Islamic Widget

Saturday, June 8, 2013

DALAM PERJALANAN RASULULLAH SAW


GANGGUAN:Jin Afrit LAKNATULLAH dengan api.
MELIHAT PERISTIWA:Satu kaum yang sedang menanam terus menuai hasil tanaman dan sebaik dituai tumbuh semula.

JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang BERJUANG UNTUK JALAN 
ALLAH(FISABILILLAH) yang digandakan segala kebajikan mereka.


Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala masing masing,
selepas dipecahkan kepala tersebut akan tumbuh semula..

JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang tidak mahu sujud
pada Allah(tidak mahu solat).

Sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan sahaja dan mereka sedang 
dihalau saperti binatang ternakan,memakan bara api dan batu dari api neraka.


JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang tidak mengeluarkan
zakat.


Sekumpulan lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging yang baik dan sudah siap dimasak yang berada ditepi mereka
tidak dimakan.


JIBRIL AS memberitahu bahawa itulah orang orang yang mempunyai suami dan isteri tetapi melakukan zina.


Sekumpulan lelaki yang sedang berenang didalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu.

Ujar JIBRIL AS itulah orang orang yang memakan riba.


BERSAMBUNG



SANTAI

No comments: