Islamic Widget

Wednesday, July 29, 2009

sekolah umum jitra

Tahun 1957
aku dalam darjah satu
kak Teh aku dalam darjah 5.
Aku sekolah sesi petang dan kak Teh aku sesi pagi.
Nak tau cerita tak?Cerita penderaan sebelum merdeka.He he.
Aku yang mendera kak Teh aku supaya jangan balik lepas sekolah kerana aku mahu dia ada disamping aku sepanjang waktu persekolahan aku.
Aku bagi upah sebiji onde2 yang telah aku gigit...
Kesian kak aku.Dia tunggu aku sampai petang sehingga tak makan tengahari.
Itulah penderaan sebelum merdeka...masa tu semua kanak2 nak kesekolah kena paksa,tunggu.....
Jika tidak semua lari balik ikut mak ayah atau sesipa juga pengantar.Kami belajar dalam kelas,penunggu kena tunggu diluar kelas...hebat kan?
Tapi murid2 itulah apabila dewasa menjadi pegawai2 besar.....Alhamdulillah.
Yang tak tahan tu cerita penderaan tu la...
Terima kasih kak Teh.
Kak Teh ni adalah kakak aku yang ketiga..Sampai hari ni aku tetap sayang pada dia.....oooi tapi garang......masa tu......
Sekarang bila terkenang kisah lama rasa sedih kerana penderaan yang tak disengajakan itu...
Sayang kak Teh sampai bila2.....

No comments: