Islamic Widget

Friday, December 13, 2013

HARI KEDUA PEPERANGAN


Pada hari kedua peperangan BHTK telah meniup seruling yang lebih besar untuk memanggil dan menambah tentera tenteranya,dipanggilnya seluruh tentera jin kafir dinusantara supaya mengangkat senjata dan menggunakan kesaktian,lalu datanglah mereka itu berduyun duyun menyambut seruan BHTK.
Yang dibumi gemerincing terdengar suara riuh rendah dengan senjata bagi menujukkan kehebatan mereka,diudara menjadi gelap gelita hanya terdengar riuh rendah tiba tiba kilat datang lalu sekilas pandang kelihatan tentera tentera tersebut bersayap dan berterbangan mencari mangsa mangsa mereka.
Tidak ketinggalan yang dilaut pun naik kedarat.
Kilat sabung menyabung menandakan mereka sudah siap sedia dengan bala tentera udara,laut dan darat.
Seruling peperangan pun ditiupkan lagi oleh BHTK.
Seruling syaitan yang membingitkan telinga itu ditiupkan berkali kali oleh BHTK.
Mereka terus menyerang dan menyerang,bermati matian menyerang sambil mempertahankan diri bila diserang balas.
Kelihatan sudah ada yang mati bergelimpangan,ada yang disambar petir,ada yang putus kaki dan tangan.
BHTK bertemu aku dan berdialog:
BHTK : Aku tidakkan mengaku kalah dengan kalian.
Aku : Aku bukan yang memulakan peperangan ini.Kamulah anak anak didik Addajjal timur yang memulakannya.
BHTK menjadi amat marah lalu menghunuskan keris yang tinggi melebihi ketinggian aku yang ditempah dengan harga RM 1200 itu kemuka aku,keris itu jatuh kebawah,BHTK sudah tidak berdaya lagi mengangkat keris yang lebih tinggi dari dirinya sendiri yang kononnya keris pusaka keturunannya.Aku hanya memerhtikan gelagatnya.Dia meraung raung sambil mulutnya yang celupar itu memaki hamun.Kesempatan ini aku ambil lalu aku pun membuka langkah jurus sakti.
Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...bum.. bum,,bum...aku lepaskan jurus sakti aku lalu terkena pada badan BHTK...dan dia tidak mampu menepis lagi hanya menerima pukulan jurus sakti aku...
Aku terus jurus dan jurus.BHTK terbeliak matanya,mulutnya pula menyeringai lalu menampakkan giginya yang rongak.Hantu bergigi rongak,yang ada hanya gigi hadapannya sahaja.
Peperangan berlarutan sehari semalam tetapi tidak menunjukkan tanda tanda kemenangan dan kekalahan dikedua belah pihak.
Peperangan hari ketiga terpaksa diteruskan.

SURAH AL BAQORAH
ayat 194

Bulan haram dengan bulan haram,dan (terhadap) sesuatu yang dihormati berlaku (hukum) qisas.
Oleh sebab itu barang siapa menyerang kamu,maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu.
Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang orang yang bertaqwa.

BERSAMBUNG


SANTAI

No comments: