Islamic Widget

Saturday, December 14, 2013

PEPERANGAN HARI KEEMPAT

Hari keempat ini nampaknya BHTK mulai lemah tetapi tetap meniup seruling syaitan untuk menyerang tentera tentera kami,kali ini bunyinya amat berbeza daripada bunyian tiga hari yang lalu.Setelah seruling yang ditiup berbunyi "booooh....boooooooh.......booooooooooh" kelihatan sedereretan lembu keluar dari bumi kemudian bertukar menjadi panglima panglima perang.Tindak tanduk panglima panglima jin ini membuatkan tentera tentera fisabilillah tersenyum lebar dan langsung tidak menunjukkan rasa kegentaran diwajah mereka.Jin jin itu semuanya dibunuh oleh mereka,
Laungan takbir "Allahuakbar...Allahuakbar " mengiringi peperangan itu.
BHTK menjadi bertambah gentar lalu ditiupnya lagi seruling syaitan sekuat kuatnya,maka turunlah hujan batu yang amat lebat,halalintar membelah bumi,hujan dan ribut tidak berhenti henti.
Disatu sudut padang peperangan yang lapang dan luas terdapat beberapa pokok pokok besar yang berlatarkan bukit bukau kelihatan BHTK tersenyum senyum sambil berkata:
BHTK : Aku tidak gentar walau diserang lapan penjuru sekali pun.Aku adalah Bonda Ratu Penguasa Alam...aku mempunyai Nyi Roro Kidul.....ha ..ha..ha..ha...hi...hi..hi hi......ketika itu juga datanglah seorang puteri yang cantik rupawan membawa sebatang tongkat.
Puteri : Akulah Nyi Roro Kidul dan ditangan aku ini ialah sebatang tongkat dari keturunanku bernama Karera Sakti.Aku sudah lama Islam dan namaku ialah Hajjah Syarifah.
Sangkaan aku tentulah mahu menyerang tentera tentera fisabilillah dengan tongkat Karera Sakti tersebut tapi sebaliknya tanpa diduga terus memukul BHTK  dengan satu pukulan yang kuat menyebabkan BHTK pengsan disitu juga.
Kami tentera tentera fisabilillah ramai ramai pergi melihat dari dekat keadaan BHTK ketika hujan,petir dan ribut mulai reda manakala Nyi Roro Kidul yang dipuja puja oleh BHTK  telah pun memukul dia dan selepas memukul syaitan tua itu, Kanjeng Ratu Nyi Roro Kidul menghilang entah kemana ? Kanjeng Nyi Roro Kidul meninggalkan pesalahnya untuk tuntunan kami.
Itulah balasan awal untuk orang orang yang zalim.
Walaupun pengsan kelihatan badan dan kaki BHTK terketar ketar dengan mulut yang sedikit terbuka menampakkan gigi gigi rongak tanpa taring.
BHTK sudah hilang taringnya!!!

SURAH AL BAQORAH
ayat 86

Mereka itulah orang orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat.Maka tidak akan diringankan azabnya dan mereka tidak akan ditolong.

Apa terjadi...selepas itu.....?

BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: