Islamic Widget

Sunday, January 29, 2012

SAMBUNGAN TAWAF



Cuba kita fikir sejenak berkenaan tawaf ini!!
Cakarwala tawaf matahari
elektron dan proton tawaf nuklias
aura tawaf manusia
muslimin muslimat tawaf dibaitullah
para malaikat tawaf dibaitulmakmur.

Yang terkeluar daripada tawaf yang ditetapkan oleh Allah
maka akan terjadi musibah.

Syaitan laknatullah tidak tawaf dibaitullmakmur sebaliknya menawaf nafsu sendiri.

FIKIR FIKIRKAN!!!

SANTAI....

Saturday, January 21, 2012

Muslim Tawaf Di Baitullah


(Gambar petikkan dari Google.http://tetamuallah.com/tawaf.htm)

Di Baitullah pula manusia Muslim tawaf

iaitu RUKUN ISLAM KE 5

Friday, January 20, 2012

TAWAF



Apa yang ingin aku kongsi bersama kalian
adalah tentang plenet yang mengelilingi matahari
termasok bumi dan bulan serta lain2 plenet!!!

HANYA UNTUK SAMA2 KITA BERFIKIR!!!

TENTANG

KEBESARAN ALLAH!!!

Saintis pula berkata pada setiap zarah yang kecil ada elektron dan proton
yang mengelilingi nukliasnya?


Nanti kita sambung yer....

SANTAI


Thursday, January 19, 2012

KUASA ALLAH



Cuba kita perhatikan digambar diatas betapa hebatnya kuasa ALLAH

SANTAI

Wednesday, January 18, 2012

AMPUNAN



Ampunan manusia dan alam aku dambakan
sesat dihujung jalan kembalilah kepangkal jalan!

Dunia hanya pinjam pinjaman
bukan untuk perhiasan

wahai kawan dan rakan

DENGARLAH

aku berpesan

kepada Allah membuat ehsan
barulah kita bernama insan
bukan hanya sekadar lisan!!!

pesan juga untuk diri sendiri
barulah bernama insan sejati
sepatutnya sedarlah diri sendiri
syahadat,solat,puasa,zakat serta haji.

PERCAYALAH

kepada Allah.mohammad Rasullullah
dua puluh lima rasul yang bersilsilah
kitabullah malikatullah
qodor dan qadar Allah
kiamat hari yang dunia yang penyudah!!!





Monday, January 16, 2012

MURID 2


murid 2 :Aku pula ayahanda berbeza cara
isteriku tidak mengetahui cara
bapa mentuaku berulang bicara
anakanda pula terkedu untuk bersuara

guru:ooo begitu rupanya mereka
anakanda tidak perlu gundah gulana
rukun Islam dan rukun Iman yang diguna
rendahkanlah diri pada mereka.

SAMBUNGAN PERJALANAN UTARA SELATAN



murid:sepatu usang itu milik anakanda
sepatu ayahanda yang bertuah itu entah milik siapa?
aku ingin sangat berzikir didepan mimbar masjid Baitul Makmur ayahanda
tolong maafkan jika anakanda tersalah bicara.

guru:aku letakan sepatu putih ditebing ini
bertutupkan sutera putih yang mulus sekali
dibawahnya aku letakkan sejadah asli
sejadah bertatahkan ambar dan kasturi

ayuhlah kemari anakku
launganku bersama asma ALLAH diharap menerjah kalbumu
tidakkah kau mendengar suara ku itu?
datanglah kepadaku bersama2 sahabat limamu itu.

kemarilah anakku kerumah Imam
belajar bertaubat dan solat berimam
jangan biarkan hati menjadi karam
rukun Islam dan iman petanda Islam.

bersambung

SANTAI

Sunday, January 15, 2012

PERJALANAN UTARA SELATAN



Perjalanan aku dari utara keselatan amat meletihkan!
urat sendi habis sakit2 selama 5 hari 4 malam,
maklumlah aku ni muda lagi...
baru masok 63 tahun...
he he..

Bukan perjalanan tu yang aku nak cerita ni..
orang lain lagi jauh pejalanannya...

Aku nak cerita tentang dialog antara murid
dengan guru yang aku terdengar semasa perjalanan pulang ke Sg Petani.

Kedengarannya :

DIALOG

murid:Tolong anakanda guru!
guru:tolong tentang apa anakku?
murid:tentang perjalananku menuju Allah ayahanda.Banyak sangat godaan...

guru:Si Salik bangun didalam kesejukkan pagi,
bersujud mengadap Ilahi..
Dipagi Subuh yang sunyi
airmata bercucuran dipipi
Si Salik merendah diri dengan qolbi.

murid:Si Fakir ini jatuh dan bangun sendiri
berlumpur bersama sepatu dikaki
bercita2 ketebing yang tinggi
berhajat membersihkan diri

berharap ayahannda menarik tanganku
tolong siramkan air ketubuhku
agar lumpur itu terus berlalu
mengharapkan sedikit ilmu.

berrilah aku sebuah persalinan hebat
bersama sama ayat2 taubat
sepatuku masih melekat dilumpur pekat
mataku masih dapat melihat.

guru:sepatu itu bukan milikmu lagi
tanggalkan sepatu itu dan biarlah dia pergi
ayuhlah ketebing dengan hati dan budi
sepasang sepatu baru akan ku beri...



BERSAMBUNG...

SANTAI

Thursday, January 12, 2012

HIMPUNAN

HIMPUNAN minda dan alam
membuat kita terpaku
memuji ILAHI!!!

KEPINTARAN jasmani dan rohani
boleh mendekatkan diri dengan
MAHA PENCIPTA.

KESIHATAN jasmani dan rohani
memberi ruang beribadah
kepada
MAHA AGUNG.

HATI yang QOLBI selalu
bersama ALLAH
dan mendapat
HIDAYAH

MENDENGAR!MELIHAT!MERASAI!!!

SANTAI>>>

Wednesday, January 11, 2012

dakwah,aura.reflexology,cerita hantu,cerita belum merdeka


Aku banyak menulis tentang urutan,
reflexology,aura,dakwah,hantu,
cerita belum merdeka
dan lain2 lagi..

ada orang dtg nnt aku sambung yer...


SANTAI

hantu BALING

Aku rasa dah jemu menulis tentang hantu Baling ni..
Tapi setiap pembukaan ada penutupnya.

Akhirnya Sifu Aji dan pengikut menjadi GILA...
Macam2 jenis gila jadinya...
Cari bomoh merata tempat...
Asal sakit orang buat.

EEiii.....takut la jadi macam tu..
Hanya untuk iktibar!

YANG BAIK KITA JADIKAN TAULADAN
YANG BURUK SUKA HATI KAU ORANG LA

he he he

SANTAI...

takut hantu


Aku kat KL ni,jumpa kawan dan borak2.
kau orang nak tahu tak?

Ada orang takut hantu...
he he he

Hantu minyak dagu la.....
hi hi..he he...

Hantu jumpa dalam botol
kat rumah kakak dia...

kau orang percaya tak?
Tak percaya pun tak per
tapi bila ambil gambar nampak wajah hantu tu.
he he he

santai.....

Monday, January 9, 2012

maaf fasal dah banyak hari dah tak menulis


Lani kan sebok ngan cucu2 aku pulak dah,depa balik mai....
seronok jugak main dengan cucu2 ni,kekadang letih la...
depa dok merap tok wan..
he he he
maaf na...
nanti aku tulis lagi...
arini tak ada modal lagi la...
ya la,kalau cerita fasal cucu bukan aku sorang ada cucu..
betul tak?
jadi tak best la cerita macam ni...
nanti aku cari cerita yang best2 sikit..!!!
ok?

SANTAI......