Islamic Widget

Friday, July 24, 2009

kenangan untuk almarhum ayahanda ku

Semasa aku nak mula menulis ni aku merasai air mataku tergenang dikelopak mataku....maklumlah nak cerita fasal arwah ayah,sebelum tu mari kita sedekah AL FATIHAH untuk ayah aku.AL FATIHAH.......

Semasa hayat beliau aruah memang seorang yang disegani dikampung kerana beliau adalah bekas pelajar ugama di Masir,Mekah,India dan akhir sekali mengaji pondok pada Tok Kenali di Kelantan.

Seorang yang amat rajin berusaha untuk dunia dan akhirat,tegas dalam tindak tanduk dan seorang yang pemurah....

Semua anak menantu amat menyangi beliau tetapi aku yang nakal ni sentiasa membuat darah ayah aku naik,ayahku buat tak peduli je....apa saja perbuatan aku.Emak aku terpaksa menjadi garang kerana melayan kerenah aku.Semoga Allah membalas jasa baik dua ibu bapaku.

Kenakalan aku menjadi2,pada tahun 1955,ayahku sedang membersih halaman rumah kerana banyak pokok2 semalu(keman).Tugas aku melompat sana sini dan mengganggu kerja ayahku.Aku masih tergedik2 sehingga emak aku memarahi aku,ayahku langsung tida memperduli gelagat aku.Aku menyangka ayahku tidak marah tetapi kesabaran ayahku tidak dapat dibendung lagi lalu mengejar aku,aku menyangka ayahku masih bergurau dengan aku,maklumlah ayah aku selalu bergurau senda dengan aku tetapi sangkaan aku meleset,ayahku dah naik angin...sebaik2 ayahku pun boleh naik angin dengan gelagat aku.Aku berlari masok kekawasan duri keman supaya ayahku tidak dapat merotan aku......ah..ah...silap rupanya,ayahku terus masok kedalam duri keman dan merotan aku....wu....aaa aku menangis,emak yang tadi garang mula memujuk aku dan memberitahu lain kali bila ayah diam jangan buat perangai......

Buat perangai macam mana pula sanggah aku,aku memberitahu emak aku bahawa aku salah tafsir.....hu.....aaaah......hu......aaaah.Aku nagis lagi.......

Sampai aku dewasa aku tak berani lagi melawan ayahku........Emak ayah marah kita kerana sayangkan?betul tak?

No comments: