Islamic Widget

Thursday, January 2, 2014

BERKUMPUL SETIAP MALAM

Mulai dari malam itu setiap malam kami bertemu dan mengalunkan ASMA UL HUSNA,jemaah pun bertambah tambah melebihi 40 orang.
Orang kampung menjadi gundah,hantu syaitan bertempiaran lari,orang masjid mejadi tidak resah...pelbagai fitnah mula dilemparkan.
Kami pun bermasyuarat sehingga mendapat satu kesepakatan untuk mencari seorang ustaz yang bertauliah.
Kami bertemu seorang ustaz yang disegani disitu,ustaz menyokong penuh permintaan kami dan mempelawa untuk membina sebuah pondok untuk setiap jemaah berserta sebuah surau diatas tanah miliknya.
Pertama sekali kami mendirikan sebuah pondok  untuk  kami berkumpul bagi menyediakan alat alat pertukangan, bahan bahan binaan untuk mendirikan surau tersebut.
Pada malam hari kami berkumpul disitu beramai ramai dan tidak ketinggalan mengalunkan ASMA UL HUSNA.

BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: