Islamic Widget

Thursday, July 23, 2009

cerita jenaka

Ni ada cerita jenaka zaman kanak2 aku....Masa tu tahun 1957,aku masok darjah satu di Sekolah Umum Jitra.cik gu aku yang paling awal adalah cik gu Aminah.Dialah yang mengajar aku kenal A B C dan baca buku tulisan jawi.Semua dia sorang je yang mengajar.

Satu hari dia bagi tahu semua murid2 apabila kita belajar mistilah disematkan didada!Aku pun
mengangkat kepala aku dan memandang tepat kedada cik gu Aminah...memang benarlah kata cik gu Aminah ni,patutlah dia boleh menjadi cik gu kerana dadanya penuh berisi.

Lepas sekolah ,aku pun pulang kerumah dengan harapan dapat mengisi ilmu didada,sesampai saja dirumah aku pun beritahu pada emak aku apa yang telah diberitahu oleh cik gu Aminah.Emak aku ketawa berdekah2,aku jadi hairan.......jadi harapan aku untuk menjadi guru amatlah tipis kerana dada aku tidak boleh menjadi saperti cik gu Aminah.ha ha ha...dimanalah cik gu Aminah sekarang?

No comments: