Islamic Widget

Wednesday, January 8, 2014

BEGUK MENGAMUK

Dalam diam diam Beguk mengintai intai kami walaupun EN tidak datang berjemaah,aroma kemenyan menunjukkan kedatangan Beguk.
Serentak dengan aroma kemenyan itu kelihatan seekor anjing putih meluru masok kadalam surau kami.Kami semua terkejut dan serta merta kami menyamak surau tempat kami berjemaah.
Rasanya Beguk tidak berpuas hati lalu dia masok kedalam badan EN dan tidak mahu keluar selagi kami tidak datang.
Kami pergi beramai ramai kerumah EN dan membawa sebuah dulang tembaga yang muat untuk seorang bersila diatasnya hanya secara kebetulan.
Sampailah kami dirumah EN dan kelihatan Beguk mencabar cabar kami untuk beradu tenaga,apalah yang kami tahu hannya ASMA UL HUSNA.
Kami membaca ASMA ALLAH itu lalu Beguk menjadi lemah;kami memegang EN yang masih tidak sedarkan diri dan letak diatas dulang tembaga,dia tidak berdaya melawan lagi....kami julang dia diatas dulang dan terus membaca ASMA UL HUSNA dengan nada yang keras.
Beguk menjadi bertambah marah lalu Beguk mengeluarkan angin dari mulutnya yang tidak putus,tiba tiba ribut datang dengan kuat habis semua pasu pasu bunga terpelanting dan banyak yang pecah berderai,hujan pula tiba tiba mencurah curah saperti disimbah.
Tiga orang daripada kami keluar dari rumah sambil berpegangan tangan sedangkan yang lain lain masih menjulang Beguk diatas dulang tembaga sambil membaca  ASMA UL HUSNA.
Tiga orang jemaah diluar memberi lapuran yang tidak ada hujan atau ribut disekitarnya bahkan air hujan yang datang adalah dari pantai berdekatan.
Rahsia Beguk telah terbongkar rupa rupanya angkara dari dia sendiri,kami terus membaca ASMA UL HUSNA tanpa henti sampai terasa kepenatan lalu kami bergilir gilir membaca.
Beguk terkulai diatas usungan;diatas dulang tembaga tercungap cungap dan berkata.
 Beguk :"aku mengaku kalah dan mahu memeluk Islam,ajarlah aku syahadah"
Kami semua terkejut rupa rupanya Beguk seekor jin laut kafir yang mahu memelok Islam.Salah seorang daripada jemaah mengajarnya:

 Jemaah A:"Asyhaduanlailahaillalah,waasyhaduannamuhammadarrasulullah"
"Hanya Allah yang disembah Muhammad Rasulullah"
Beguk( mengikut dengan tenang) : Tolong hantarkan aku kemasjid.
Kami membawa EN dan Beguk kemasjid.
Selepas memandikan EN dengan air kolah masjid dan menghantar EN kerumahnya kami pun pulang semula kepondok dengan hati yang lapang dan bersyukur kepada Allah.
Bertambahlah keyakinan kami kepada Allah hanya dengan menyebut
 99 ASMA ALLAH.
Itulah kebesaran Allah yang tidak ada tolok tandingnya.





BERSAMBUNG



SANTAI  

No comments: