Islamic Widget

Thursday, January 23, 2014

PERJALANANKU DITERUSKAN

Dari satu daerah kesatu daerah aku berjalan sambil belajar dan berdakwah,segala jerih payah aku tempuhi dan sampailah aku disebuah negeri diutara Malaya.
Aku menyewa sebuah rumah teres didalam sebuah kampung didaerah itu pada tahun2000.
Masyarakat disini baik baik belaka ketika aku berbual bual dengan mereka dengan menunjukkan kemesraan walaupun baru sahaja mengenali antara aku dan mereka.
Rumah teres dua tingkat itu adalah lot tepi dan kelihatan  sudah usang,kebetulan tiada sesiapa pun yang mahu tinggal disitu,kata mereka rumah itu berpenunggu....
Aku tinggal seorang diri sebelum anak anak dan isteriku dibawa tinggal bersama kerana persekolahan dan terpaksa menunggu sehingga akhir tahun 2000.
Berbekalkan sebuah katil bujang aku tinggal sendirian disitu.
Yang menyeronokkan aku setiap subuh ada yang mengejutkan aku untuk solat Subuh tetapi orangnya tidak kelihatan.
Yang penting walaupun sendirian tapi tidaklah keseorangan.
Disuatu subuh yang hujannya renyai renyai,aku terasa amat kesejukkan tetapi didalam kesejukkan itu terasa bagaikan dihimpit himpit oleh sesuatu objek,aku membuka mata dan kelihatan seorang wanita cantik sedang mengejutku untuk solat Subuh,ah..! siapa pula perempuan cantik ini hatiku berdetak,pakaiannya baju tidur berwarna biru nipis yang menampakkan bahagian auratnya....!!!
Aku bangun dari pembaringan lalu aku mahu bertanya siapa gerangan dia dan bagaimana dia boleh masok kerumahku?
Tiba tiba dia menghilangkan diri dengan sekelip mata dan sayup sayup menyatakan yang esok dia akan datang lagi mengejut aku supaya bangun awal dan tidak terlepas untuk solat Subuh.
Bunyinya cukup indah dan beriman tetapi berpakaian kurang sopan yang menyebabkan aku kurang yakin terhadapnya.
Keesokkan malam aku mengubah tempat tidur dari tingkat atas aku turun untuk tidur ditingkat bawah.
Percubaan aku berjaya kerana pagi itu aku bangun awal sebelum sempat dikejutkan olehnya.
Tiba tiba aku terdenagar suara perempuan memberi salam dari atas tangga yang menuruni kebawah.
Suara : "Assalamualaikom bang"
Aku terkedu dan tidak menjawab salam tersebut; aku berpaling kearah tangga itu,wah...! cantiknya .... seorang perempuan muda yang amat cantik dan menawan,kulitnya putih bersih,muka bujur sirih,alisnya cukup berpadanan dengan raut wajah yang bujur itu tersenyum yang menampakkan gigi yang putih bersih malah tersusun rapi...
Aku menghampirinya yang berpakaian baju tidur labuh berwarna biru(pakaian serupa yang dipakai ketika mengejutkan aku diwaktu subuh semalam).
Aku (menegurnya) :Siapa kamu ?
Tanpa sebarang jawapan dia terus naik ketingkat atas lalu menghilangkan diri.
Aku mengikuti dia naik ketingkat atas;diatas mempunyai tiga bilik tidur,aku mencari cari disemua bilik tetapi tiada bertem dengan sesiapa pun cuma aroma wangian yang semerbak bagai aroma bunga sedap malam.
Aku turun kembali tingkat bawah dan bersiap siap untuk keluar minum pagi.
Aku menunggu tibanya waktu subuh selepas malam menjelang sambil membaca Surah Al Kahfi.
Subuh pagi yang sunyi itu dia tidak datang lagi.
Alhamdulillah..aku sudah terhindar dari gangguannya.

SURAH AL KAHFI
ayat 50

"Patutkah kamu menjadikan iblis dan keturunannya sebagai wali wali (sahabat sahabat karib yang dijadikan pemimpin) selain daripadaKu?Sedangkan mereka itu adalah musuh musuh kamu.Amat buruklah bagi orang orang yang zalim,pengganti (yang mereka pilih itu)"

WALLAHUAKLAM




BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: