Islamic Widget

Tuesday, December 17, 2013

PEPERANGAN HARI KEENAM


Peperangan hari keenam kelihatan kedua dua pihak mengumpul bala tentera masing masing kerana banyak yang mati syahid dan terbunuh dipihak lawan. 
BHTK kelihatan begitu letih  berpakaian compang camping dengan rambut yang kusut masai dan tidak terurus.Giginya kelihatan bertambah kurang menampakkan separuh gusi bila membuka mulut yang amat menjelikkan saperti nenek tua yang berumur melebihi 80an tahun.
BHTK membawa sebatang tongkat kayu yang bengkang bengkok dan memegang kemas tongkat yang mempunyai ketinggian separas pinggangnya sendiri sambil terbongkok bongkok saperti nenek kebayan,matanya mula terjojol keluar dan mulutnya sentiasa kumat kamit entah apa pula serapah yang dibacanya.
  Selepas BHTK membaca serapah ditanah lapang kaki bukit yang dikelilingi bukit bukau dan pokok pokok besar dikawasan lebih kurang 10 meter persegi itu turunlah tujuh puteri ular berkepala manusia berbadan ular mengelilingi BHTK,perlahan lahan dia jatuh terbaring ketanah,tujuh ekor ular berkepala manusia itu berdiri tetapi ekornya tidak mencecah bumi menari nari dengan lemah gemalai masih mengelilingi BHTK itu.
Beberapa lama kemudian kelihatan badan BHTK terapung apung kemudian berdiri bersama sama tujuh ekor ular berkepala manusia itu,wajah ketujuh tuajuh ekor itu cukup cantik dan rupawan sayangnya berbadan ular yang bersisik.
BHTK mengangkat sembah saperti pengikut berugama Hindu lalu perlahan lahan duduk bersila sambil mengangkat sembah lagi dan lagi....wajah BHTK perlahan lahan bertukar menjadi muda dan cantik kembali tetapi giginya tetap rongak.

BERSAMBUNG


SANTAI

No comments: