2 pilihan Allah!!!
Terus mata atau kasyap yang diberi Allah adalah berbeza dengan kasyap yang diberi oleh JIN.
iaitu kasyap jin!!!
FIKIR FIKIRLAH
Jangan terpedaya.......ya.......jangan terpedaya
Syaitan mengajak kepada perbuatan syirik,arak,zina dan judi...oh ya menonton gambar2 porno.Akhirnya lupa kepada Allah.
Mula2 akan lupa adik beradik kemudian ibu bapa dan hanyut didalam keenakkan duniawi.....
FIKIR FIKIRLAH.

Saturday, July 25, 2009

sambungan reflexology


Harini kita tengok gambarajah2 kaki dulu dan perhatikan tempat2 yang berkaitan urutan reflexology.
Cuba fahami kedudukan pusat2 urutan yang penting.

Friday, July 24, 2009

pengenalan reflexology

Berabad abad yang lalu lebih kurang 5000 tahun yang bermula di Masir tetapi sekarang banyak dipraktikkan di Cina.
Kisahnya tentang tapak tangan dan tapak kaki serta titik2 dibadan untuk siri perubatan.

perpindahan ke Kodiang 1958

Pada tahun 1958 kami sekeluarga berpindah ke Kodiang setelah ayah aku membeli tanah di Kodiang,tanah hutan yang luas tu harimau pun ada,setiap pukul 6 petang semua misti naik keatas rumah.Rumah yang ayah aku bina belum siap jadi kami sekeluarga tinggal didalam dangau(sebuah pondok sementara).

Emak aku menangis siang malam,apa tidaknya tiada lampu letrik.Dapur kayu,air telaga,oooh siksanya masa tu tapi ayah aku nampak tenang je...

Tanah yang luas tu ayah aku wakafkan pulak untuk mendirikan RUMAH ALLAH,luas jugak la tanah tu untuk buat masjiad dan tanah kubur.Lama kelamaan kawasan tu menjadi ramai dengan api,air yang selesa.Tanah yang diwakafkan tu dua setengah relong,sayangnya ayah aku tidak dimakamkan disitu tetapi dimakamkan ditanah wakaf nenek moyangku diKampung Tasak ,Langgar,Alor Star Kedah.Ayahku kembali kerahmatullah pada tahun 1969.AL FATIHAH>>>>>>

cerita tahun 50an

Awal tahun 50an orang asyik becakap pasal nak merdeka,sana sini orang bercakap pasal tu.Tentera dan polis masa tu kena kerja keras.Aku pada masa tu kecik lagi tapi boleh la cerita sikit2.Aku kenal Tunku Abdul Rahman iaitu bapa kemerdekaan kita.


Trak tentera berlegar2 dan selalu melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! kami menyahut laungan tu ditepi2 jalan raya.Semangat nak merdekalah katakan.


Pihak tentera pun nampak semangat jugak dengan membaling roti,gula2 dan lain2 makanan dari trak tersebut,berebut rebut kanak2 sebaya dengan aku mengutip,masa tu aku masih tinggal di Jitra.


Dalm kesenokkan nak menyambut kemerdekaan dan rebut merebut makanan dari trak tersebut ada pula kemalangan maut kerana terlanggar dengan trak tersebut.Sunyi seketika dan makanan tidak lagi ditaburkan melalui trak tersebut.


Akhirnya pada 31ogos 1957 malaya betul2 merdeka!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Tapi sekarang masyarakat tidak berapa paham apa erti kemerdekaan itu.Aku rasa sedih jugak la,tapi nak buat macam mana ye.....?Depa tak tau betapa susahnya nak merdeka.

Itu saja dulu ye....sampai jumpa lagi.

Sambungan aura

Dalam kehidupan banyak pelajaran yang kita tidak tahu tapi ia tetap berlaku disekeliling kita.
Cuba kita perhatikan gambarajah diatas.tau tak apa dia tu?
Itulah unsur kejadian manusia daripada tanah ,air,api dan angin.
Rajah dibawah dia tu pula pengkaji cuba mengkaji rahsia diri yang berpunca daripada elektromagnetik.
Manusia hanya boleh mengkaji tetapi ALLAH STW lebih mengetahui segala sesuatu.
Pencapaian manusia iaalah apa yang anda lihat dirajah diatas.
Tujuh tempat pada diri zahir yang boleh menghubungi diri batin!!!

Orang2 Islam menghubungi diri masing2 dengan mengingati ALLAH dengan berzikir.
MAHASUCI ALLAH

kenangan untuk almarhum ayahanda ku

Semasa aku nak mula menulis ni aku merasai air mataku tergenang dikelopak mataku....maklumlah nak cerita fasal arwah ayah,sebelum tu mari kita sedekah AL FATIHAH untuk ayah aku.AL FATIHAH.......

Semasa hayat beliau aruah memang seorang yang disegani dikampung kerana beliau adalah bekas pelajar ugama di Masir,Mekah,India dan akhir sekali mengaji pondok pada Tok Kenali di Kelantan.

Seorang yang amat rajin berusaha untuk dunia dan akhirat,tegas dalam tindak tanduk dan seorang yang pemurah....

Semua anak menantu amat menyangi beliau tetapi aku yang nakal ni sentiasa membuat darah ayah aku naik,ayahku buat tak peduli je....apa saja perbuatan aku.Emak aku terpaksa menjadi garang kerana melayan kerenah aku.Semoga Allah membalas jasa baik dua ibu bapaku.

Kenakalan aku menjadi2,pada tahun 1955,ayahku sedang membersih halaman rumah kerana banyak pokok2 semalu(keman).Tugas aku melompat sana sini dan mengganggu kerja ayahku.Aku masih tergedik2 sehingga emak aku memarahi aku,ayahku langsung tida memperduli gelagat aku.Aku menyangka ayahku tidak marah tetapi kesabaran ayahku tidak dapat dibendung lagi lalu mengejar aku,aku menyangka ayahku masih bergurau dengan aku,maklumlah ayah aku selalu bergurau senda dengan aku tetapi sangkaan aku meleset,ayahku dah naik angin...sebaik2 ayahku pun boleh naik angin dengan gelagat aku.Aku berlari masok kekawasan duri keman supaya ayahku tidak dapat merotan aku......ah..ah...silap rupanya,ayahku terus masok kedalam duri keman dan merotan aku....wu....aaa aku menangis,emak yang tadi garang mula memujuk aku dan memberitahu lain kali bila ayah diam jangan buat perangai......

Buat perangai macam mana pula sanggah aku,aku memberitahu emak aku bahawa aku salah tafsir.....hu.....aaaah......hu......aaaah.Aku nagis lagi.......

Sampai aku dewasa aku tak berani lagi melawan ayahku........Emak ayah marah kita kerana sayangkan?betul tak?

surah as sajadah

Surah ni untuk sujud pada ALLAH.Rasulullah s.a.w membaca waktu solat subuh dan malam sebelum tidor.

Sabar

Sabar pula macam mana ye?Cuba resipi ni pulak...mana tau kut boleh jadi orang yang taat kepada ALLAH ye?

1.Menahan perut,nafsu dan diri daripada melampau dan melupai ALLAH.
2.Mencari kemenangan dunia dan akirat.
3.Menahan marah dan kesal.
4.Menahan kecaman,hinaan dan kritikan.
5.Menerima rezeki yang halal.

Sabar itu separuh iman kan?Nak tulis ni senang je tapi nak buat tu hanya ALLAH saja yang tahu.....cuba ye!

rukun diri

1.TAJRID buang segala maksiat
2.INDHARID jangan berkawan dengan orang2 yang suka buat maksiat
3.HIJRAH/UZLAH tinggalkan tempat maksiat dan pergilah ketempat2 ILMU ALLAH
4.ANGAN2 membawa maksiat hendaklah dijauhkan
5.JAUHI MAKSIAT HATI saperti niat jahat atau perkataan kotor yang belum dilakukan.

Itulah lima RUKUN DIRI,marilah kita sama2 mencuba lakukan yang terbaik setakad kemampuan kita.Insyaallah ALLAH akan memberi keberkatan didunia dan akhirat.AMIN!!!

Thursday, July 23, 2009

sambung cerita aura

jemu tak baca cerita ni?Harini nak bagitau tentang KIRLIAN.KIRLIAN adalah teknoloji foto melihat gelombang otak dengan EEG mesin oleh saintis Rusia.

ENERGI inilah yang dikatakan AURA.AURA tu adalah MEDAN ELEKTROMAGNET yang bertindak sebagai PERISAI badan.

KUASA AURA dan KUASA MINDA itulah ENERGI yang dikatakan HUKUM PANTULAN!!!

aura

Tujuh tempat pada tubuh kita yang perlu kita amati:
1.Spiritual enlightenment
2.Paychic abilities
3.Truth and ability
4 Emotion heart
5.Survival issues
6.Inner child issues
7.Sex,money and power

Aku ni pun bukan lah pandai sangat tapi cuba tengok rajah disebelah dan cuba kita kaji sama2.Boleh dak macam tu?

Al Quran

Peringatan untuk anak2 aku bahawa Al Quran adalah MUKJIZAT yang masih ada.

cerita jenaka

Ni ada cerita jenaka zaman kanak2 aku....Masa tu tahun 1957,aku masok darjah satu di Sekolah Umum Jitra.cik gu aku yang paling awal adalah cik gu Aminah.Dialah yang mengajar aku kenal A B C dan baca buku tulisan jawi.Semua dia sorang je yang mengajar.

Satu hari dia bagi tahu semua murid2 apabila kita belajar mistilah disematkan didada!Aku pun
mengangkat kepala aku dan memandang tepat kedada cik gu Aminah...memang benarlah kata cik gu Aminah ni,patutlah dia boleh menjadi cik gu kerana dadanya penuh berisi.

Lepas sekolah ,aku pun pulang kerumah dengan harapan dapat mengisi ilmu didada,sesampai saja dirumah aku pun beritahu pada emak aku apa yang telah diberitahu oleh cik gu Aminah.Emak aku ketawa berdekah2,aku jadi hairan.......jadi harapan aku untuk menjadi guru amatlah tipis kerana dada aku tidak boleh menjadi saperti cik gu Aminah.ha ha ha...dimanalah cik gu Aminah sekarang?

Wednesday, July 22, 2009

Aura

Kali ni nak cerita pasal aura sikit,nak tunjuk sikit aih...tak pa kut no?Jangan komplin na!





Cuba lihat gambar2 aura diatas,nampak keliling badan kita dengan warna warni,cantik pulak ye.Lagi cantik tau kalau kita iringi dengan zikirullah.Oop!Jangan salah paham la...bukan ugama baru tapi dari kajian sain la,nanti terfikir ILMU BARU atau AJARAN BARU pulak.Dak aih...Bila rajin membaca macam2 dapat pengetahuan.
Nak terus membaca tak?Tak pa la sambung sikit je lagi.Aura ni macam pancaran diri batin kita...?Ok lain kali aku sambung lagi pasal cerita AURA ni.

Surah Al Waqiah

Surah ni amat mustajab supaya Allah memberi rezeki yang tak diduga.Tidak akan mengalami kepapaan jika rajin beramal dengannya.Baca ye wahai anak2ku!!!

Salawat Shifa

Untuk kesihatan diri.Rajin2 lah baca ye wahai anak2 ku yang disayangi.

Asma Ul Husna

Apabila seseorang itu dapat menghafal dan menghayatinya,alangkah baiknya kerana dapat menghindar daripada api neraka.....

Fadzilat surah Al Mulk

Surah Al Mulk ni pulak untuk awet muda,badan tahan dan menghindarkan seksa kubur.Hadiah pahala bacaan pada simati dapat tolong aruah dari seksaan kubur.

fadzilat surah Ar Rahman

Aku ingatkan anak2 aku supaya baca surah Ar Rahman dan tiup di ubun2 anak kecil...Insyaallah anak akan cerdik.