Islamic Widget

Friday, December 13, 2013

PEPERANGAN HARI KETIGA


Kelihatan kelibat BHTK menyarung pakaian perang serba hitam,ditangannya kelihatan seruling yang lebih besar dari hari kedua.
Aku berfikir yang BHTK bergigi rongak ini sudah pulih dari kesakitannya dan mungkin akan menyeru jin jin kafir yang lebih besar dan kuat.
Telahan aku memang benar,kelihatan BHTK bergigi rongak sedang meniup seruling syaitan untuk memanggil jin jin besar tersebut.
Seruling berbunyi seolah olah berkata "dekat.....dekuuuuu.....dekat.....dekuuuuu....dekat.....dekuuuuuu........"
Membingitkan gegendang telingaku,berulang ulang kali BHTK dan bergigi rongak itu meniup seruling syaitan.
Tiba tiba muncul seorang perempuan yang sangat cantik bergaun hijau paras dada,antara bahu dan sikunya bergelang kayu,rambut yang cukup indah berselipangkan selindang berwarna hijau berkain nipis,anggun dan menawan ibarat seorang ratu dari kayangan dengan senyuman menampakkan gigi bagai delima merekah.
Dia berdiri dihadapan BHTK bergigi rongak dan muka yang tadinya manis bertukar menjadi masam.
Dia berkata: "akulah Nyi Roro Kidul dan kamu bukan hambaku lagi kerana kamu telah bermuafkat dengan syaitan"
Satu tamparan sampai kepipi BHTK lalu jatuh terduduk.
Nyi Roro Kidul pun berangkat pergi sambil menoleh kepadaku dengan seyuman yang amat manis,aku membalas senyuman dan menghadiahkan Al Fatihah.....
BHTK masih terduduk disitu tetapi aku tidak menyerangnya kerana berasa pukulan Nyi Roro Kidul sudah cukup untuk mengajarnya.
BHTK bergigi rongak menoleh kepadaku dan memaki hamun aku lagi dan lagi.
Aku pun membuka langkah untuk jurus sakti,tiba tiba BHTK bergigi rongak itu terbang dan berlindung disebatang pohon besar dan menyeringai menampakkan giginya yang rongak,hairan juga aku kerana selalunya hantu giginya bersiong tetapi kali ini lain pula jadinya,mungkin menandakan kuasa syaitan yang ada pada BHTK bergigi rongak itu sudah hilang taringnya.Alhamdulillah.
Tiba tiba BHTK hilang dari pandangan,lari lagi dan lagi....
Mayat bergelimpangan ada yang putus kepala,badan terbelah dua dan macam macam lagi yang mengerikan.... 
Tentera tentera berkuda nampaknya berperang bersungguh sungguh tanpa takut mati,jihad fisabilillah....ada yang mati syahid.
BHTK entah hilang kemana?Panglima panglima BHTK banyak yang gugur..
berperang dan terus berperang sehingga cukup tiga hari tiga malam.
Kemenagan belum berpihak kepada sesiap pun.
Peperangan masok hari keempat.

SURAH AL IMRAN
ayat 52

Maka ketika 'Isa merasakan keingkarannya mereka (Bani Israil),dia berkata,
"siapakah yang akan menolongku untuk (menegakkan agama ) Allah?Para Hawariyun (sahabat setia) menjawab,"kamilah penolong (agama) Allah.Kami beriman kepada Allah,dan saksikanlah,bahawa kami adalah orang orang muslim.

BERSAMBUNG


SANTAI 

No comments: