Islamic Widget

Wednesday, October 30, 2013

BERKUNJUNG KERUMAH BONDA RATU

 Kunjungan kami kerumah Bonda Ratu buat pertama kalinya dirumah teres dua tingkat lot tepi sebuah taman perumahan di Kajang,Selangor itu membuat hati aku terpaut dengan budi bahasa yang lemah lembut.
Ruang tamu yang dihias dengan warna warna diraja,kuning dan hijau.
Susun atur didalamnya begitu rapi dengan tiga biji bantal berwarna kuning selebar satu meter persegi untuk alas punggung yang dihiasi dengan manik manik yang menarik walaupun sudah siap dua kerusi set jati yang menawan.
Diruang tamu yang kelihatan sempit dengan barang barang hiasan itu ada dua buah lagi almari untuk diletakkan barang barang hiasan.
Didalam almari tersebut terletak beberapa buah tengkolok dan mahkota yang boleh dipakai semasa majlis raja raja saperti diberitahu bonda.
Ada juga anak anak patung yang tegak berdiri didalamnya, patung patung ular yang sedang melengkar.

Beliau adalah seorang perempuan berumur lingkungan awal 40an atau penghujung 30an.
Kami mula berbual:
Aku:Bonda berasal dari mana?
Bonda:Jambi,Indonesia.
Aku:Disini tinggal dengan siapa?
Bonda:Suami bondalah yang bergelar Dato' Pangeran T.
Aku:Ooo...
Bonda:Kami ada membuat Persatuan Kerabat DiRaja Nusantara.
Aku:Ooo...
Dato Syed yang sejak tadi membisu menyampuk
Dato' Syed:Bonda pun keturunan syarifah jugak kah?
Bonda:Ya saya  berketurunan Syarifah kesultanan Jambi..
Dato' Syed:Ooo...
Bonda:Setiap bulan purnama kami akan adakan mandian adat yang dipanggil MANDI PURNAMA,tuan tuan dijemput hadzir.
Aku:Dimana bonda?
Bonda:Gunung Ledang
Aku:Waktunya bonda?
Bonda:Asar
Aku dan Dato'Syed:Insyaallah kami akan hadzir.
Sambil bersembang kami dijamu dengan teh dari Indonesia,sedap dan lazat rasanya.
Kami meminta diri untuk pulang setelah berbual sebagai perkenalan pertama dan bonda merafak sembah bagaikan raja raja...
Kami berlalu pulang.

BERSAMBUNG

SANTAI

Saturday, October 26, 2013

TUJUAN MENDEKATI DATO' SYED MOHSIN BARAKBAH

Bertemu dan bermuzakarah dengan beliau adalah cukup baik lagi ayahanda beliau adalah sahabat baik aku semasa aku muda muda dulu.

Aku:Apa pendapat Dato' tentang Persatuan Bonda Ratu ni..?
Dato'Syed Mohsin:Bagus kerana menyemarakkan Raja Raja Melayu Nusantara.
Aku:Bukankah sudah ada Majlis Raja Raja Melayu?
Dato' Syed Mohsin:Itu hanya di Tanah Melayu lagi pun tak salah rasanya kalau persatuan ini membantu dari segi adat istiadat raja raja...Kita nyanyikan lagu Negaraku supaya lebih berkesan.
Aku:Ooo....Saya faham Dato'

Mulai dari hari itu kami sama sama berkunjung kerumah kerabat yang bergelar Bonda Ratu berstatus Tan Sri....

BERSAMBUNG

SANTAI

Friday, October 25, 2013

AKU BERSAMA DATO' SYED MOHSIN BARAKBAH


Aku berjumpa dengan Dato' Syed Mohsin Barakbah dan bergambar bersama sama sebagai kenangan

Beliau adalah seorang doktor yang bernama Syed Mohsin  Barakbah yang banyak pengalaman berkenaan raja raja melayu nusantara,pengamal perubatan Islam,pengamal perubatan homeopati,pensyarah sambilan di universiti tempatan,Timbalan Presiden GAPERA.

Tujuan aku mendekati dia adalah untuk bermuzakarah tentang keturunan dan silsilah raja raja melayu nusantara.

BERSAMBUNG


SANTAI


Monday, October 21, 2013

SAMBUNGAN

Aku:Sepi...kenapa Dato' Sri?
Dato' Sri S:Tak tahu lah tuan...tapi kelihatan semua orang orang ghaib yang berada disini
menghormati tuan.
Aku:Kenapa pula begitu Dato' Sri....?
Dato' Sri S:Mungkin tuan ini adalah saudara kami yang hilang dan sedang dicari..
Aku:Tidak mungkin Dato' Sri....siapalah saya ini...?
Setelah berbual panjang datang pula seorang lagi yang bergelar Dato' Sri J yang menguruskan tentang silsilah keturunan dari Demak,Indrapura, Batu Bara dan lain lain keturunan dari keturunan raja raja nusantara.
Dengan wajah Dato' Sri J yang bersemangat dan menunjukkan kepadaku dua lembar kertas kajang yang tercatat silsilah keluarga tersebut.
Aku jadi bengong dan selepas berpelokkan kami pun beredar dari rumah Dato' Sri S.
Aku dan Zam sampai ke Kluang dah hampir subuh...
Aku masih pening memikirkan tentang keturunaku yang hilang...

BERSAMBUNG

SANTAI

KUMPULAN BONDA RATU PENGUASA ALAM(GELARAN )

 Dengan Nama Allah Yang Pengasih dan Penyayang

(Aku sebelum dan selepas 15.9.2013 bersama Persatuan Bonda Ratu)

Aku adalah seorang pendakwah bebas yang selalu berdakwah mengikut kemampuan aku dari Langkawi sampai ke Johor.
Apabila tiba di Johor aku bertemu dengan seorang kawan bernama Zam.
Dia membawa aku berjumpa Persatuan Bonda Ratu.

Mengikuti kumpulan ini adalah sesuatu yang menakutkan....   

Ikuti cerita ini....


Aku dibawa oleh seorang sahabatku yang bernama Zam untuk berjumpa dengan seorang Dato' Sri S di Johor...

Pengalaman pertama:

Menaikki pacuan empat roda yang dipandu oleh Zam aku dari Kluang menuju Kota Tinggi...
Sampai disana lebih kurang 9 malam....
Apabila sampai didepan pintu rumah dato' Sri  S...
Zam:Assalamualaikom...
Dato' Sri S:Waalaikumussalam....sila masok Zam...
Zam sahabat aku pun terus memaskki rumah Dato' Sri S...aku masih diluar..kedengaran mereka begitu gembira anehnya Dato' Sri S bagai digeletek...terlompat lompat semasa aku melihat gelagat mereka...
Dato' Sri S menjemput aku masok...
Dato' Sri S:Masoklah tuan..
Aku pun melangkah masok keruang tamu yang dihias sendehana cantiknya...
Ruang tamu kemas dan tersusun...yang ada hanya kami brrtiga ketika itu..
Suasana yang tadinya meriah tiba tiba diam membisu...
Tiba tiba Dato' Sri S bersuara:Beginilah tuan apabila Zam berkunjung kerumah saya
suasana saperti tadi terjadi...anehnya apabila tuan memasokki ruang ini tiba tiba saja suasana menjadi sepi...


BERSAMBUNG


SANTAI



Monday, October 7, 2013

CERITA HANTU

Orang kata dirumah batu peninggalan Pak Adam tu ada hantu..
betul ker...?

Aku kurang percaya sangatlah tentang hantu hantu ni
tapi syaitan tu adalah tertulis didalam Al Quran..

ooo....mungkinlah syaitan tu hantu dan hantu tu syaitan la kut..

Nanti aku siasat dan tulis lagi yer...


SANTAI

Dah lama benar rasanya aku tidak menulis....seboklah katakan...
Hari ini entah macam mana tergerak hati nak menulis tetapi tentang apa yer...?

Tak apalah kita santai santai dulu dengan cerita cerita terkini...

CERITA TERKINI

Pada hari raya keempat baru baru ini ibu mertuaku meninggal dunia
di Kajang Selangor...

Kebetulan malam tu kami ramai ramai kekawan nak buat kenduri gulai kambing...
tetiba berita sedih ini datang...kambing dah pun tumbang,kekawan dan jiran dah diberitahu lalu kenduri diteruskan..

Pahala itu disedekahkan pada aruah....

Alhamsdulillah


SANTAI