Islamic Widget

Friday, July 24, 2009

cerita tahun 50an

Awal tahun 50an orang asyik becakap pasal nak merdeka,sana sini orang bercakap pasal tu.Tentera dan polis masa tu kena kerja keras.Aku pada masa tu kecik lagi tapi boleh la cerita sikit2.Aku kenal Tunku Abdul Rahman iaitu bapa kemerdekaan kita.


Trak tentera berlegar2 dan selalu melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! kami menyahut laungan tu ditepi2 jalan raya.Semangat nak merdekalah katakan.


Pihak tentera pun nampak semangat jugak dengan membaling roti,gula2 dan lain2 makanan dari trak tersebut,berebut rebut kanak2 sebaya dengan aku mengutip,masa tu aku masih tinggal di Jitra.


Dalm kesenokkan nak menyambut kemerdekaan dan rebut merebut makanan dari trak tersebut ada pula kemalangan maut kerana terlanggar dengan trak tersebut.Sunyi seketika dan makanan tidak lagi ditaburkan melalui trak tersebut.


Akhirnya pada 31ogos 1957 malaya betul2 merdeka!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Tapi sekarang masyarakat tidak berapa paham apa erti kemerdekaan itu.Aku rasa sedih jugak la,tapi nak buat macam mana ye.....?Depa tak tau betapa susahnya nak merdeka.

Itu saja dulu ye....sampai jumpa lagi.

No comments: