Islamic Widget

Monday, January 13, 2014

ITULAH KERJA SYAITAN

Syaitan yang putus dari rahmat Allah lagi bingung itu tidak berputus asa merencanakan untuk menyesatkan keturunan Adam.
Tahap pencapaian iblis laknatullah yang cukup alim dan mempunyai kedudukkan yang tinggi.
Ada yang menceritakan ketinggian makamnya sebelum dilaknat oleh Allah:

TERCATAT NAMANYA PADA SETIAP LAPISAN LANGIT

Langit pertama  bernama Al Abid
Langit kedua bernama Az Zahid
Langit ketiga bernama  Al Arif
Langit keempat bernama Al Wali
Langit kelima bernama At Taqi
Langit keenam bernama Al Khazin
Langit ketujuh menjadi Azazil

SYAITAN  ADALAH  BALA  TENTERA IBLIS  LAKNATULLAH 

Banyak lagi pengalaman aku semasa dipulau itu tetapi aku tidak berani mencatatkan disini kerana bimbang kesan daripada penulisan aku.

Ada sebuah lagi cerita yang tidak berat tetapi boleh menyokong kebersanan dan keberkatan ASMA  UL  HUSNA dipulau itu:
Sebuah keluarga yang aku lihat cukup bahagia dan aku amat menynjungi kebaikkan mereka.
Keluarga ini lima beranak semuanya apabila anak perempuan sulung mereka berkahwin tinggallah mereka empat beranak.Kesemua anak anak mereka perempuan belaka.
Yang tengah berumur lebih kurang 15 tahun sebaya dengan anak anak aku.
Suatu petang ketika aku sedang demam ayahnya datang kerumah aku dengan wajah yang amat murung dan kelihatan begitu cemas.
Aku : Ada apa Om?
Om : Anak saya sedang sakit Pak Long (Dia memanggil aku Pak Long).
Aku : Sakit apa Om?
Om : Anak saya dirasuk sehinggakan lidahnya terjulur keluar.
Aku : Apa yang boleh saya lakukan? Saya tidak tahu Om.
Om : Hari tu kan Pak Long yang tolong EN?
Aku : Ya...tapi bejemaah
Om : Kita jemput jemaah sekali.
Aku : Insyaallah.
Om : Tapi sekarang ni saya minta Pak Long ikut kerumah saya.
Aku : ???? (terkejut)
Kebetulan semasa itu ibu aku yang datang dari kampung berada dirumah aku.
Ibuku menyampuk:
Ibuku : Pergilah anakku dan bacalah apa saja ayat Quran yang kamu ketahui,Allah
 akan menolong kamu jika kamu ikhlas.Insyaallah!!!
Selepas aku bersalaman dengan ibuku dan sekali lagi aku memohon restu daripadanya dan minta mendoakan keselamatan  aku kerana dialah guruku sejak aku kecil lagi dan disabitkan asuhan dia bersama almarhum ayah akulah yang membolehkan aku membaca al quran sehingga kini.
Om membawa aku kerumahnya tetapi disepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri.Aku asyik melayan diri aku dengan tidak putus membca ASMA UL HUSNA didalam hati. Aku tidak memperdulikan Om yang asyik memandu,mungkin Om sedang memikirkan tentang anaknya yang sedang sakit.
Aku sampai dirumah Om kelihatan ramai orang.Aku jadi kecut,malu,gementar urat sarafku.Perlahan lahan aku melangkah masok kerumhnya.Aku dapat melihat ada yang mrmakai tanjak macam pnglima dulu kala,ada yang memakai suit hitam bersamping.Aku bertambah runsing kerana ramai bomoh disitu. Anak dara Om yang sakit msih terbujur dengan lidah yang masih terjulur keluar dan sebatang sudu masih melintang dimulutnya.Berbekalkan pesanan ibuku aku kuatkan semangat dan meminta segelas air biasa.ASMA UL HUSNA masih didalam hati aku tidak putus putus berdo kepada Allah.  
Mereka menghulurkan segelas air paip lalu diberi kepada aku,aku capai air itu dan membaca ayat yang aku tahu sebagaimna ibuku berpesan sebelum turun dari rumah.Yang aku ingat hanya surah Al Fatihah.Aku pun membaca surah Al Fatihah sambil berdiri lalu aku sembur diubun ubunnya hingga kekaki.Anak dara itu mula sedar dan perlahan lahan memasokkan lidahnya kedalam mulut saperti sediakala dan memanggil ibunya sambil menangis terisak isak.
Aku minta izin untuk pulang tanpa duduk dan minum.Aku masih berasa malu dan takut.Aku pun dihantar pulang oleh Om.
Pelajaran yang aku dapat selepas kejadian ini adalah keberkatan dari seorang ibu,Al Fatihah dan ASMA UL HUSNA.
Ibu aku telah kembali kerahmatullah pada tahun 2004,semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruhnya.Amin...

Surah An Nahl
ayat 99

"Sesungguhnya dia (syaitan) tidak mempunyai kekuatan,kekuasaan dan pengaruh keatas mereka yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan mereka".

Surah Al Baqorah
ayat 165

"...bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah..."



BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: