Islamic Widget

Wednesday, January 30, 2013

DETIK DETIK KEWAFATAN RASULULLAH SAW


KEBENARAN ISLAM


PANDUAN SOLAT RASULULAH SAW


SATU AZAM


Satu azam satu Malaysia
yang kecundang itu sia sia
berganding tangan memakmurkan negara
itu tandanya anak Malaysia.

Pangkat dan darjat 
bukan boleh dibuat buat
apa lagi memohon pangkat
hinanya pula bertigkat tingkat.

SATU MALAYSIA SATU MALAYSIA SATU MALAYSIA

Sitidur makanan sijaga
itu petua orang tua tua
yang menganggur boleh saja bekerja
asal jangan tidur makan saja.

Malaysia  negara kita yang  kaya
aman makmur merata rata
jangan suka pilih sengkita
kelak badan menjadi binasa,

SATU  MALAYSIA  SATU MALAYSIA  SATU MALAYSIA


SANTAI

Sunday, January 27, 2013

PLENET


LIHATLAH KUASA ALLAH




SANTAI

SUNAMI BANDA ACHEH


MEMBERI PENGAJARAN DAN KEINSAFAN
SUPAYA TIDAK
MELUPAI
ALLAH DAN RASULNYA
JUGA DIRI SENDIRI



SANTAI

NABI MOHAMMAD SAW ITU BENAR



FIKIR FIKIR LAGI YER........




SANTAI

ISLAM ITU BENAR


ALHAMDULILLAH




SANTAI

HIKMAH AZAN DAN SOLAT



FIKIR FIKIR FIKIR



SANTAI

BIBLE MENGAKUI AL QURAN ITU BENAR


FIKIR FIKIR FIKIR



SANTAI

ADAM HAWA MOYANG KITA


Nur Allah Nur Muhammad
Adam disurat khalifah pertama
Adam dan Hawa tinggal disyurga
bersukaria hidup bersama.

Jibril membawa Adam Hawa kedunia
melanggar perintah hidup tersiksa
Adam di Seri Langka
Hawa di Arafah berkelana.

Sampai masa Adam dan Hawa ditemukan
hidup bersama suami isteri
dunia fana tempat perhentian
sakit pedih tidak terperi.

Adam dan Hawa terima wahyu
Jibril Alaihissalam sampaikan
tanpa mengeluh tetapi sayu
buat berzikir meminta keampunan.


SANTAI

peringatan diri


Aku berasal dari Tanah Jawa
singgah sebentar di Batu Bara
ke Tanah Melayu datang mengembara
kerana kita dari kepulauan MELAYU yang sama

Menyambung dakwah moyang kita bersama
menyampaikan dakwah hati membara
cucu cicit keturunan Batu Bara
Sonan Jawa asalnya kita.

Bumi dibawah tempat menuntut
ilmu didalam tempat berkata
laut terbentang tempat melihat
ilmu diluar tempat rahsia.

Rahsia dihati membawa hikmat
tujuh alam wajib dituntut
Al Fatihah puncanya hikmat
hati merasa badan melutut.



SANTAI

Friday, January 25, 2013

Thursday, January 24, 2013

KENANGAN


KENANGAN SUPAYA KITA MENGINSAFI

RASULULLAH SAW


BANGSA APA KITA INI

  
Kita ini bagsa apa
sering mengguna alif ba ta
bumi dipijak siapa yang punya
Raja kita berdaulat orangnya.

Bersujud kita pada yang Esa
bertambah barkah hidup didunia
baitullah adalah kiblat kita
rumah Allah Maha Esa.

semua bangsa ada agendanya
bermuafakat hidup bersama
bumi kita hak siapa
hak semua atau hak kita saja.

FIKIR FIKIR FIKIR




SANTAI

Thursday, January 17, 2013

SURAH AL MULK


Membaca SURAH AL MULK menghindar siksaan kubur



SANTAI

Monday, January 14, 2013

DHOHA


Bila mentari menanjak naik
addhoha pula mengajak bicara
kepada Allah berbuat baik
rezeki diturunkan pelbagai cara



SANTAI




Sunday, January 13, 2013

AZAN

Bila AZAN berkumandang
kita masih tidur terlentang
solat pertama  sebelum siang
akhirnya matari menjelang....

barulah kita ibarat binatang
yang tahu tidur dan makan
membiar waktu terbuang
ibarat berpakat dengan setan.

aduh enaknya bertilam empuk
mata menjadi lebih ngantuk
didodoi setan terkutuk
bersama sama setan masuk lubuk


SANTAI