Islamic Widget

Wednesday, January 8, 2014

KERJA KERJA MEMBINA SURAU DITERUSKAN

Setiap lepas solat Asar kami bergotong royong membina surau,konkrit tiang seri telah siap,tali tali pengikat pun dibuang.Tiang seri kelihatan berdiri tegak dan kami mendirikan tiang tiang dikanan dan kiri,depan dan belakang membentuk rangka surau.
Pada malamnya jika tidak ada kuliah ustaz kami beramal dengan ASMA UL HUSNA,apalah yang kami tahu selain ASMA ALLAH.
Ustaz mengajar kami kitab FUTUHUL QORIBUL MUJIB.
Didalam pernyataan hukum hukum fiqah.
Jika ada masa lapang kami mentelaah sama sendiri,jika kami kurang faham kami bertanya pada ustaz.
Kami juga melihat kekurangan diri dan cuba membetulkannya sebaik mungkin.

SURAH AL BAQORAH
(ayat 201)

Ya Tuhan kami berilah kami kebaikkan didunia dan kebaikkan diakhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.

Suatu hari kami berkumpul pada hari cuti bekerja dan pergi kebukit untuk mencari kayu bagi kelengkapan membuat bumbung surau.
Kami memohon dari Jabatan Hutan untuk mengambil kayu kayu tersebut dan kami dibenarkan berbuat demikian.

Sehari suntuk didalam hutan dan kemudian kayu yang dibelah belah itu dibawa ketapak surau.Selang beberapa hari kemudian kami pun memasang kelengkapan bumbung surau.

Tidak ada modal untuk membeli atap tetapi kuasa Allah menghantar seorang hamba Allah membeli atap tersebut dan kami pun memasang atap surau dengan selawat dan salam kepada Rasulullah dan memohon kepada Allah akan keberkatan NYA.

Sebaik bumbung dipasang kami menerima suatu berita yang datok pesakit yang kami rawat dengan izin Allah itu telah meninggal dunia,pesakit itu adalah cucu kesayangannya.
Dengan nada sedih dia memberitahu kami yang dia telah menerima "BEGUK" sebagai pendampingnya walaupun tanpa kerelaan diri sendiri.

Nama pesakit itu adalah 'EN'.
Keeskkannya EN datang berjumpa jemaah dipondok kami dia menceritakan kejadian semasa datoknya hendak meninggal dunia.

EN : Semasa datok saya hendak meinggal dunia dia merayu rayu supaya saya menerima Beguk kerana Beguk banyak keistimewaannya,antara lain Beguk boleh berjalan diatas air,boleh terbang diudara dan memberitahu sesuatu rahsia apa akan berlaku.
Jemaah : Terlopong mulut mendengarnya.
EN :  Jemaah ini akan berpecah belah.
Jemaah A : Mana dia tahu yang jemaah ini akan berpecah belah?
EN : Kita tunggu dan lihat saja,apa akan berlaku selepas ini...
Jemaah B : Tidak mungkin terjadi.
EN : ha..ha...(ketawa kecil).
Anihnya setiap malam EN berkunjung kepondok kami,yang menghairankan kami apabila EN hendak datang kepondok kami aroma kemenyan memenuhi kawasan pondok yang menandakan EN akan datang.EN bersahabat baik beberapa orang daripada jemaah kami.

BERSAMBUNNG



SANTAI

No comments: