Islamic Widget

Monday, December 16, 2013

PEPERANGAN HARI KELIMA

Peperangan hari kelima dipermukaan laut yang terbentang luas kedengaran jin jin kafir dan pasukkan tentera kufar sedang memukul gendang peperangan yang hingar bingar dengan senjata senjata perang mereka tersandang dibahu masing masing.
Manakala tentera tentera fisabillah pula kelihtan berjubah bersama peralatan perang dan berserban labuh hingga kepunggung masing masing berwarna warni putih,hijau,kuning ,hitam dan merah.percampuran  pelbagai warna serban itu membuatkan pemandangan bertambah cantik .
 Bersama peralatan perang dengan menunggangi kuda terbang sambil berzikir dengan asmaulhuna berselang seli dengan takbir serta zikir nafi dan isbat.  
Pancaran cahaya dari langit seolah olah ikut berzikir,kilat memancar bagaikan warna warna pelangi.Burung burung turut berzikir mengikut rentak para tentera fisabilillah.
Tentera kufar ketawa berdekah dekah dengan lagak sombong menepuk nepuk dada yang diirinngi bunyian gendang yang memualkan  seolah olah mereka sudah pun memenangi peperangan itu.
BHTK yang masih kelihatn lemah dan longlai terpaksa membaca jampi serapah sambil meniup seruling bercabang lima manakala tentera fisabilillah terus berzikir tanpa henti.
Ombak bergulung gulung,kelihatan tentera kufar berdiri disetiap puncak ombak yang tinggi sambil menepuk nepuk dada tanda bermegah.
Tiba tiba
angin kencang datang bersama sama kuda terbang dipermukaan laut dan jadilah peperangan yang cukup dahsyat.
Banyak tentera kufar yang mati bergelimpangan dan banyak juga tentera fisabillah yang gugur syahid...Al fatihah untuk yang syahid.
 Saki baki tentera kedua belah pihak nampaknya berjuang tanpa henti yang kelihatan lebih memihak kepada tentera fisabilillah yang menguasai peperangan itu.
Lima ekor tentera jin kafir kelihatan bermati matian mempertahankan diri yang diserang balas oleh tentera fisabilillah sehingga tenggelam kedalam dasar laut dan terus berperang disana kemudian kelima lima ekor jin kafir itu timbul semula dipermukaan laut dan mengadu tenaga serta kesaktian,tentera fisabilillah terus bergema dengan
 takbir "Allahuakbar....Allhuakbar....Allahuakbar...." dengan serta merta datanglah cahaya dari langit menyambar kelima lima jin kafir lalu menjadi debu yang berterbangan kemudian perlahan lahan jatuh dipermukaan laut dan ditelan ombak yang sedang mengganas.
Tentera fisabilillah beroleh kemenangan total pada hari kelima itu dan bersiap siap sedia untuk berjihad pada hari keenam dengan penuh kesabaran. ....Alhamdulillah.

SURAH AL IMRAN
ayat 200

Wahai orang orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( diperbatasan negerimu ) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung.


BERSAMBUNG



SANTAI

No comments: