Islamic Widget

Saturday, August 29, 2009

cerita tahun 50an

Dulu tahun 50an aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara.
Sekolah tepi bukit,nyaman sekali,pokok2 hutan keliling sekolah tersebut.
Menyeronokkan tapi sekarang sekolah tu dah jadi sekolah menengah.
Yang aku nak cerita ni pasal aku berkawan dengan seorang budak bernama Hasan,dia ni pengembala lembu.tiap2 petang dia mengembala lembu.
Aku berkawan baik dengan dia..
Satu hari dikampong dia ada orang mati kena bunuh.....
Dia ajak aku pergi menengoknya.
Tanpa berfikir panjang aku pun pergilah mengikutnya kekampong dia dan tanpa memberitahu sesiapa pun.
Emak aku dirumah bukan main susah hati kerana waktu pulang sekolah saperti biasa
aku tidak muncul2.
Maklumlah masa tu harimau pun masih ada dan berkeliaran.
Lepas Asar aku pun sampailah kerumah,
aku dijamu makanan tengah hari yang sudah sejuk.
Habis makan aku nak pergi pula berjumpa dengan Hasan yang sedang mengembala lembu.
Emak aku macam dirasuk hantu terus memegang aku dan merotan aku bertubi2.
Meraunglah aku kesakitan tetapi sampai hari ni pun aku masih terkenangkankan kasih sayang ibu aku.
Orang kena bunuh pun tak dapat tengok tetapi badan akulah yang kesakitan dirotan emak
aku.
SERIK>>>>

No comments: