Islamic Widget

Monday, August 6, 2012

SELOKA JER


Kita seronok sendiri bila berasa diri dihargai
tetapi kita lupa siapa diri sendiri
sudut mana kita mencari
yang zahir atau hakiki.

Aku ini adalah orang kampung
diwilayah mana aku terkepung
wilayah Allah tempat bergantung
kejahatan aku tak terhitung

Allah memberi kita menerima
Sifu dan geng sentiasa mencerca
konon kerana zikir kasyaf diterima
ayuh marilah kita menentang syaitan bersama.

Mengaku guruku sebagai guru mereka
mempengaruhi orang merata rata
wang dikena tinggi belaka
hati tertutup mata terbuka.

Terbeliak biji mata bila teringat wang berjuta
berzikir kerana membuat harta
satu dua tiga guni tak nyata nyata
lalu kesalahan orang lain pun dinyata.


SANTAI

No comments: