Islamic Widget

Friday, January 10, 2014

sambungan

EN terus bersama sama jemaah ASMA UL HUSNA  setiap malam datang kesurau kami sambil mengalunkan bait bait ASMA ALLAH.
Kami sudah menjadi saperti keluarga.Surau pula banyak sudah siap tetapi belum ada pintu maklumlah belum cukup wang.Kami mula solat berjemaah disitu.
Suasana disurau nyaman sekali dengan pokok pokok yang kami tanam mula tumbuh menghijau,jauh pula dari hingar bingar,angin bertiup nyaman dan jemaah pula bertambah tambah.
Suatu hari EN mengajak aku kemasjid dimana Beguk ditempatkan.Aku akur....
Sampai disana EN dan aku solat Zohor disitu,kebetulan tiada seorang jemaah pun selain kami,selepas solat Asar kami bergerak pulang.
Aku memandu kereta sementara EN ditempat duduk sebelah kiri aku.
Pekara yang tidak disangka sangka berlaku lagi.
Dengan tiba tiba EN bersuara:

EN : Berhenti! Berhenti!
Aku (dengan perasaan hairan) : Kenapa EN?
EN : Lihat tu burung kenyalang sedang mengikuti kita dengan berterbang rendah.
Aku : Yalah EN.
EN : Berhenti cepat!Saya nak ambil burung tu untuk dibawa pulang.
Aku tanpa berfikir panjang terus memberhentikan kereta ditepi jalan bagi memudahkan EN menangkap burung tersebut.Tidak ada sebarang halangan untuk EN menangkap burung itu seolah olah menunggu EN untuk mengambilnya.Hati aku mula berkata kata apakah Beguk telah mengikut tuannya pulang?
Pada malamnya EN tidak datang kesurau dan tiada sebarang berita darinya.
Dari hari kehari EN tidak muncul muncul lagi disurau,jemaah yang rapat dengannya pergi menziarah.
Rupa rupanya EN telah menjadi bomoh handalan serta mencabar jemaah kerana tidak boleh duduk bersila diatas angin saperti dia,malah EN boleh berjalan diatas air.Hibat ! EN memang hibat saperti seorang pendita yang mempunyai karamah!!!
Jemaah berpecah kerana ada yang mengikuti ajaran EN yang dikatakan kasyaf (terus mata),boleh berjalan diair dan berdiri diangin.
Kebetulan ustaz pula dipindahkan kesemenanjung jadi kami tiadalah ustaz lagi.
Jemaah menjadi huru hara.Orang kampung menuduh jemaah sesat kerana jemaah yang mengikuti EN juga menghentam kami.Betullah kata Begok suatu masa dulu yang jemaah akan berpecah belah.
Usaha Beguk untuk mejatuhkan jemaah ASMA UL HUSNA kelihatan berhasil.
Beguk dengan lancang mulut berkata:Semua jemaah didalam genggaman aku.
Kami berusaha dengan kekuatan ASMA UL HUSNA dan saki baki jemaah yang masih bersama jemaah ASMA UL HUSNA berjumpa EN anihnya semua kerja kerja EN tidak menjadi, cakap cakap dia selama ini hanya auta belaka dan langsung tidak boleh terbang diudara,berjalan diair malah tersungkur dilantai rumahnya,EN tidak berkuasa lagi lalu EN dengan lemah mengeluarkan batu batu permata yang sedia ada yang kononnya diberi oleh Beguk.
Kami melihat batu batu itu yang jernih tetapi bukanlah permata tulin hanya batu batu bukit yang berkilauan.
Kami bersoal jawab dengan EN :
Jemaah A : Bagaimana kamu dapat semua batu batu ini EN.
EN (dengan nada lemah): Saya dibawa tiga ekor anjing putih kebukit dan menunjukkan tempat batu ini berada.
Jemaah A : Bukit mana?
EN : Rahsia kami,tak boleh diberitahu.
Jemaah A : Baiklah! kami pun tak nak tahu lagi.
EN : Itu rezeki saya jika kamu berkehendak batu batu permata itu kamu ikutlah aku (cuba mempengaruhi)
Jemaah A : Kamu sebenarnya yang kena bertaubat kerana kerja kamu bersahabat dengan Beguk dan memfitnah jemaah adalah berdosa besar dan boleh membawa
kepada perbuatan syirik.
EN : Baiklah!Nanti saya datang kesurau untuk bersama sama kalian kembali.
Kami pun beredar dan setiap malam berkumpul disurau
tetapi EN tidak juga muncul muncul dan masih menjadi bomoh handalan kepala orang orang yang terpengaruh dengan dia.
Seorang demi seorang jemaah telah bermindah ke Semenanjung dan yang tinggal hanya anak anak tempatan pulau itu.
 Cerita tentang Beguk hilang kerana aku pun berpindah pulang ke Semenanjung.
Wallahuaklam.



BERSAMBUNG




SANTAI

No comments: