Islamic Widget

Sunday, July 26, 2009

kenangan untuk almarhum ibuku tersayang

Al fatihah......untuk hajah Siti Junah binti Haji Ashari.
Ibuku adalah anak kepada Tuan Guru Haji Ashari yang mengajar dipondok Tasak,Langgar,Alor Star Kedah.
Kabarnya berkahwin dengan ayahku setelah ayahku kembali dari menuntut diluar negeri bahagian ugama Islam.
Adik beradik aku semua enam orang.
Azizah,Zawiyah,Fatimah,Abdul Hadi,Abdul Halim(AKU),Fakhrurrazi.
Ibuku mengajar kanak2 mengaji quran.
Asuhannya menyebabkan aku dapat sohatam al quran ketika berumur 8 tahun.
Beliau menghembuskan nafas terakhir sebaik saja aku habis membaca surah Yasin dihadapan berpuluh2 ank cucu cicit beliau berkumpul kerana sakit tua.
Aku mengiringi jenazah sampai kekubur.
Makam ibuku adalah ditapak wakaf tanah kubur yang diwakafkan oleh ayah dan beliau.Semoga Allah mecucuri rahmat keatas ruh ibuku.AMIN!!!
AL FATIHAH

No comments: