Islamic Widget

Wednesday, October 30, 2013

BERKUNJUNG KERUMAH BONDA RATU

 Kunjungan kami kerumah Bonda Ratu buat pertama kalinya dirumah teres dua tingkat lot tepi sebuah taman perumahan di Kajang,Selangor itu membuat hati aku terpaut dengan budi bahasa yang lemah lembut.
Ruang tamu yang dihias dengan warna warna diraja,kuning dan hijau.
Susun atur didalamnya begitu rapi dengan tiga biji bantal berwarna kuning selebar satu meter persegi untuk alas punggung yang dihiasi dengan manik manik yang menarik walaupun sudah siap dua kerusi set jati yang menawan.
Diruang tamu yang kelihatan sempit dengan barang barang hiasan itu ada dua buah lagi almari untuk diletakkan barang barang hiasan.
Didalam almari tersebut terletak beberapa buah tengkolok dan mahkota yang boleh dipakai semasa majlis raja raja saperti diberitahu bonda.
Ada juga anak anak patung yang tegak berdiri didalamnya, patung patung ular yang sedang melengkar.

Beliau adalah seorang perempuan berumur lingkungan awal 40an atau penghujung 30an.
Kami mula berbual:
Aku:Bonda berasal dari mana?
Bonda:Jambi,Indonesia.
Aku:Disini tinggal dengan siapa?
Bonda:Suami bondalah yang bergelar Dato' Pangeran T.
Aku:Ooo...
Bonda:Kami ada membuat Persatuan Kerabat DiRaja Nusantara.
Aku:Ooo...
Dato Syed yang sejak tadi membisu menyampuk
Dato' Syed:Bonda pun keturunan syarifah jugak kah?
Bonda:Ya saya  berketurunan Syarifah kesultanan Jambi..
Dato' Syed:Ooo...
Bonda:Setiap bulan purnama kami akan adakan mandian adat yang dipanggil MANDI PURNAMA,tuan tuan dijemput hadzir.
Aku:Dimana bonda?
Bonda:Gunung Ledang
Aku:Waktunya bonda?
Bonda:Asar
Aku dan Dato'Syed:Insyaallah kami akan hadzir.
Sambil bersembang kami dijamu dengan teh dari Indonesia,sedap dan lazat rasanya.
Kami meminta diri untuk pulang setelah berbual sebagai perkenalan pertama dan bonda merafak sembah bagaikan raja raja...
Kami berlalu pulang.

BERSAMBUNG

SANTAI

No comments: