Islamic Widget

Monday, January 6, 2014

TEMUDUGA DENGAN PESAKIT

Pada malam perubatan yang tidak diduga malah tidak dirancang itu membuatkan beberapa jemaah bermalam disitu bersama sama pesakit yang tidak mahu pulang kerana takut dirasuk semula.
Salah seorang diantara kami menemuduga pesakit itu:

Jemaah 1: Bagaimana mulanya kejadian ini?
Pesakit : Saya sedang menjaga datok saya yang sedang tenat;didalam suaranya yang terketar ketar dia meminta saya menjaga jin laut kepunyaannya yang bernama Beguk selepas ketiadaanya tetapi saya menolak;datok jadi tidak tenteram dan saya menjadi pening dengan tiba tiba lalu saya menunggang motor kesini dengan keadaan yang terhuyung hayang saperti tuan lihat tadi.
Jemaah 2 : Berapa lama kamu mahu tinggal disini?
Pesakit : Sehingga sembuh.
Semua jemaah terpinga pinga!!!
Jemaah 3 : Kami boleh menolong kamu hanya tiga hari sahaja(tanpa merujuk kepada sesiapa)
Pesakit : Baik tuan
Malam yang dipenuhi dengan ASMA UL HUSNA itu berakhir dengan solat Subuh,malam pun berganti siang,matahari mula bersinar,deruan air sungai kedengaran,angin bertiup lembut disulami kicauan burung burung bersahut sahutan seolah olah menyebut ASMA ALLAH.
Matahari mula meninggi dan kami bersarapan ala kadar pada pagi itu.
Kami berihat beramai ramai kebetulan hari itu adalah hari cuti bekerja.
Kami beramai ramai memasak dan makan tengahari bersama sama.
Selepas solat Zohor kami berihat lagi sementara menunggu waktu Asar kerana selepas Asar kami merancang untuk bergotong royong membina surau tempat untuk kami mengaji.Selepas solat Asar kami pun memulakan tugas pembinaan.
Hari itu kami hanya mendirikan sebatang tiang seri yang diperbuat daripada simen berbentuk salindar dan bergaris pusat 20 inci dan panjangnya (tinggi) 20 kaki,kami memasangkan tiga tali dibahagian atas tiang tersebut untuk mengimbanginya,tiga orang memegang tiang secara langsung,tiga orang memegang tali yang sudah terikat kemas dibahagian atasnya,seorang tukang azan dan yang lain lain membaca ASMA UL HUSNA.
Semua mengambil tempat masing dan azan pun berkumandang lalu perlahan lahan tiang itu dinaikkan,sebaik selesai azan kumpulan ASMA UL HUSNA pun mengalunkan ASMA UL HUSNA dengan suara yang mendayu dayu memohon perkenan Yang Maha Berkuasa sehingga selesai.
Kami mematikan semua ikatan kerana keesokkannya kami akan menuangkan simen konkrit kedalam tiang tersebut.
Hari sudah hampir Maghrib dan kami pun mebersihkan untuk menunaikan solat
Maghrib.
Selesai solat  Maghrib kami makan malam beramai ramai kemudian berihat sekejap sebelum solat 'Isya berjemaah.





BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: