Islamic Widget

Thursday, June 13, 2013

TAFSIR SURAH AL IKHLAS

Tafsir Surah Al-Ikhlas_________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 1
SURAH AL-IKHLAS
Surah Gajah
Surah (112) - Makkiyah - 4 ayat
ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
(1)
1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
(2)
2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.
ﻳَﻠِﺪْ (3)
3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
(4)
4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.
Surah yang pendek ini menyamai satu pertiga al-Qur'an sebagaimana
yang telah diterangkan dalam hadith-hadith yang sohih. Daripada Abu Sa'd,
ada seorang mendengar seorang lelaki membaca Qulhuwallahuahad dengan
berulang-ulang kali. Pada pagi keesokan ia datang menemui Nabi s.a.w. lalu
ia menyebutkan cerita itu kepada beliau seolah-olah ia merasa surah itu
sangat sedikit, lalu Nabi s.a.w. berkata: "Demi jiwaku di tanganNya,
sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Qur'an." Tiada sesuatu
yang aneh dalam sabda Rasulullah s.a.w. ini kerana 'aqidah keesaan Allah
yang diperintah kepada Rasul-Nya supaya diisytiharkannya dengan "Qulhuwallahuahad" itu merupakan 'aqidah bagi hati, merupakan pentafsiran
bagi 'alam dan merupakan satu sistem bagi kehidupan kerana surah ini Tafsir Surah Al-Ikhlas_________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 2
mengandungi garis-garis pokok yang amat luas mengenai hakikat agung
Islam.
(1)
1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
Kata-kata "Ahad" lebih halus daripada kata-kata "Wahid", kerana katakata Ahad menambahkan kepada kata-kata Wahid pengertian tiada suatu
yang lain bersama Allah dan tiada suatu yang setanding dengan Allah.
Maksudnya ialah keesaan wujud Allah. Di sana tiada hakikat
melainkan hakikat Allah, tiada kewujudan haqiqi melainkan kewujudan
Allah. Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka
daripada kewujudan Allah yang haqiqi dan mengambil hakikat mereka
daripada hakikat Allah yang sejati. Ia mengertikan keesaan pencipta, tiada
pencipta yang lain daripada Allah yang menciptakan segala sesuatu di 'alam
ini. Itulah 'aqidah yang tersimpul di hati dan itulah juga pentafsiran bagi
'alam.
Apabila pentafsiran itu teguh mantap dan kepercayaan ini jelas dan
terang maka bersihlah hati daripada segala kepercayaan yang karut dan
daripada segala pergantungan kepada yang lain daripada Zat Allah yang
Tunggal dengan hakikat kewujudan dan hakikat penciptaan. Yakni hati itu
bersih daripada pergantungan dengan sesuatu yang lain di 'alam al-Wujud
ini -- walaupun ia tidak bersih daripada perasaan adanya sesuatu yang lain --
oleh itu tiada hakikat kepada sesuatu kewujudan kecuali hakikat penciptaan
bagi iradat Ilahiyah sahaja. Oleh sebab itu tidak ada ertinya hati itu
bergantung kepada sesuatu yang tidak mempunyai sebarang hakikat kepada
kewujudannya dan sebarang hakikat kepada kudrat penciptaannya.
Apabila hati telah bersih daripada segala perasaan terhadap yang lain
daripada hakikat Allah yang Tunggal dan bersih daripada pergantungan
kepada yang lain daripada hakikat Allah, maka ketika itu ia akan bebas
daripada segala belenggu dan ikatan, bebas daripada keinginan yang menjadi
punca berbagai-bagai belenggu dan bebas daripada sebarang ketakutan yang
menjadi sumber berbagai-bagai ikatan. Apa lagi yang diingininya sesudah ia
menemui Allah, dan siapa lagi yang patut ditakutinya sedangkan di sana
tidak ada kuasa penciptaan melainkan bagi Allah sahaja. Apabila mantapnya
kepercayaan yang tidak melihat di 'alam ini melainkan hakikat Allah sahaja,
maka ia akan melihat hakikat ini pada segala kejadian yang lain yang lahir
daripada hakikat itu. Di tahap inilah hati seseorang akan melihat kudrat
Allah menguasai segala sesuatu yang dilihatnya dan pada tahap yang lebih
tinggi daripada tahap ini tidak nampak sesuatu di 'alam buana ini melainkan
hanya Allah, kerana di sana tiada hakikat yang lain yang dilihatnya
melainkan hanya hakikat Allah.
Begitulah juga ia akan menafikan sebab-sebab (causes) itu sebagai
mempunyai kuasa pencipta, malah ia akan memulangkan segala sesuatu, Tafsir Surah Al-Ikhlas_________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 3
segala peristiwa dan segala gerak kepada Allah sebagai sebab pertama yang
melahirkan semuanya. Inilah hakikat yang amat ditekankan oleh al-Qur'an
dalam menetapkan pegangan keimanan. Kerana itu al-Qur'an selamalamanya menafikan sebab-sebab yang zahir dan menghubungkan segala
sesuatu langsung kepada kehendak Allah.
ﻭَﻟﹶﻜِﻦﱠ ﺇِﺫﹾ ﻟﹶﻜِﻦﱠ
17. "Bukan engkau yang memanah ketika engkau memanah tetapi Allahlah
yang memanah."
(Al-Anfal)
ﺇِﻻﱠ ﻣِﻦْﻋِﻨﺪِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ
10. "Tiada kemenangan melainkan dari sisi Allah."
(Al-Anfal)
ﺇِﻟﱠﺎ ﺍﻟﹾﻌَﺎﻟﹶﻤِﲔَ (29)
29. "Dan kamu tidak menentukan kehendak kamu kecuali dikehendaki
Allah."
(At-Takwir)
Ayat-ayat lain yang seperti ini memang banyak. Dengan menafikan
semua sebab yang zahir dan mengembalikan segala-galanya kepada
kehendak Allah yang Tunggal akan tercurahlah rasa ketenteraman dalam hati
dan dapatlah ia mengenal matlamat yang tunggal, dengan ia meminta
kepada-Nya apabila ia inginkan sesuatu, dan berlindung pada-Nya apabila
merasa takut dan bersikap tenang terhadap segala daya pencipta, penggerak,
dan pemberi kesan dan terhadap segala sebab yang zahir yang tidak
mempunyai hakikat kewujudan sejati. Inilab anak-anak tangga jalan menuju
hakikat yang dicuba oleh ahli-ahli tasawuf dan mereka telah ditarik jauh oleh
hakikat ini.
Ini kerana Islam mahukan manusia menyusuri jalan yang membawa
kepada hakikat ini semasa mereka menghadapi realiti kehidupan dengan
segala cirinya atau semasa mereka menjalani kehidupan manusia dan
memegang khilafah di bumi dengan segala asas dan terasnya, dengan mereka
merasa tiada hakikat yang sebenar melainkan hakikat Allah dan tiada
kewujudan yang sebenar melainkan kewujudan Allah dan tiada kuasa
penciptaan melainkan kuasa penciptaan Allah dan mereka tidak berkehendak
kepada jalan yang lain daripada jalan ini.
Dari sinilah lahirnya satu sistem hidup yang sempurna yang
ditegakkan di atas pentafsiran tadi dan di atas kefahaman, perasaan dan
kecenderungan yang ditimbulkan dalam hati seseorang. Itulah satu sistem
beribadat kepada Allah yang Tunggal, dengan tiada hakikat bagi kewujudan
yang lain, melainkan kewujudan-Nya dan tiada hakikat bagi kudrat
penciptaan yang lain melainkan kudrat penciptaan-Nya dan tiada kesan bagi Tafsir Surah Al-Ikhlas_________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 4
iradat yang lain melainkan iradat-Nya. Itulah satu sistem bertawajjuh kepada
Allah yang Tunggal sama ada dalam kegemaran dan ketakutan, sama ada
dalam kesenangan dan kesusahan, kerana apalah gunanya bertawajjuh
kepada yang lain daripada Allah yang tidak mempunyai kewujudan yang
haqiqi? Itulah satu sistem menerima daripada Allah yang Tunggal dalam
segala urusan 'aqidah, kepercayaan dan kefahaman nilai-nilai, ukuranukuran, syari'at, undang-undang, kedudukan, peraturan, adab cara dan adab
resam.
Penerimaan perkara-perkara ini pastilah daripada Allah yang
mempunyai kewujudan yang Maha Esa dan hakikat yang tunggal di 'alam
realiti dan 'alam hati nurani. Itulah satu sistem bergerak dan bertindak kerana
Allah yang Tunggal untuk mencari perdampingan dengan-Nya dan untuk
menghindarkan diri daripada rintangan-rintangan dan kekarutan-kekarutan
yang menyesatkan sama ada dalam diri sendiri atau di sekelilingnya dari
benda-benda dan manusia, dan antaranya ialah rintangan diri sendiri, ikatan
kegemaran dan ketakutan kepada sesuatu di 'alam ini. Itulah satu sistem
yang menghubungkan antara hati manusia dengan segala makhluk yang lain
dengan hubungan kasih sayang, saling simpati dan seia sekata, kerana
bukanlah maksud melepaskan diri daripada belenggu-belenggu kejadian
'alam ini ialah menaruh perasaan benci terhadapnya dan lari daripada
berurusan dengannya, kerana semua makhluk itu adalah daripada ciptaan
Allah. Semuanya mengambil kewujudannya daripada kewujudan Allah dan
semuanya dilimpahkan dengan nur hakikat Allah.
Oleh sebab itu seluruh makhluk itu harus disayangi belaka kerana
seluruhnya merupakan pemberian dan kurnia daripada Allah yang amat
dikasihi. Itulah satu sistem yang luhur dan bebas, dengan bumi ini
dipandang sebagai sebuah 'alam yang kecil, kehidupan dunia sebuah
kehidupan yang pendek dan keni'matan hidup dunia juga suatu keni'matan
yang sedikit, dan usaha mencapai kebebasan daripada rintangan-rintangan
dan kekotoran-kekotoran dunia merupakan matlamat dan cita-cita (orang
yang beriman), tetapi kebebasan dalam Islam bukan bererti pemencilan diri,
bukan bererti pencuaian atau pengabaian dan bukan pula bererti benci dan
lari, malah ia bererti percubaan dan perjuangan yang berterusan untuk
memajukan manusia seluruhnya dan untuk membebaskan kehidupan
mereka seluruhnya, kerana itu manusia diserahkan teraju khilafah dan
kepimpinan dengan segala tugas dan kewajipannya, serta menegakkan
kebebasan dengan segala nilainya.
Pembebasan diri dengan bertapa di rumah-rumah ibadat merupakan
satu perkara yang mudah, tetapi Islam tidak mahu cara itu, kerana tugas
menegakkan khilafah di bumi dan tugas memimpin umat manusia
merupakan sebahagian daripada sistem agama Allah untuk pembebasan
manusia. Ia merupakan satu cara yang amat sukar, tetapi itulah satu-satunya
cara yang dapat menegakkan insaniyah manusia dan menjamin kemenangan
tiupan roh yang luhur dalam dirinya.
Pendeknya kebebasan dalam Islam ialah kebebasan roh manusia
menuju kepada Allah selaku sumber yang melahirkannya. Ia juga bererti Tafsir Surah Al-Ikhlas_________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 5
perjuangan manusia untuk menegakkan hakikat rohnya yang luhur, dan
hakikat roh inilah yang bekerja dalam bidang yang dipilih Allah penciptanya
yang Maha Bijaksana. Kerana ini semua, maka da'wah Islam di tahapnya
yang pertama ditumpukan kepada usaha menegakkan hakikat Tauhid dalam
hati manusia dengan gambaran seperti ini kerana konsep Tauhid dengan
gambaran seperti ini merupakan 'aqidah bagi hati, pentafsiran bagi 'alam dan
sistem bagi kehidupan. Tauhid bukan semata-mata kata-kata yang diucapkan
dengan lidah, bukan suatu gambaran yang mantap dalam hati, malah Tauhid
merupakan keseluruhan agama, dan segala perincian dan cabang-cabang
yang lain darinya hanya merupakan hasil tabi'i daripada kemantapan hakikat
Tauhid dalam hati manusia.
Penyelewengan-penyelewengan yang menimpa umat-umat Ahlil Kitab
zaman dahulu yang telah merosakkan 'aqidah, pemikiran dan kehidupan
mereka adalah pada mulanya berlaku akibat daripada terhapusnya gambaran
Tauhid yang murni dan kemudian diikuti pula oleh segala penyelewengan
yang lain. Ciri yang membezakan gambaran Tauhid dalam 'aqidah Islam
ialah cirinya yang meresap dalam seluruh kehidupan dan seluruh kehidupan
itu ditegakkan di atas asasnya. Ia menjadi tapak bagi semua program amali
dalam kehidupan, kesan-kesannya kelihatan jelas dalam bidang perundangan
sebagaimana kelihatan jelas dalam bidang kepercayaan. Kesan pertama
daripada 'aqidah Tauhid ialah Syari'at Allah hendaklah merupakan undangundang yang tunggal yang memerintah semua urusan kehidupan. Apabila
kesan ini tidak wujud bererti 'aqidah Tauhid belum lagi berdiri teguh, kerana
itu 'aqidah Tauhid harus berdiri teguh dan melahirkan kesan-kesannya dalam
segenap bidang hidup.
Maksud Allah itu Maha Esa ialah Allah itu satu-satunya tumpuan
seluruh makhluk, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiada siapa
yang setanding dengan-Nya. Al-Qur'an menyebut butiran-butiran ini untuk
menambahkan kejelasan.
(2)
2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.
Pengertian "as-Samad" dari segi bahasa ialah tuan penghulu yang
dituju orang ramai, dan tiada sesuatu urusan yang diputuskan melainkan
dengam kebenarannya, Allah itulah Tuan yang sebenar tiada Tuan yang lain
daripadaNya. Dia adalah Tunggal dalam ketuhanan-Nya dan semua yang
lain adalah hamba-Nya belaka. Dialah sahaja yang ditujukan untuk
memenuhi hajat-hajat dan Dialah sahaja yang menyahut seruan hambahamba-Nya yang mempunyai hajat. Dialah sahaja yang memutuskan segala
perkara dengan keizinan-Nya dan tiada siapa yang turut membuat keputusan
bersama-sama-Nya.
ﻳَﻠِﺪْ (3)Tafsir Surah Al-Ikhlas_________________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 6
3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
Maksudnya ialah hakikat Allah itu adalah hakikat yang wujud abadi dan
azali lagi. Hakikat Allah tidak dipengaruhi oleh keadaan demi keadaan. Dia
mempunyai sifat yang sempurna dalam segala keadaan. Makna peranakan
ialah kelahiran dan lanjutan keturunan. Peranakan merupakan satu
kewujudan yang lebih selepas kurang atau selepas tidak ada dan semuanya
ini mustahil pada Allah. Peranakan juga memerlukan isteri yang sama
kejadian. Ini juga mustahil pada Allah kerana itu sifat Maha Esa atau
"Ahadun" itu sendiri mengandungi penolakan adanya ibu bapa dan anakanak.
(4)
4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.
Maksudnya ialah tiada siapa yang serupa dan setanding dengan-Nya
sama ada dari segi hakikat wujud atau dari segi hakikat kuasa penciptaan
atau dari segi mana-mana sifat daripada sifat-sifat Zatiyah-Nya. Pengertian
ayat ini juga menegakkan konsep "Ahadu", malah menguat dan
mentafsirkannya dengan terperinci, iaitu konsep keesaan Allah menolak
kepercayaan wujud Dua Tuhan yang mendakwa bahawa Allah itu Tuhan
kebaikan dan di sana ada lagi satu tuhan yang lain iaitu tuhan kejahatan yang
menentang Allah dan menentang kebaikan-kebaikan-Nya dan menyebarkan
kerosakan di muka bumi. 'Aqidah Dua Tuhan yang paling masyhur ialah
'aqidah orang Farsi yang percaya ada tuhan nur dan ada tuhan gelap.
Kepercayaan ini terkenal di selatan Semenanjung Tanah Arab di mana pernah
tegaknya kerajaan dan kekuasaan Farsi.
Surah ini menegak dan menjelaskan 'aqidah Tauhid Islam
sebagaimana Surah al-Kafirun menafikan sebarang keserupaan atau
menafikan wujudnya titik pertemuan antara 'aqidah Tauhid dengan 'aqidah
syirik. Kedua-dua surah ini memperkatakan hakikat Tauhid dari satu sudut
yang tertentu. Rasulullah s.a.w. biasanya memulakan harinya -- dalam solat
Sunat Fajar -- dengan membaca dua surah ini dan amalan ini mempunyai
makna dan tujuannya yang besar.

SENDI DI ARASY DENGAN SURAH AL IKHLAS


Semasa Rasulullah israk kelangit,
baginda telah melihat Arasy sebanyak

360 SENDI dan jarak antara SATU SENDI kesatu SENDI 
adalah 300,000 tahun perjalanan.

Setiap SATU SENDI terdapat padang sahara sebanyak 12,000.
Luasnya setiap satu padang sahara itu ialah dari timur kebarat.

Pada setiap padang sahara itu mempunyai 80,000 malaikat.

Setiap malaikat membaca SURAH AL IKHLAS.

80,000x12,000x360 malaikat yang membaca SURAH ALIKHLAS.

SANTAI




MEMBACA SURAH AL IKHLAS


Riwayat Anas bin Malik tentang pembacaan
Surah Al Ikhlas

70,000 malaikat mengiringi jenazah yang semasa hidupnya
mengamalkan surah ini....

gelap langit dibanjiri para malaikat...

Tunggu apa lagi...AMALKANLAH


SANTAI

SAMBUNGAN AL IKHLAS


Surah ke 112  Ayat Makiyah tentang keesaan Allah
yang menolak segala bentok pensyarikatan
dengan NYA.

Empat ayat

ALLAH ITU ESA
SEGALA SESUATU TERGANTUNG PADANYA
TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN
DAN TIDAK ADA YANG SETARA DENGANNYA

ALLAH MAHAESA ALLAH TEMPAT BERGANTUNG
Seolah olah satu SLOGAN negara khalifah ISLAMIYAH.

QULHUWALLAHUAHAD....Tertulis pada sayap Jibril/didahi Abu Bakar
ALLAHUSSOMAD...Tertulis pada sayap Mikail/didahi Omar
LAMYALID WALAM YULAD...Tertulis pada sayap Izrail/didahi Osman
WALAMYAKULLAHUKUFUWANAHAD...Tertulis pada sayap Israfil./didahi Ali

Sabda nabi lagi sesiapa yang rajin membaca SURAH ini ketika sakit mahu meninggal ia tidak akan reput semasa didalam kubur.
Malaikat akan membawa ketitian SIROTHOLMUSTAKIM hingga kesyurga.

Membacanya surah ini juga memperolehi pahala umpama membaca kitab taurat,zabur,injil dan Al Quran.

BERSAMBUNG

SANTAI

Wednesday, June 12, 2013

SURAGHOH DAN KUDANYA.....SURAH AL IKHLAS DITURUNKA


Semasa perjalanan Rasulullah dari Mekah ke Madinah,
Rasulullah diekori oleh musyrik bernama Suraghoh dengan kudanya.


Dengan pedang terhunus menyerang Rasulullah saw tetapi bumi telah menelannya.
Rasulullah tidak sampai hati dan menolong musyrik itu
lalu dia bertanya...siapakah tuhanmu Mohammad?

Lalu surah Al Ikhlas pun diturunkan.

Sesiapa yang membaca surah ini sebanyak 3x sebelum tidor
umpama membaca 30 juzuk Al Quran.

WALLAHUAKLAM


SANTAI

SURAH AL IKHLAS


Dialah Tuhan yang memperkenalkan maklukNya
bahawa Dia Mahaesa pada ZATNYA.
Tidak ada sekutu bagiNya.
Dialah yang TUNGGAL
dan
tiada yang menyamaiNYA.
DIA lah ALLAH
tempat tumpuan dan tiada yang setanding dengan NYA.

SURAH AL IKHLAS:Ayat 1 hingga 4.


SANTAI

SURAH AL IKHLAS



Zat Allah itu tiada tandingannya

BERSAMBUNG

SANTAI

Sunday, June 9, 2013

ISAK MIKRAJ LAGI DAN LAGI


ISRAK LAGI


ISRAK MIKRAJ


SURAH ISRAK MIKRAJ


TANGGA SELANJUTNYA


Tangga kelapan ialah KURSI yang berbetulan dengan pohon SIDRATUL MUNTAHA.
RasulullahSAW masok kedalam syurga dan melihat malaikat yang menjaga syurga.
Rasulullah SAW juga dapat melihat neraka dan penjaganya.

Tangga kesembilan..Rasulullah SAW masok didalam NUR masok kedalam MASTAWA
dan SYARIRUL AQLAM
lalu melihat seorang lelaki yang ghaib didalam NUR ARSYI
{seorang lelaki yang sentiasa berzikir semasa didunia dan taat kepada kedua ibubapa
dan suka kepada masjid}


Tangga kesepuluh Rasulullah SAW  sampai di HADHRATUL QUDUS dan HADHRATUL RABBUL ARBAB
lalu
MENYAKSIKAN

ALLAH STW
dengan mata kepala lalu bersujud...

ALLAH MEMBERIKAN SOLAT LIMA WAKTU SETELAH BERULANG UNTUK MEMOHON KEKURANGAN DARIPADA 50 WAKTU.

ALHAMDULILLAH


SANTAI

MIKRAJ KE HADHRATUL QUDUS


Tangga yang indah diturunkan dari syurga untuk digunakan Rasulullah SAW
dan Jibril AS untuk naik supaya dapat sampai kepintu langit dunia
{pintu HAFZAH}

Langit pertama berjumpa Nabi Adam AS.
Langit kedua berjumpa Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
Langit ketiga berjumpa Nabi Yusuf AS.
Langit keempat berjumpa Nabi Idris AS.
Langit kelima berjumpa Nabi Harun AS.
Langit keenam berjumpa Nabi Musa AS.
Langit ketujuh berjumpa Nabi Ibrahim AS.

Selepas itu Rasulullah dan Jibril sampailah di Baitul Makmur
dan solat pula disitu
{Masjid Baitul Makmur iaitu tempat para malaikat tawaf yang terletak betul betul
diatas Baitullah di Mekah iaitu tempat muslimin dan muslimat tawaf
ketika haji dan umrah}

BERSAMBUNG


SANTAI

Saturday, June 8, 2013

DALAM PERJALANAN RASULULLAH SAW


GANGGUAN:Jin Afrit LAKNATULLAH dengan api.
MELIHAT PERISTIWA:Satu kaum yang sedang menanam terus menuai hasil tanaman dan sebaik dituai tumbuh semula.

JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang BERJUANG UNTUK JALAN 
ALLAH(FISABILILLAH) yang digandakan segala kebajikan mereka.


Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala masing masing,
selepas dipecahkan kepala tersebut akan tumbuh semula..

JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang tidak mahu sujud
pada Allah(tidak mahu solat).

Sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan sahaja dan mereka sedang 
dihalau saperti binatang ternakan,memakan bara api dan batu dari api neraka.


JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang tidak mengeluarkan
zakat.


Sekumpulan lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging yang baik dan sudah siap dimasak yang berada ditepi mereka
tidak dimakan.


JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang mempunyai suami dan isteri tetapi melakukan zina.


Sekumpulan lelaki yang sedang berenang didalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu.

Ujar JIBRIL AS itulah orang orang yang memakan riba.


BERSAMBUNG



SANTAI

SEMASA PERJALANAN RASULULLAH SAW

PENGIRING PERJALANAN: Jibril a.s. dan Israfil a.s.
TEMPAT BERSEJARAH:Singgah di Madinah(Thaibah)....bakal tempat hijrah Rasulullah saw.
Bukit Thursina....tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu.
Baitul Laham(Palastine)....tempat Nabi Isa dilahirkan.

Sesampainya Rasullulah saw di MASJID AL AQSO
Rasulullah mengimamkan solat sunat
dan
makmum terdiri daripada segala anbiak dan mursalin.
Rasullullah berasa dahaga dan Jibril mnghidangkan arak dan susu,
Rasulullah memilih susu untuk diminum{Jibril memuji Rasulullah kerana membuat
pilihan minuman yang tepat}

Setiap tempat yang sampai Rasullullah solat sunat dua rakaat.


BERSAMBUNG



SANTAI

Friday, June 7, 2013

ISRAK MIKRAJ

Tarikh:27 Rejab bersamaan 622 masihi....malam Isnin.
Tujuan:Untuk menerima solat 5 waktu....

PERISTIWA SEBELUM ISRAK MIKRAJ

Pembedahan:Dada dan perut
Doktor bedah:Jibril dan Mikail
Tujuan:Buang KETUL HITAM dengan cucian daripada AIR ZAM ZAM
{KETUL HITAM yang mempunyai sifat was was yang dibisik oleh syaitan}
Cucian:Dengan AIR ZAM ZAM
Gantian:Dituang HIKMAT,ILMU DAN IMAN.
Selepas pembedahan:Dada dan perut Rasulullah dijahit dan cop dengan

KHATIMIN NUBUWAH

Selesai pembedahan:Disediakan BORAQ untuk kenaikkan RASULULLAH SAW.

INILAH YANG DINAMAKAN ISRAK MIKRAJ.

ISRAK:Adalah perjalanan malam Rasulullah dari MASJIDIL HARAM,MEKAH ke MASJIDIL AQSO ,BAITULMUQADDIS.

MIKRAJ:Perjalanan dari MASJIDIL AQSO KE SIDRATUL MUNTAHA

dan terus

MENGADAP MAHASUCI

ALLAH STW


BERSAMBUNG.....


SANTAI