Islamic Widget

Monday, July 27, 2009

cerita jenaka 2

Aku pergi kesekolah naik basikal kecik yang ayahku belikan,kadang2 jalan kaki je,sebab sekolah dekat dengan rumah kami,kejadian berlaku sekitar tahun 1959.
Tiada masalah apa2,hari2 berlalu macam tu tapi yang aku nak cerita ni tentang pakaian seragam sekolah.
Baju putih tangan pendek dan seluar pendek.
Ayah aku selalu bawa kami 3 beradik lelaki menempah seluar dikedai cina ,seronok la dapat baju dan seluar pendek baru untuk kesekolah.
Apabila siap seluar tu,kami pun pakailah kesekolah, seluar baru la katakan.
Sampai kesekolah kawan2 bertanya "kamu pakai gaun ke?".Apa lagi tersipu2 lah aku dibuatnya kerana seluar pendek yang aku pakai tu melepasi paras lutut,masa dulu seluar pendek kaki kembang macam gambar seluar polis dalam cerita P.Ramli.Aaaa...macam tu la tapi seluar yang aku pakai ni labuh lagi,cuba bayangkan!Seluar pendek ke macam tu?Tak pula sampai kebuku lali labuhnya,macam seluar silat je labuhnya.Kebawah tak sampai ,keatas lutut pun tak sampai,macam mana kekawan aku tak ketawakan aku......OOOO rasa malu la dipermainkan oleh kekawan sebaya...Halim pakai gaun mai sekolah!!!Malu ...malu......malu.....
Dengan satu nekad aku akan potong kaki seluar yang aku pakai ni betul2 nampak macam seluar pendek.
Hari tu aku pulang kerumah dengan muka masam....maklum la orang lelaki pakai gaun,kan tak machoo!
Aku minta kakak aku tolong potongkan kaki seluar tu supaya betul2 nampak macam seluar pendek.
kak cik aku yang buat.
Esoknya aku melaram la kesekolah,baru la macho sikit.....
Kekawan bertanya jugak ...mana gaun...mana gaun...aku mendongak megah,seluar aku ni baru tau.......
Selang beberapa bulan aku nak kesekolah....alamak !terserempak dengan ayah aku yang tak pergi mengajar quran kerana tak sihat.
Harini nahas la aku .....sebab tak tutup aurat........
Betul jangkaan aku....ayah aku cakap "hai cepatnya besar anak ayah ni!!jom kita pi buat seluar baru...."
Petang tu kami pun pergi la tempah seluar gaun aku.......dalam hati Allah saja yang tahu....macam mana bila siap seluar tu nanti...?
Seluar pendek mana boleh tutup AURAT.......?
Akhirnya aku pakai senjata ampuh aku.....apa dia nak tau tak ?Wuuuu........aaah!Wuuuaaah.....!
Menangis macam mana pun ayahku tak kisah,yang penting TUTUP AURAT>>>
"

No comments: